in

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2018 Malaysia

Senarai Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2018 Seluruh Negeri Di Malaysia Tahun 1439H. Panduan buat umat Islam yang ingin mendapatkan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak (Sahur) seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2018? Bulan ramadhan yang mulia akan kembali menemui kita semua umat Islam di Malaysia pada hari Khamis, 17 Mei 2018 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1439H berdasarkan kepada Kalendar Islam 2018. Buat mereka yang masih belum menggantikan puasa mereka, cepat-cepatlah mengadhakan puasa sebelum kehadiran bulan Ramadhan.

Umat Islam yang cukup syarat adalah diwajibkan untuk mengerjakan Ibadah Puasa yang merupakan Rukun Islam yang ketiga. Sebagai rujukan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM akan menerbitkan jadual waktu berbuka Puasa dan Imsak 2018 untuk bulan Ramadhan tahun 2018/ 1439H bagi seluruh negeri di Malaysia di Portal Rasmi JAKIM.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2018 Malaysia

Senarai Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2018 Malaysia

Berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2018 Malaysia yang memaparkan pautan waktu berbuka dan Imsak (sahur) untuk seluruh negeri di Malaysia beserta zon/ kawasan. Takwim waktu berbuka dan imsak ini diharapkan dapat membantu seluruh umat Islam di Malaysia dalam mendapatkan waktu berbuka Puasa dan Imsak 2018 yang rasmi semasa menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Al – Mubarak yang mulia ini.

Panduan Berguna Di Bulan Ramadhan

Berikut adalah panduan penting ketika berpuasa yang boleh dibuat rujukan

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2018 Malaysia 1439H

Jadual yang lengkap untuk setiap negeri boleh di muat turun atau di download dengan mengklik judul pautan mengikut nama negeri sepertimana yang tersenarai pada ruangan di bawah. Pautan bagi Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Untuk Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1439H / 2018M akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi oleh pihak JAKIM untuk edaran umum.​

Takwim Waktu Berbuka Puasa Seluruh Malaysia 2018/ 1439H

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2018/ 1439H Seluruh Negeri Di Malaysia (Klik Pautan Pada Setiap Negeri)
NONEGERIZON/ KAWASAN
1     PERLIS
  • Kangar, Padang Besar, Arau
2KEDAH
  • Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena
  • Pendang, Kuala Muda, Yan
  • Padang Terap, Sik, Baling
  • Kulim, Bandar Baharu
  • Langkawi
  • Puncak Gunung Jerai
3PULAU PINANG
  • Seluruh Negeri Pulau Pinang
4     PERAK
  • Tapah, Slim River dan Tanjung Malim
  • Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput dan Kuala Kangsar
  • Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong
  • Temengor dan Belum
  • Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg.Gajah,Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Setiawan dan Pulau Pangkor
  • Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar
  • Bukit Larut
5 SELANGOR
  • Gombak, Hulu Selangor, Petaling, Hulu Langat, Sepang
  • Sabak Bernam & Kuala Selangor
  • Klang, Kuala Langat
6
WILAYAH PERSEKUTUAN
  • Kuala Lumpur Dan Putrajaya
7    NEGERI SEMBILAN
  • Jempol, Tampin
  • Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Rembau
8    MELAKA
  • Bandar Melaka, Alor Gajah, Jasin, Masjid Tanah, Merlimau, Nyalas
9JOHOR
  • Pulau Aur dan Pemanggil
  • Kota Tinggi, Mersing, Johor Bahru dan pulau=pulau berdekatan
  • Kluang dan Pontian
  • Batu Pahat, Muar, Segamat, Gemas
10PAHANG
  • Pulau Tioman
  • Kuantan, Pekan, Rompin, Muadzam Shah
  • Maran, Chenor, Temerloh, Bera, Jerantut
  • Bentong, Raub, Kuala Lipis
  • Genting Sempah, Janda Baik, Bukit Tinggi
  • Bukit Fraser, Genting Highlands, Cameron Highlands
11TERENGGANU
  • Kuala Terengganu, Marang
  • Besut, Setiu
  • Hulu Terengganu
  • Kemaman Dungun
12ZON 2KELANTAN
  • Kota Bharu, Bachok, P.Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Mukim Chiku
  • Jeli, Gua Musang (Mukim Galas, Bertam)
13SARAWAK
  • Zon 1 hingga Zon 8 dan Zon Khas
14SABAH
  • WP Labuan
  • Zon 1 – Sandakan, Bdr. Bkt. Garam, Semawang, Temanggong, Tambisan
  • 2 – Pinangah, Terusan, Beluran, Kuamut, Telupit
  • Zon 3 – Lahad Datu, Kunak, Silabukan, Tungku, Sahabat, Semporna
  • Zon 4 – Tawau, Balong, Merotai, Kalabakan
  • 5 – Kudat, Kota Marudu, Pitas, Pulau Banggi
  • Zon 6 – Gunung Kinabalu
  • Zon 7 – Papar, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu
  • 8 – Pensiangan, Keningau, Tambunan, Nabawan
  • Zon 9 – Sipitang, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Tenom, Long Pa Sia
NOTA : Muat Turun Takwim Jadual Berbuka Puasa JAKIM Dan Imsak 2018
 * Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
 ** Tarikh melihat Anak Bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Maklumat Lanjut

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan waktu sahur dan waktu berbuka puasa buat panduan umat Islam.

i) Waktu Sahur : Sebaik-baiknya makan sahur atau bersahur ialah yang dilewatkan iaitu hampir dengan waktu Subuh kira-kira 10 minit sebelum azan Subuh. Bersahur adalah merupakan amalan sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Anas RA, bahawa Nabi bersabda :-

  • Ertinya : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur ialah bermua pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur.

ii) Waktu Berbuka Puasa : Sebaik sahaja masuk waktu Maghrib segeralah berbuka puasa. Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari, Sabda Rasulullah SAW :-

  • Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat berbuka dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka puasa

Semoga perkongsian Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2018 1439H Malaysia ini bermanfaat dan boleh dijadikan panduan buat semua umat Islam. Selamat mengerjakan ibadah puasa dan moga amalan kita diterima oleh Allah SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

lafaz Niat Ganti Puasa Ramadhan Dan Puasa 6 Syawal serta doa berbuka puasa

Niat Ganti Puasa Ramadhan Dan Puasa 6 Syawal

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2018/ 2019

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2018/ 2019