in

Jadual Waktu Berbuka Puasa Melaka 2018 Dan Imsak

Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Melaka Tahun 2018/ 1439H. Sebagai panduan, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 1 Ramadhan 1439H bersamaan dengan hari Khamis, 17 Mei 2018. Berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa Melaka beserta Waktu Imsak tahun 2018 bersamaan dengan 1439 Hijrah buat panduan warga Melaka.

Jadual rasmi berbuka puasa dan imsak akan dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Melaka. Jadual berbuka puasa/ Imsak akan memaparkan maklumat hari, tarikh hijrah dan miladiah bagi waktu berbuka dan imsak Negeri Melaka dan seluruh kawasan yang sewaktu dengannya.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Melaka 2018 dan imsak

Jadual Waktu Berbuka Puasa Melaka Dan Imsak Tahun 2018/ 1439H

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang ketiga. Berikut dikongsikan Jadual Waktu berbuka puasa Melaka dan Imsak 1439H melibatkan seluruh kawasan dan zon di Negeri Melaka untuk tahun 2018 seperti berikut :-

BENDERA MELAKASELURUH NEGERI MELAKA

Bandar Melaka, Alor Gajah, Jasin, Masjid Tanah, Merlimau, Nyalas
HIJRAH (MASIHI)HARIWAKTU IMSAKWAKTU BERBUKA
* 1 Ramadhan (17 Mei)Khamis5,3019.16
2 (18 Mei)Jumaat5,3019.16
3 (19 Mei)Sabtu5,3019.16
4 (20 Mei)Ahad5,3019.16
5 (21 Mei)Isnin5,3019.16
6 (22 Mei)Selasa5,3019.16
7 (23 Mei)Rabu5,3019.16
8 (24 Mei)Khamis5,3019.17
9 (25 Mei)Jumaat5,3019.17
10 (26 Mei)Sabtu5,3019.17
11 (27 Mei)Ahad5,2919.17
12 (28 Mei)Isnin5,2919.17
13 (29 Mei)Selasa5,2919.17
14 (30 Mei)Rabu5,2919.17
15 (31 Mei)Khamis5,2919.18
16 (1 Jun)Jumaat5,3019.18
17 (2 Jun) : Nuzul Al-Quran
Sabtu
5,30
19.18
18 (3 Jun)Ahad5,3019.18
19 (4 Jun)Isnin5,3019.18
20 (5 Jun)Selasa5,3019.19
21 (6 Jun)Rabu5,3019.19
22 (7 Jun)Khamis5,3019.19
23 (8 Jun)Jumaat5,3019.19
24 (9 Jun)Sabtu5,3019.19
25 (10 Jun)Ahad5,3019.20
26 (11 Jun)Isnin5,3019.20
27 (12 Jun)Selasa5,3119.20
28 (13 Jun)Rabu5,3119.20
** 29 Ramadhan (14 Jun)Khamis5,3119.20
NOTA : Muat Turun Takwim Jadual Berbuka Puasa JAKIM Dan Imsak (Melaka)
 * Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
 ** Tarikh melihat Anak Bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Semoga perkongsian jadual boleh dijadikan panduan buat umat Islam yang ingin mengetahui masa berbuka puasa dan Imsak pada bulan puasa Ramadhan di Negeri Melaka dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Panduan Penting Pada Bulan Ramadhan

Untuk rujukan bersama, berikut dikongsikan panduan penting ketika berpuasa di bulan Ramadhan :-

Adab-Adab Dan Sunat Berpuasa

Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT samada berupa iktikad, pebuatan atau pertuturan. Sebagai panduan bersama, berikut dikongsikan adab-adab dan sunat ketika berpuasa :-

i) Bersahur dan mengakhirkan sahur

Bersahur adalah merupakan amalan sunat berdasarkah hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya :-

  • “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sahur adalah berkat kerana ianya membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur adalah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur

Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata maksudnya :-

  • “Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangkit untuk solat (subuh) dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar bacaan lima puluh ayat
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sesorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi SAW maksudnya

  • “Sahur itu berkat. maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air

ii) Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari

Sabda Rasulullah SAW maksudnya

  • Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka. Antara doa Rasulullah SAW ketika berbuka adalah

doa berbuka puasa

iii) Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan

Khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan

iv) Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa,

v) Tadarus al-Quran

Jibrail AS bertadarus al-Quran dengan Rasulullah SAW pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan

Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan buat Warga Melaka. Semoga jadual waktu berbuka puasa Melaka dan Imsak 2018 yang dikongsikan bermanfaat buat semua. Semoga amalan kita diterima oleh Allah Yang Maha Esa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Perak 2018

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Perak 2018

Semakan Daftar Pemilih Online Dan Lokasi Mengundi

Semakan Daftar Pemilih Online Dan Lokasi Mengundi PRU