Kadar Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Potongan Gaji Berjadual (PGB). Jadual potongan gaji ptptn mengikut kategori pendapatan peminjam.

Kadar Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Mengikut Gaji

Berita mengenai pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pasti ditunggu-tunggu oleh para graduan khususnya bagi yang telah bekerja mahupun yang masih menganggur. Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut maklumat terkini berkaitan kadar bayaran balik Pinjaman PTPTN melalui mekanisme Potongan Gaji Berjadual (PGB) yang bakal dilaksanakan Januari 2019.

PTPTN merupakan salah satu pinjaman pendidikan yang ditawarkan di Malaysia. Ianya merupakan antara pinjaman pendidikan yang paling sesuai dengan kadar bunga yang paling rendah berbanding dengan bank komersil tempatan yang lain menurut sebuah portal berita rasmi di Malaysia.

  • TERKINI 7-12-2018 : Pelaksanaan skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) PTPTN ditangguhkan pada ketika ini menerusi makluman Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menerusi muat naik di Twitte. Penangguhan dibuat sehingga pihaknya mengumpul pandangan dan cadangan daripada semua pemegang taruh.

Kadar Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Potongan Gaji Berjadual (PGB)

Kadar Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (Potongan Gaji Berjadual – PGB)

Seperti pinjaman pendidikan yang lain, PTPTN juga haruslah dibayar mengikut ketetapan yang telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan PTPTN. Pada awalnya, menurut manifesto Pakatan Harapan, tempoh bayaran balik kepada peminjam dilanjutkan sehingga mereka mencapai pendapatan bulanan sebanyak RM4,000 sebulan.

Namun begitu menerusi Belanjawan 2019. Menteri Kewangan Malaysia telah memperkenal pembayaran balik secara potongan berjadual antara 2 hingga 15 peratus daripada pendapatan bulanan pinjaman bagi peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Terkini pada 5 Disember 2018, Pengerusi PTPTN telah mengadakan sidang media mengenai perkara ini. Berikut dikongsikan isi penting mengenai sidang media berkenaan.

Potongan Gaji Berjadual (PGB) PTPTN

  1. Skim PGB akan dikuatkuasakan bermula Januari 2019. PGB menyerupai Potongan Cukai Berjadual (PCB) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di mana PTPTN akan berhubung terus dengan majikan yang akan menolak gaji pekerja yang mempunyai pinjaman PTPTN secara mandatori
  2. Potongan gaji akan dibuat melalui cara progresif daripada 2% sehingga 15 % berdasarkan gaji bulanan peminjam;
  3. Potongan cukai akan diberikan untuk majikan yang membayar hutang PTPTN pekerja;
  4. Pengecualian bayaran balik pinjaman bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama hanya untuk pelajar daripada keluarga B40 dan M40;
  5. Baki hutang akan dilupuskan sekiranya peminjam mencecah umur 60 tahun; dan
  6. Pelepasan taksiran cukai SSPN akan dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000 mulai tahun taksiran 2019.

Berdasarkan 5 perkara yang telah diumumkan, berikut adalah cara atau mekanisme pelaksanaan bagi setiap satu daripadanya:

Mekanisme Baharu Pembayaran – Potongan Gaji Secara Progesif (PGB)

  1. PGB merupakan pembayaran balik pinjaman mengikut peratus potongan di antara 2% sehingga 15%.
  2. Potongan gaji hanya akan dibuat apabila gaji mencecah RM2,000 sebulan
  3. Berikut adalah Jadual Pembayaran Balik PTPTN Mengikut Gaji Kadar Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Mengikut Gaji

Insentif Pelepasan Cukai Untuk Majikan Yang Membantu Pekerja

Setiap majikan layak mendapat potongan cukai ke atas apa-apa jumlah bayaran balik sama ada bayaran secara ansuran bulanan mahupun bayaran secara sekaligus.

Walaupun begitu, syarat dikenakan adalah majikan tidak boleh memberikan apa-apa syarat atau tuntutan kepada pekerja setelah pembayaran ini dibuat.

Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama

Untuk menghargai usaha para peminjam yang menjadi pelajar cemerlang dalam pengajian mereka, kerajaan akan memberikan pengecualian pembayaran balik pinjaman.

Pengecualian ini hanya diberikan kepada pelajar daripada golongan isi rumah B40 dan M40 yang memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama dan menamatkan pengajian dalam tahun 2019 dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa
  • Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama
  • Menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan
  • Termasuk dalam kategori keluarga B40 dan M40 ketika menamatkan pengajian

Menghapus Kira Hutang Peminjam Warga Emas

Turut mengambil kira dan prihatin terhadap golongan warga emas, kerajaan bersetuju untuk melupuskan baki hutang peminjam yang memasuki umur 60 tahun sekiranya;

  • Peminjam berpendapatan RM2,000 hingga RM4,000 sebulan
  • Menbayar balik secara konsisten dalam tempoh tiga (3) tahun terkini sebelum umur mencapai 60 tahun.

Meningkatkan Insentif Untuk Menabung

Sehubungan itu, bermula tahun 2019 insentif pelepasan cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) akan dinaikkan daripada RM6,000 bagi kadar sebelum ini kepada RM8,000.

Maklumat lanjut, sila rujuk Facebook PTPTN

Semoga perkongsian Kadar Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Potongan Gaji Berjadual (PGB) dapat memberikan manfaat buat para peminjam. Adalah diingatkan bahawa mereka yang telah mendapatkan pinjaman pelajaran melalui PTPTN perlu membayar balik pinjaman tersebut. Tahniah juga diucapkan kepada mereka yang mendapat pengecualian pembayaran hasil daripada keputusan peperiksaan cemerlang yang berjaya diperolehi.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *