Kadar Dividen ASB 2023/ ASN Dan Bonus Serta Cara Pengiraan. Jumlah pembayaran pendapatan Amanah saham bumiputera dan bonus pemegang unit.

Kadar Dividen ASB 2023/ ASN Dan Bonus Serta Cara Pengiraan

Ramai pelabur ASB dan ASN menanti penuh debar berapakah Kadar Dividen ASB ASN 2023 beserta pembayaran Bonus. Seperti kebiasaannya, kadar atau jumlah pembayaran dividen dan bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) akan diumumkan pada hujung setiap tahun. Pada tahun 2023, ia dijangka diumumkan pada hujung bulan Disember 2023. Untuk tahun 2022, kadar dividen dan bonus ASB/ ASN diumumkan pada 22 Disember 2022.

Bagi tahun 2023, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) menerusi satu makluman telah mengumumkan akan penangguhan urusniaga ASB dan ASN dari 21 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2023. Ianya bertujuan untuk pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023. Pembukaan semula urus niaga adalah pada 1 Januari 2024.

Kadar Dividen ASB ASN 2019 Dan Bonus

Jumlah Pembayaran Dividen ASB/ ASN Tahun 2023

Dividen ASB tahun 2023 telah diumumkan pada 21 Disember 2023 menerusi kenyataan media ASB di media sosial.

Kadar Dividen ASB Dan Bonus Serta Kadar ASN Tahun 2023

1. Amanah Saham Bumiputera (ASB)

  • Tahun : 2023
  • Kadar Dividen ASB (Sen/Unit) : 4.25
  • Kadar Bonus ASB (Sen/Unit) :  1.00
  • Pulangan Efektif (Sen/Unit) : 5.25

Boleh semak jumlah dividen dan bonus yang diperolehi apabila urusniaga dibuka pada 1 Januari 2024

Dividen_ASB-2023Dividen_ASB-2023-1

Kadar ASN Tahun 2021

1. Amanah Saham Nasional (ASN)

  • Jumlah pembayaran : 2.74 sen/ unit

Notis penangguhan urusniaga ASB/ ASNB adalah seperti berikut :-

Cara Pengiraan Dividen Dan Bonus ASB 2023

Berikut adalah cara pengiraan dividen serta bonus ASB tahun 2023:-

  • Kadar Dividen ASB @ 4.25% (Jumlah pengiraan adalah berdasarkan kepada purata baki minimum bulanan terendah 12 bulan)
  • Bonus @ 1.00% (Jumlah pengiraan baru bonus adalah berdasarkan kepada purata baki minimum bulanan terendah 12 bulan)

Contoh Pengiraan

Pelabur mempunyai pelaburan sebanyak RM100,000 dari awal tahun Januari 2023. Jumlah yang beliau perolehi adalah seperti berikut :-

A. Dividen

  • RM100,000 x 4.25% x 12/ 12 bulan = RM4,250

B. Bonus

  • RM100,000 x 1.00% x 12/ 12 bulan = RM1,000

Nota : Pelabur akan mendapat dividen dan bonus sebanyak RM4,250 + RM1,000 = RM5,250 jika tiada withdrawal atas pelaburan dilakukan sepanjang 12 bulan pada tahun 2023. Jika withdrawal dilakukan, jumlah dividen dan bonus akan dikira berdasarkan kepada purata baki minimum bulanan terendah 12 bulan

Contoh Pengiraan Senario 1 : Pelaburan melalui Auto Labur

Pelabur membuat potongan bulanan Auto Labur di myASNB sebanyak RM100 dan tidak membuat sebarang pengeluaran unit sepanjang tahun 2023. Contoh jumlah baki minimum bulanan adalah 606,600.00 unit.

A. Dividen

  • 606,600 unit/12 bulan x 4.25 sen per unit = RM2,148.38

B. Bonus

  • 606,600 unit/12 bulan x 1.00 sen per unit = RM505.50

Jumlah keseluruhan agihan bagi senario ini adalah sebanyak RM2,653.88

Contoh Pengiraan Senario 2 : Pelaburan menerusi Pembiayaan ASB

Pelabur mempunyai pembiayaan sebanyak 30,000 unit dan tiada pelaburan tambahan dibut semasa tahun kewangan. Contoh jumlah baki minimum bulanan adalah 360,000.00 unit.

A. Dividen

  • 360,000 unit/12 bulan x 4.25 sen per unit = RM1,275.00

B. Bonus

  • 360,000 unit/12 bulan x 1.00 sen per unit = RM300.00

Jumlah keseluruhan agihan bagi senario ini adalah sebanyak RM1,575.00

Contoh Pengiraan Senario 3 : Pelaburan dengan pengeluaran setiap bulan

Pelabur membuat jualan balik secara dalam talian sebanyak RM300 setiap bulan dan tiada pelaburan tambahan dibuat semasa tahun kewangan. Contoh jumlah baki minimum bulanan adalah 244,200.00 unit.

