in

Kad Perak Prihatin : Pengaktifan Kad Dan Manfaat Bantuan

Berita baik buat penduduk atau rakyat negeri Perak Darul Ridzuan, Kerajaan Negeri Perak telah mengumumkan bantuan khusus untuk warga Perak yang dikenali sebagai Program Perak Prihatin. Inisiatif ini merupakan kali pertama yang dilaksanakan diterajui oleh pimpinan baru Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan keadilan sosial ditegakkan dalam setiap golongan masyarakat. Justeru, berikut dikongsikan cara untuk mengaktifkan Kad Perak Prihatin dan manfaat yang boleh didapati daripada bantuan.

Program Perak Prihatin ini merupakan inisiatif yang disasarkan terhadap golongan keluarga berpendapatan rendah, miskin serta miskin tegar. Ianya adalah skim bantuan bagi pembelian barangan asas dan perkhidmatan rawatan perubatan tahunan dengan peruntukkan sebanyak RM22 juta bagi tahun 2019 yang dijangka memberi manfaat kepada 17,000 orang penerima.

Kad Perak Prihatin

Kad Perak Prihatin : Cara Pengaktifan Kad Dan Manfaat Bantuan

Kerajaan Negeri Perak menyedari penerima yang layak di Perak adalah jauh lebih ramai, walau bagaimanapun disebabkan kemampuan yang terhad, kerajaan negeri mampu membantu seramai 17,000 penerima sahaja bagi tahun 2019. Skim ini juga merupakan langkah jangka masa pendek bagi meringankan beban golongan sasar. Matlamat jangka masa panjang adalah untuk membantu golongan sasar keluar dari garis kemiskinan dan miskin tegar dengan meningkatkan pendapatan mereka.

Bantuan ini disampaikan kepada 17,000 penerima menerusi pemberian Kad secara fizikal yang dikenali sebagai Kad Perak Prihatin. Kad tersebut akan diagihkan oleh kerajaan kepada yang layak menerima sahaja bagi tahun ini dan seterusnya perlu diaktifkan sendiri oleh pengguna sebelum digunakan.

Cara Aktifkan Kad Perak Prihatin

Setiap Kad Perak Prihatin yang baru sahaja diterima oleh penerima yang layak masih belum diaktifkan lagi. Sebelum menggunakan manfaat daripada kad ini, pengguna mestilah mengaktifkan kad tersebut terlebih dahulu menerusi salah satu daripada tiga cara di bawah:

  1. Secara Atas Talian (Online)
      • Kunjungi Laman Web Rasmi : Perak Prihatin
      • Pilih dan klik ‘Pengaktifan Kad’
  2. Sistem Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)
    • Taipkan : WBC<jarak>PACT<jarak>NO. KAD (6 DIGIT TERAKHIR)<jarak>NO. MYKAD (6 DIGIT TERAKHIR)
    • Hantarkan ke : 33555
  3. Pusat Panggilan (Call Centre)
    • Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PERAK PRIHATIN: 1 800 22 6600
    • Ataupun Emel kepada : admin@selcare.my

FUNGSI MELALUI SMS

Berikut adalah beberapa fungsi perkhidmatan melalui SMS yang boleh dilakukan bagi Kad Perak Prihatin
No 1 Penukaran Pin
  • Taipkan: WBC<jarak>PPIN<jarak>NO. MYKAD (6 DIGIT YG TERAKHIR)<jarak>PIN-LAMA<jarak>PIN-BARU
  • Hantarkan ke 33555
No 2 Reset Pin
  • Taipkan: WBC<jarak>PRPIN<jarak>NO-CVV<jarak>NO. MYKAD (6 DIGIT YANG TERAKHIR)<jarak>PIN-BARU
  • Hantarkan ke no 33555
No 3 Semakan Baki
  • Taipkan: WBC<jarak>PBAL<jarak>NO. MYKAD (LAST 6 DIGIT)<jarak>PIN
  • Hantarkan ke 33555

Manfaat Bantuan Kad Perak Prihatin

Seperti yang dinyatakan, terdapat dua jenis bantuan yang boleh dimanfaatkan daripada Kad Perak Prihatin ini. Berikut adalah manfaat tersebut dan proses untuk menggunakannya.

