Berapakah statstik terkini jumlah penduduk di Malaysia? Berapakah pula peratusan pertambahan penduduk di Malaysia jika dibandingkan dengan tahun lepas? Statistik penduduk di sesebuah negara penting untuk diketahui bagi merancang dan mentadbir urus negara tersebut dengan berkesan dan efisien. Berikut adalah statistik terkini bagi jumlah penduduk Malaysia bagi tahun 2018-2019 yang memaparkan perbandingan mengikut kaum, umur dan jantina.
Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang terletak di dalam benua Asia. Secara lebih khusus lagi, Malaysia terletak di wilayah Asia Tenggara bersama 10 lagi negara lain. Malaysia menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegi dan terbahagi kepada dua kawasan iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia atau pun Malaysia Barat dan Malaysia Timur.
Statistik Terkini Jumlah Penduduk Malaysia 2019
Jabatan Perangkaan Malaysia bertanggungjawab untuk membuat laporan statistik jumlah penduduk di Malaysia. Selain itu, jabatan tersebut menjadi sumber rasmi bagi rujukan statistik di Malaysia.
Menurut data jabatan tersebut, penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 32.6 juta orang pada tahun 2019 dengan kadar pertumbuhan tahunan penduduk sebanyak 0.6 peratus. Berikut pula dikongsikan statistik terkini jumlah penduduk Malaysia berdasarkan beberapa aspek bagi tahun 2019.
STATISTIK TERKINI JUMLAH PENDUDUK MALAYSIA MENGIKUT ASPEK 2019 VS 2018 | |
![]() | |
Jumlah Kesuluruhan Penduduk Malaysia | |
2019 | 2018 |
32.6 JUTA | 32.4 JUTA |
![]() | |
Jumlah Penduduk Warganegara | |
2019 | 2018 |
29.4 JUTA | 29 JUTA |
Jumlah Penduduk Bukan Warganegara | |
2019 | 2018 |
3.2 JUTA | 3.3 JUTA |
![]() | |
Jumlah Penduduk Malaysia (Lelaki) | |
2019 | 2018 |
16.8 JUTA | 16.7 JUTA |
Jumlah Penduduk Malaysia (Perempuan) | |
2019 | 2018 |
15.8 JUTA | 15.7 JUTA |
![]() | |
Jumlah (Peratus) Penduduk Bawah 14 Tahun | |
2019 | 2018 |
7.6 JUTA (23.3%) | 7.7 JUTA (23.8%) |
Jumlah (Peratus) Penduduk 15 Tahun – 64 Tahun di Malaysia | |
2019 | 2018 |
22.8 JUTA (70.0%) | 22.7 JUTA (69.7%) |
Jumlah (Peratus) Penduduk 65 Tahun ke Atas di Malaysia | |
2019 | 2018 |
2.2 JUTA (6.7%) | 2.1 JUTA (6.5%) |
![]() | |
Jumlah (Peratus) Penduduk Bumiputera di Malaysia | |
2019 | 2018 |
20.4 JUTA (69.3%) | 20 JUTA (69.1%) |
Jumlah (Peratus) Penduduk Bangsa Cina di Malaysia | |
2019 | 2018 |
6.7 JUTA (22.8%) | 6.7 JUTA (23.0%) |
Jumlah (Peratus) Penduduk Bangsa India di Malaysia | |
2019 | 2018 |
2.03 JUTA (6.9%) | 2.01 JUTA (6.9%) |
Jumlah (Peratus) Penduduk Bangsa Lain-Lain di Malaysia | |
2019 | 2018 |
294 RIBU (1.0%) | 290 RIBU (1.0%) |
TAHUN 2019 : Berdasarkan kepada penerbitan Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2019 |
Untuk informasi yang lebih jelas, sila rujuk infografik Jumlah Penduduk Malaysia terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia seperti di bawah:
ANGGARAN PENDUDUK SEMASA MALAYSIA TAHUN 2019 |
ANGGARAN PENDUDUK MALAYSIA TAHUN 2018 |
Maklumat Lanjut Jumlah Penduduk Malaysia Terkini
Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai statistik terkini penduduk di Malaysia. Sila hubungi pegawai perhubungan awam yang bertugas seperti butiran di bawah:
- Bahagian Komunikasi Strategik dan Antarabangsa
- Jabatan Perangkaan Malaysia
- Telefon : +603-8885 7942
- Faks : +603-8888 9248
- Emel : mkho@dosm.gov,my
Semoga perkongsian mengenai statistik terkini jumlah penduduk Malaysia ini dapat membantu seluruh rakyat Malaysia khususnya bagi mereka yang memerlukan informasi terkini.