in

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kelantan 2018

Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Kelantan Tahun 2018/ 1439H. Panduan buat warga Kelantan yang ingin mengetahui masa berbuka puasa dan Imsak untuk puasa Ramadhan tahun ini. Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang ketiga. Berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Kelantan untuk tahun 2018 bersamaan dengan 1439 Hijrah.

Jadual rasmi berbuka puasa dan imsak akan dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Jadual memaparkan maklumat hari, tarikh hijrah dan miladiah untuk waktu berbuka dan imsak Negeri Kelantan. Untuk makluman, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 1 Ramadhan 1439H bersamaan dengan hari Khamis, 17 Mei 2018.

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK KELANTAN 2018

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kelantan Tahun 2018/ 1439H

Berikut dikongsikan Jadual Waktu berbuka puasa dan Imsak Kelantan 1439H melibatkan seluruh kawasan dan zon di Kelantan untuk tahun 2018 yang dibahagikan kepada 2 zon iaitu :-

BENDERA KELANTANKELANTAN ZON 1

Jajahan Kota Bharu. Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang, (Daerah Chiku)
HIJRAH (MASIHI)HARIWAKTU IMSAKWAKTU BERBUKA
* 1 Ramadhan (17 Mei)Khamis5,2919.21
2 (18 Mei)Jumaat5,2819.21
3 (19 Mei)Sabtu5,2819.21
4 (20 Mei)Ahad5,2819.21
5 (21 Mei)Isnin5,2819.22
6 (22 Mei)Selasa5,2819.22
7 (23 Mei)Rabu5,2819.22
8 (24 Mei)Khamis5,2819.22
9 (25 Mei)Jumaat5,2719.22
10 (26 Mei)Sabtu5,2719.23
11 (27 Mei)Ahad5,2719.23
12 (28 Mei)Isnin5,2719.23
13 (29 Mei)Selasa5,2719.23
14 (30 Mei)Rabu5,2719.23
15 (31 Mei)Khamis5,2719.24
16 (1 Jun)Jumaat5,2719.24
17 (2 Jun) – Nuzul Al-Quran
Sabtu
5,27
19.24
18 (3 Jun)Ahad5,2719.24
19 (4 Jun)Isnin5,2719.24
20 (5 Jun)Selasa5,2719.25
21 (6 Jun)Rabu5,2719.25
22 (7 Jun)Khamis5,2719.25
23 (8 Jun)Jumaat5,2719.25
24 (9 Jun)Sabtu5,2719.26
25 (10 Jun)Ahad5,2819.26
26 (11 Jun)Isnin5,2819.26
27 (12 Jun)Selasa5,2819.26
28 (13 Jun)Rabu5,2819.27
** 29 Ramadhan (14 Jun)Khamis5,2819.27
NOTA : Muat Turun Takwim Jadual Berbuka Puasa JAKIM Dan Imsak (Kelantan)
 * Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
 ** Tarikh melihat Anak Bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan Imsak Negeri Kelantan Zon 2:-

ZON 2KELANTAN ZON 2

Jajahan Jeli, Gua Musang (Daerah Galas & Bertam) dan Jajahan Kecil Lojing
HIJRAH (MASIHI)HARIWAKTU IMSAKWAKTU BERBUKA
* 1 Ramadhan (17 Mei)Khamis5,3219.21
2 (18 Mei)Jumaat5,3219.22
3 (19 Mei)Sabtu5,3219.22
4 (20 Mei)Ahad5,3219.22
5 (21 Mei)Isnin5,3219.22
6 (22 Mei)Selasa5,3219.22
7 (23 Mei)Rabu5,3219.22
8 (24 Mei)Khamis5,3119.22
9 (25 Mei)Jumaat5,3119.23
10 (26 Mei)Sabtu5,3119.23
11 (27 Mei)Ahad5,3119.23
12 (28 Mei)Isnin5,3119.23
13 (29 Mei)Selasa5,3119.23
14 (30 Mei)Rabu5,3119.24
15 (31 Mei)Khamis5,3119.24
16 (1 Jun)Jumaat5,3119.24
17 (2 Jun) : Nuzul Al-Quran
Sabtu
5,31
19.24
18 (3 Jun)Ahad5,3119.24
19 (4 Jun)Isnin5,3119.25
20 (5 Jun)Selasa5,3119.25
21 (6 Jun)Rabu5,3119.25
22 (7 Jun)Khamis5,3119.25
23 (8 Jun)Jumaat5,3119.26
24 (9 Jun)Sabtu5,3219.26
25 (10 Jun)Ahad5,3219.26
26 (11 Jun)Isnin5,3219.26
27 (12 Jun)Selasa5,3219.26
28 (13 Jun)Rabu5,3219.27
** 29 Ramadhan (14 Jun)Khamis5,3219.27

Panduan Semasa Bulan Ramadhan

Berikut adalah panduan penting ketika berpuasa yang boleh dibuat rujukan

Adab-Adab Dan Sunat Berpuasa

Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT samada berupa iktikad, pebuatan atau pertuturan. Sebagai panduan bersama, berikut dikongsikan adab-adab dan sunat ketika berpuasa :-

i) Bersahur dan mengakhirkan sahur

Bersahur adalah merupakan amalan sunat berdasarkah hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya :-

  • “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sahur adalah berkat kerana ianya membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur adalah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur

Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata maksudnya :-

  • “Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangkit untuk solat (subuh) dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar bacaan lima puluh ayat
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sesorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi SAW maksudnya

  • “Sahur itu berkat. maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air

ii) Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari

Sabda Rasulullah SAW maksudnya

  • Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka. Antara doa Rasulullah SAW ketika berbuka adalah

doa berbuka puasa

iii) Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan

Khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan

iv) Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa,

v) Tadarus al-Quran

Jibrail AS bertadarus al-Quran dengan Rasulullah SAW pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan

Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan tahun ini dengan jayanya. Semoga perkongsian jadual waktu berbuka puasa dan Imsak Kelantan 2018 boleh dijadikan panduan buat warga Kelantan yang ingin mengetahui masa berbuka dan sahur sepanjang bulan Ramadhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kuala Lumpur 2018

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kuala Lumpur 2018

Semakan Keputusan Rayuan UPU 2017

Semakan Keputusan Rayuan UPU 2018 Online