Huruf A MANFAAT 1 : RAWATAN KESIHATAN

Bagi bantuan rawatan kesihatan, penerima akan mendapat sebanyak RM300 had pembiayaan selama setahun dengan had gunaan setiap kali rawatan adalah sebanyak RM50. Selain itu, tiada had jenis rawatan / perubatan bagi kesihatan asas. Walau bagaimanapun, hanya penerima utama yang layak akan diberikan Kad Perak Prihatin. Berikut adalah proses atau cara untuk menggunakan manfaat ini:

  1. Serahkan Kad Perak Prihatin dan MyKad di Klinik Panel (senarai seperti pautan di bawah)
  2. Pengesahan had kelayakan dan baki gunaan akan dilakukan.
  3. Sekiranya perlu, Klinik Panel akan menghubungi pihak Perak Prihatin bagi pengesahan.
  4. Penerima bantuan menandatangani borang kehadiran dan PDPA.
  5. Pengguna mendapatkan rawatan dan perubatan.
  6. Klinik Panel merekodkan rawatan perubatan dan membuat tuntutan secara atas talian.
  7. Semakan pengesahan dan bayaran kepada klinik panel.

Huruf B MANFAAT 2 : PEMBELIAN BARANGAN ASAS

Untuk bantuan makanan atau pembelian barangan asas, hanya satu kad Perak Prihatin akan diberikan kepada setiap keluarga yang layak menerima. Had pembelian barangan keperluan asas terhad kepada RM80 sebulan. Baki nilai bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan serta nilai RM80 akan ditambah secara automatik kepada kad. Urusniaga pembelian akan dilakukan secara tanpa tunai (cashless). Kad Perak Prihatin ini boleh digunakan di kedai serta pasaraya berdaftar. Berikut juga adalah cara untuk menggunakan kad Perak Prihatin bagi bantuan makanan.

  1. Penerima pergi ke kedai / pasaraya yang berdaftar seperti dalam pautan di bawah.
  2. Penerima memilih barangan keperluan asas yang tersenarai seperti pautan di bawah:
  3. Penerima membuat semakan baki kad sebelum membuat pembayaran.
  4. Penerima menyerahkan kad Perak Prihatin kepada juruwang di kaunter pembayaran.
  5. Juruwang akan merekodkan barangan yang dipilih secara automatik menggunakan sistem POS (Point of Sale).
  6. Hanya barangan yang tersenarai akan diluluskan untuk pembelian yang akan ditapi melalui sistem POS.
  7. Juruwang akan memasukkan kad Perak Prihatin ke dalam terminal pembayaran
  8. Peserta perlu menekan nombor PIN di terminal pembayaran sebelum proses pembelian selesai

Kad Perak Prihatin Kad Perak Prihatin Kad Perak Prihatin

Maklumat Lanjut Kad Perak Prihatin

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dan ingin mendapatkan lebih maklumat termasuk mengenai cara aktikan Kad Perak Prihatin, sila hubungi butiran yang disediakan di bawah:

  • Telefon: 1 800 22 6600
  • Emel: info@perakprihatin.com

Diucapkan selamat maju jaya buat mereka yang bakal mendapat bantuan kerajaan negeri Perak ini. Semoga perkongsian yang diberikan ini termasuk cara aktifkan kad Perak Prihatin dapat memudahkan para penerima menggunakan manfaat yang diberikan dalam Kad Perak Prihatin.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Cara Daftar SSM suruhanjaya syarikat malaysia

Cara Daftar SSM Online (Pendaftaran Perniagaan)

Jadual Tangga Gaji Guru ikut sistem saraan baru

Jadual Tangga Gaji Guru SSM Terkini (Gaji Minimum Dan Maksimum)