in

Jadual Waktu Berbuka Puasa Perlis 2018 Dan Waktu Imsak

Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Perlis Tahun 2018/ 1439H. Bulan Ramadhan yang mulia kembali lagi menemui kita. Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 1 Ramadhan 1439H bersamaan dengan hari Khamis, 17 Mei 2018. Berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa Perlis dan Waktu Imsak tahun 2018 bersamaan dengan 1439 Hijrah buat panduan seluruh warga Perlis.

Jadual rasmi berbuka puasa dan imsak akan dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perlis. Jadual berbuka puasa/ Imsak ini memaparkan maklumat hari, tarikh hijrah dan miladiah bagi waktu berbuka dan imsak Negeri Perlis dan seluruh kawasan yang sewaktu dengannya.

Waktu Berbuka Puasa dan Imsak seluruh negeri di Malaysia tahun 2018

Jadual Waktu Berbuka Puasa Perlis 2018 Dan Waktu Imsak

Jadual Waktu Berbuka Puasa Perlis Dan Imsak Tahun 2018/ 1439H

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang ketiga. Berikut dikongsikan Jadual Waktu berbuka puasa Perlis dan Waktu Imsak 1439H melibatkan seluruh kawasan dan zon di Negeri Perlis untuk tahun 2018 seperti berikut :-

SELURUH NEGERI PERLIS

Negeri Perlis
HIJRAH (MASIHI)HARIWAKTU IMSAKWAKTU BERBUKA
* 1 Ramadhan (17 Mei)Khamis5,3119.29
2 (18 Mei)Jumaat5,3119.29
3 (19 Mei)Sabtu5,3119.29
4 (20 Mei)Ahad5,3119.29
5 (21 Mei)Isnin5,3019.30
6 (22 Mei)Selasa5,3019.30
7 (23 Mei)Rabu5,3019.30
8 (24 Mei)Khamis5,3019.30
9 (25 Mei)Jumaat5,3019.30
10 (26 Mei)Sabtu5,3019.31
11 (27 Mei)Ahad5,3019.31
12 (28 Mei)Isnin5,2919.31
13 (29 Mei)Selasa5,2919.31
14 (30 Mei)Rabu5,2919.31
15 (31 Mei)Khamis5,2919.32
16 (1 Jun)Jumaat5,2919.32
17 (2 Jun) : Nuzul Al-Quran
Sabtu
5,29
19.32
18 (3 Jun)Ahad5,2919.32
19 (4 Jun)Isnin5,2919.33
20 (5 Jun)Selasa5,2919.33
21 (6 Jun)Rabu5,2919.33
22 (7 Jun)Khamis5,2919.33
23 (8 Jun)Jumaat5,2919.34
24 (9 Jun)Sabtu5,3019.34
25 (10 Jun)Ahad5,3019.34
26 (11 Jun)Isnin5,3019.34
27 (12 Jun)Selasa5,3019.34
28 (13 Jun)Rabu5,3019.35
** 29 Ramadhan (14 Jun)Khamis5,3019.35
NOTA : Muat Turun Takwim Jadual Berbuka Puasa JAKIM Dan Imsak (Perlis)
 * Tambahkan 10 minit daripada Waktu Imsak untuk mendapatan Waktu Subuh
 * Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
 ** Tarikh melihat Anak Bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Panduan Penting Pada Bulan Ramadhan

Untuk rujukan bersama, berikut dikongsikan panduan penting ketika berpuasa di bulan Ramadhan :-

Adab-Adab Dan Sunat Berpuasa

Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT samada berupa iktikad, pebuatan atau pertuturan. Sebagai panduan bersama, berikut dikongsikan adab-adab dan sunat ketika berpuasa :-

i) Bersahur dan mengakhirkan sahur

Bersahur adalah merupakan amalan sunat berdasarkah hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya :-

  • “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sahur adalah berkat kerana ianya membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur adalah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur

Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata maksudnya :-

  • “Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangkit untuk solat (subuh) dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar bacaan lima puluh ayat
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sesorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi SAW maksudnya

  • “Sahur itu berkat. maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air

ii) Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari

Sabda Rasulullah SAW maksudnya

  • Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka. Antara doa Rasulullah SAW ketika berbuka adalah

doa berbuka puasa

iii) Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan

Khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan

iv) Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa,

v) Tadarus al-Quran

Jibrail AS bertadarus al-Quran dengan Rasulullah SAW pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan

Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan buat Warga Perlis. Semoga jadual waktu berbuka puasa Perlis dan Imsak 2018 yang dikongsikan bermanfaat buat semua. Semoga amalan kita diterima oleh Allah Yang Maha Esa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Singapura 2018/ 1439H

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Singapura (Imsakiah Ramadan)

Senarai Buffet Ramadhan 2018 Malaysia

Senarai Buffet Ramadhan 2018 Seluruh Negeri Di Malaysia