A. Dividen

  • 244,200 unit/12 bulan x 4.25 sen per unit = RM864.88

B. Bonus

  • 244,200 unit/12 bulan x 1.00 sen per unit = RM203.50

Jumlah keseluruhan agihan bagi senario ini adalah sebanyak RM1,068.38

Contoh Pengiraan Senario 4 : Tiada baki dalam akaun ASB

Pelabur telah mengosongkan akaun ASB dengan membuat jualan balik semua unit pada bulan Mei contohnya dan baki pelaburan ASB ialah 0 pada akhir tahun kewangan. Contoh jumlah baki minimum bulanan adalah 50,000.00 unit.

A. Dividen

  • 50,000 unit/12 bulan x 4.25 sen per unit = RM177.09

B. Bonus

  • Bonus dan bonus tambaahn hanya untuk akaun ASB yang berbaki minimum 1 unit sebelum tarikh pengumuman kadar

Jumlah keseluruhan agihan bagi senario ini adalah sebanyak RM177.09

Kaedah Pengiraan Zakat Ke Atas ASB 2023

Pengiraan zakat ke atas pelaburan ASB boleh dibahagikan kepada beberapa kaedah dan situasi. Kaedah dan situasi pengiraan zakat ke atas pelaburan ASB adalah seperti berikut:

*Nota : Nisab zakat untuk tahun 2023 di Wilayah Persekutuan adalah RM21,626.00

1. Pelaburan Menggunan Wang/ Modal Sendiri

Bagi situasi ini pengiraan zakat adalah berkadar langsung dengan jumlah pelaburan dan keuntungan (dividen, bonus dan pendapatan ASB) yang diperolehi.

Formulanya adalah seperti berikut:

  • [Baki Akhir Tahun Modal Pelaburan + Dividen/ Pendapatan ASB] x 2.5% (Kadar Zakat)

Contoh (i):
RM 200, 000 (Baki Akhir Tahun Modal Pelaburan) + RM10, 500 (Dividen / Pendapatan ASB 2023 iaitu 5.25%)
= RM210, 500 x 2.5%
= RM5, 262.50

Justeru, zakat yang wajib ditunaikan adalah sebanyak RM5, 262.50

Contoh (ii):
RM15,000 (Baki Akhir Tahun Modal Pelaburan) + RM787.50 (Dividen/Pendapatan ASB 2023 iaitu 5.25%)
= RM15, 787.50 x 2.5%
= RM394.69

Justeru, zakat yang wajib ditunaikan adalah sebanyak RM394.69

 2. Pelaburan Menggunakan Fasiliti Pembiayaan ASB Dengan Pihak Bank

Bagi situasi ini, pengiraan zakat hanya akan dikenakan ke atas dividen atau keuntungan yang diperolehi sahaja. Namun begitu, bagi modal pelaburan tidak dikenakan zakat ke atasnya kecuali setelah berlakunya penebusan sijil pelaburan ataupun setelah selesai tempoh bayaran balik pembiayaan.

Formulanya adalah seperti berikut:

  • Dividen / Pendapatan ASB x 2.5%

Kes 1: Dividen/ Pendapatan ASB yang diperolehi TIDAK DIGUNAKAN untuk membuat pembayaran semula pembiayaan

Contoh:
Modal Pelaburan Maksimum RM200, 000 [dalam bentuk sijil pelaburan]
Dividen/ Pendapatan ASB 2023: 5.25% dari RM200, 000 = RM10, 500
= RM10, 500 x 2.5%
= RM262.50

Justeru, zakat yang dikenakan adalah RM262.50

Dalam contoh ini, nilai dividen yang diperolehi tidak melebihi nisab tahunan zakat pada tahun 2023 iaitu RM21, 626.
Zakat tetap dikenakan kerana dalam contoh di atas, pendapatan dari ASB tersebut dicampurkan dengan kesemua pemilikan harta individu yang telah cukup haulnya untuk dizakatkan.

Jadi kecukupan nisab dikira secara relatif dengan dicampurkan harta-harta lain yang berada di bawah pemilikan individu terbabit.

Namun, jika individu yang terbabit tidak mempunyai harta-harta lain yang cukup haul dan sedia dizakatkan, maka zakat TIDAK DIKENAKAN ke atas dividen/pendapatan ASB yang tidak mencukupi nisab itu tadi.
Kaedah yang sama juga terpakai ke atas nilai-nilai lain di bawah nilai pelaburan maksimum.

Kes 2: Dividen/ Pendapatan ASB yang diperolehi DIGUNAKAN untuk melakukan pembayaran semula pembiayaan

Dalam kes ini, zakat hanya akan dikenakan ke atas baki atau lebihan dividen/pendapatan ASB yang masih ada setelah ditolak jumlah pembayaran semula pembiayaan.

