in

Jumlah Bantuan BR1M 2018 Semua Kategori

Jumlah Bayaran BR1M Tahun 2018. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan terus diberikan kepada tujuh juta penerima dengan kadar maksimum sehingga RM1,200. Berita baik ini telah diumumkan menerusi Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 27 Oktober 2017, Ini bermakna, jumlah bantuan BR1M tahun 2018 akan dikekalkan sepertimana amaun pemberian pada tahun 2017. Penerima adalah menasihatkan untuk melayari Laman Web Rasmi eBR!M untuk mendapatkan informasi terkini bantuan.

Jumlah pemberian bantuan telah dinaikkan untuk semua kategori penerima pada tahun lepas. Kenaikan jumlah bantuan BR1M adalah dari RM50 sehingga RM200 termasuk kategori e-kasih. Pemberian BR1M sekaligus dapat mengurangkan kos sara hidup penerima bantuan sejak BR1M diperkenalkan pada tahun 2012. Ianya terbukti berkesan sebagai suatu bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.

Jumlah Bantuan BR1M 2018

Jumlah Pembayaran BR1M Tahun 2018

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan jumlah bayaran bantuan BR1M 2018 yang akan diterima oleh penerima setiap kategori selepas pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober 2017.

  • Permohonan rayuan BR1M 2018 dari 2 April sehingga 31 Mei 2018

Jumlah Bantuan BR1M 2018 Setiap Kategori

Terdapat 3 kategori penerima dan berikut adalah jumlah bantuan BR1M 2018 (amaun) yang mereka akan terima.

1. Kategori 1 : Individu Bujang

  • Pendapatan Bawah RM2k
  • Jumlah Bantuan BR1M 2018 adalah sebanyak RM450 yang dibayar sekali bayaran

2. Kategori 2 : Isi rumah

  • Pendapatan Bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000 sebulan
  • Jumlah Bantuan RM900 dibayar dalam 3 kali bayaran ansuran

3. Kategori 3 : Isi rumah

  • Pendapatan Bawah RM3k
  • Jumlah Bantuan RM1,200 dibayar dalam 3 kali ansuran

Untuk tarikh pembayaran BR1M 2018, sila rujuk Bila Duit BRIM 2018 dapat dan masuk akaun

Jumlah Bantuan BR1M 2018 Semua Kategori

Tahun 2017

1. Kategori e-Kasih

Kategori yang telah diperkenalkan pada tahun 2016 bagi penerima dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan bawah RM1k.

  • akan menerima BR1M sebanyak RM1200

2. Kategori Pendapatan Bawah RM3k

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

  • Jumlah bantuan adalah RM1200

3. Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k

Isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000.

  • Jumlah bantuan BR1M adalah RM900

4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k

Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan

  • Bantuan adalah RM450

Ringkasan Jumlah Bayaran BR1M 2018

Secara ringkasnya, berikut adalah senarai amaun jumlah pembayaran eBR1M untuk tahun 2018 :-

  1. Pendapatan Bawah RM3k : RM1200
  2. Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k : RM900
  3. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k : RM450

Semoga dengan terusnya pemberian bantuan beserta dengan pengekalan Jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia 2018, penerima BR1M akan dapat menggunakan bantuan ini dengan cara yang terbaik. Ianya bagi menurangkan beban kos sara hidup yang makin tinggi terutama di bandar-bandar besar.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Jadual Peperiksaan PAV Tahun 2019

Tarikh pru 14 tahun 2018

Tarikh Mengundi PRU 14 Pilihan Raya Umum 2018