Contoh:
Modal Pelaburan Maksimum RM200, 000 [dalam bentuk sijil pelaburan]
Dividen/ Pendapatan ASB 2023: 5.25% dari RM200, 000 = RM10, 500

Jumlah pembayaran semula pembiayaan selama setahun (dikira berdasarkan tempoh ansuran bulanan pembiayaan pelaburan ASB selama maksimum 30 tahun)
= RM 1, 099 (sebulan) x 12 (bulan) = RM 13,188
= RM 10, 500 (dividen/pendapatan ASB) – RM 13,188 (bayaran semula pembiayaan)
= RM (2,688)

Disebabkan bayaran semula pembiayaan melebihi jumlah dividen yang diterima, maka TIDAK ADA ZAKAT dikenakan. Juga, sekiranya jumlah dividen sama dengan jumlah pembayaran semula pembiayaan, maka zakat tidak akan dikenakan.

3. Perolehan Selepas Penyerahan Semula Sijil Pembiayaan Pelaburan ASB

Sesetengah pelabur menggunakan kaedah membuat pembiayaan pelaburan ASB dan dalam tempoh tertentu membuat penyerahan semula sijil (surrender) serta melangsaikan bayaran baki pembiayaan untuk memperoleh keuntungan dan pulangan.

Formulanya adalah seperti berikut:

  • [Pulangan tunai selepas penyerahan sijil pelaburan + dividen tahun semasa ASB] x 2.5%

Kes 1: Penyerahan semula sijil pelaburan lebih awal sebelum tamat tempoh pembiayaan

Contoh:
Penyerahan sijil pelaburan pada tahun ke-5 dalam tempoh pembiayaan selama 25 tahun:

[RM22, 002.61 (lebihan tunai penyerahan sijil pelaburan bernilai RM200,000) + RM10, 500 (dividen tahun semasa ASB)] = RM31, 352.61
= RM32, 502.61 x 2.5%
= RM812.57

Maka zakat yang dikenakan adalah sebanyak RM812.57

Kes 2: Penyerahan semula sijil pelaburan setelah tamat tempoh pembiayaan

Contoh:
Penyerahan sijil pelaburan pada tahun akhir pembiayaan / selepas tamat tempoh pembiayaan 25 tahun:

[RM200, 000 (nilai penyerahan sijil pada tahun akhir pembiayaan/selepas tamat tempoh pembiayaan) + RM 10, 500 (nilai dividen semasa ASB)] = RM209, 350
= RM210, 500 x 2.5%
= RM5, 262.50

Maka zakat yang dikenakan adalah sebanyak RM5, 262.50

Kadar Dividen Dan Bonus ASB Dari Tahun 1990 Sehingga 2023

  • Untuk rekod dan perbandingan, berikut adalah kadar dividen dan bonus ASB untuk tahun-tahun lepas iaitu dari tahun 1990 sehingga 2023
  • Ianya merangkumi Tahun : Kadar Dividen ASB + Kadar Bonus ASB = JUMLAH (sen : unit)
TAHUN KADAR DIVIDEN ASB (SEN / UNIT) KADAR BONUS ASB (SEN / UNIT) PULANGAN EFEKTIF (SEN / UNIT)
20234.251.005.25
20224.600.50 (untuk 30,000 unit pertama)5.10
20214.250.755.00
20203.500.75 + 0.75 (untuk 30,000 unit pertama)4.25
2019 5.00 0.50 5.50
2018 6.50 0.50 7.00
2017 7.00 0.25 +1.00 (Bonus Ulang Tahun) 7.25
2016 6.75 0.5 7.25
2015 7.25 0.5 7.75
2014 7.50 1.0 8.50
2013 7.70 1.0 8.70
2012 7.75 1.15 8.90
2011 7.65 1.15 8.80
2010 7.50 1.25 8.75
2009 7.30 1.25 8.55
2008 7.00 1.75 8.75
2007 8.00 1.00 9.00
2006 7.30 1.25 8.55
2005 7.25 1.75 9.00
2004 7.25 2.00 9.25
2003 7.25 2.00 9.25
2002 7.00 2.00 9.00
2001 7.00 3.00 10.00
2000 9.75 2.00 11.75
1999 8.50 1.50 + 2.00 (Special Bonus) 12.00
1998 8.00 2.50 10.50
1997 10.25 1.25 11.50
1996 10.25 3.00 13.25
1995 10.00 3.00 13.00
1994 9.50 4.50 14.00
1993 9.00 4.50 13.50
1992 7.50 5.00 12.50
1991 8.50 4.00 12.50
1990 8.00 6.00 14.00

Semoga jumlah pembayaran Kadar Dividen ASB 2023 Dan Bonus yang bakal diumumkan nanti oleh ASNB adalah lebih baik dari tahun sebelumnya.

Related : asb bagi tahun kewangan berakhir 31 disember 2023, pengumuman dividen asb, secara online, permodalan nasional berhad, pemegang unit, portal myasnb, pengagihan pendapatan dan bonus asb, pengiraan pengagihan pendapatan, agihan pendapatan, perbankan internet,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *