Kadar Dividen Tabung Haji 2023 Dan Bonus (Cara Pengiraan Hibah), Pengumuman dan agihan bagi tahun kewangan dijangka pada April.

Kadar Dividen Tabung Haji 2023 Dan Bonus (Cara Pengiraan Hibah)

Panduan buat pendeposit Tabung Haji (TH). Bila dan berapakah Kadar Dividen Tabung Haji tahun 2023 beserta bonus (Hibah tahunan dan hibah haji) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023?

Berdasarkan kepada tarikh tahun-tahun yang lepas, tarikh pengumuman dan pengagihan kadar Dividen dan bonus Tabung Haji tahun 2023 akan diumumkan sekitar suku pertama atau kedua tahun 2024. Terkini : Pengumuman dan jumlah agihan dividen Tabung Haji TH bagi tahun kewangan 2023 dijangka pada April 2024 ini iaitu setelah audit penuh dijalankan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Kadar Dividen Tabung Haji 2018 Dan Bonus

Kadar Hibah Pendeposit Tabung Haji 2023

Untuk makluman, TH perlu memastikan semua proses auditan awalan dilalui dan kelulusan dalaman diperolehi sebelum pengumuman pengagihan pendapatan di buat.

Pendeposit boleh merujuk kepada Laman Web Tabung Haji untuk mendapatkan panduan lengkap dan informasi terkini berkenaan kadar bonus, cara pengiraan bonus TH, soal jawab pendeposit dan perkara penting lain.

Jumlah Agihan Keuntungan Tahunan TH Tahun 2023

Bagi tahun 2023 akan dikemaskini setelah diumumkan

TAHUN DIVIDEN/BONUS TAHUNAN (%) BONUS HAJI (%) JUMLAH DIVIDEN (%)
2022 3.10 0 3.10

agihan-keuntungan-tabung-haji-2022

Pendeposit Tabung Haji boleh membuat semakan pengkreditan agihan keuntungan tahun 2022 bermula tarikh seperti berikut:

tarikh-dan-cara-semak-agihan-keuntungan-tabung-haji-2022

Jumlah Agihan Keuntungan Tahunan TH Tahun 2021

TAHUN DIVIDEN/BONUS TAHUNAN (%) BONUS HAJI (%) JUMLAH DIVIDEN (%)
2021 3.10 0 3.10

Pendeposit Tabung Haji boleh membuat semakan pengkreditan agihan keuntungan tahun 2021 melalui tiga kaedah seperti berikut:

Jumlah Agihan Keuntungan Tahunan TH Tahun 2020

TAHUN DIVIDEN/BONUS TAHUNAN (%) BONUS HAJI (%) JUMLAH DIVIDEN (%)
2020 3.10 0 3.10

Anda boleh menggunakan tiga kaedah yang disediakan oleh Tabung Haji untuk menyemak pengkreditan Agihan Keuntungan TH 2020 seperti berikut:

Jumlah Pembayaran Hibah Tahunan Dan Hibah Haji TH Tahun 2019

TAHUN DIVIDEN/BONUS TAHUNAN (%) BONUS HAJI (%) JUMLAH DIVIDEN (%)
2019 3.05 0 3.05

Kadar Dividen Tabung Haji Dan Bonus 2018

Lembaga Tabung Haji (TH) telah membuat pengumuman mengenai agihan hibah atau bonus kepada pendeposit pada hari Jumaat, 5 April 2019. Dengan jumlah pengagihan sebanyak RM913 juta kepada semua pendeposit untuk tahun kewangan 2018, kadar bonus tahun ini adalah 1.25% manakala tiada bonus haji diumumkan.

TAHUN DIVIDEN/BONUS TAHUNAN (%) BONUS HAJI (%) JUMLAH DIVIDEN (%)
2018 1.25 0 1.25

hibah tahun tabung haji 2018

Para pendeposit boleh membuat semakan pengkreditan Bonus (Hibah) Tahunan Tabung Haji 2019 menerusi kaunter Tabung Haji dan ATM bank-bank rakan strategik Tabung Haji iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic serta Portal THijari mulai pada tarikh yang akan dikemaskini (2018: 8 April 2019)

Kadar Dividen Tabung Haji Dan Bonus 2017

Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan hibah atau bonus kepada pendeposit pada hari Rabu, 7 Februari 2018 iaitu sebanyak 4.50 peratus dan tambahan hibah haji 1.75 peratus kepada yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2017.

TAHUN DIVIDEN/BONUS TAHUNAN (%) BONUS HAJI (%) JUMLAH DIVIDEN (%)
2017 4.50 1.75 6.25

Kadar Dividen Tabung Haji 2017 Dan Bonus

Para pendeposit boleh menyemak pengkreditan Bonus (Hibah) Tahunan Tabung Haji 2017 melalui kaunter Tabung Haji dan ATM bank-bank rakan strategik Tabung Haji iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic serta Portal THijari mulai pada tarikh 12 Februari 2018 (Isnin).

Maksud Bonus Tabung Haji

Pembayaran hibah (dividen dan bonus) telah mengambil kira pembayaran zakat sebanyak 2.5%. Berikut adalah maksud setiap bayaran Hibah yang diberikan:-

  1. Hibah haji adalah merupakan satu “hadiah” khas yang diberikan kepada para pendeposit Tabung Haji yang belum pernah menunaikan ibadah haji untuk meningkatkan tabungan mereka. Ianya terhad kepada bayaran haji semasa sahaja iaitu RM10,980.
  2. Hibah tahunan adalah merupakan “hadiah” yang diisytiharkan oleh Tabung Haji mengikut prestasi kewangan tahun semasa, Ianya diberi bagi menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan di TH. Ianya adalah “hadiah” yang diisytihar oleh TH, berdasarkan konsep Wadiah Yad Dhamanah iaitu mengikut kemampuan kewangan TH pada tahun semasa.

Sejarah Pembayaran Kadar Dividen Tabung Haji Dan Bonus

Sebagai perbandingan, berikut adalah sejarah pembayaran dividen dan bonus TH dari tahun 2010 hingga 2022

TAHUN DIVIDEN/BONUS TAHUNAN (%) BONUS HAJI (%) JUMLAH DIVIDEN (%)
2022 3.10 0 3.10
2021 3.10 0 3.10
2020 3.10 0 3.10
2019 3.05 0 3.05
2018 1.25 0 1.25
2017 4.50 1.75 6.25
2016 4.25 1.50 5.75
2015 5.00 3.00 8.00
2014 6.25 2.00 8.25
2013 6.00 2.00 8.00
2012 6.50 1.50 8.00
2011 6.00 0 6.00
2010 5.50 0 5.50

Cara Pengiraan Bonus Tabung Haji

Berikut adalah cara membuat pengiraan bonus Tabung Haji :-

A. Hibah Tahunan TH

  1. Kiraan : Baki purata minima bulanan akauan TH/12 bulan x kadar bonus

B. Hibah Haji TH

  1. Terhad kepada akaun pendeposit yang belum menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji sebanyak RM9,980.
  2. Kiraan : Baki purata minimum bulanan yang kurang atau sama dengan RM9,980/12 x bonus haji
  • Soalan Lazim Hibah TH klik FAQ TH

Maklumat pengiraan lengkap boleh dirujuk seperti berikut :-

Bagaimana Cara Pengiraan Hibah Tahunan TH?

Berapakah kadar pembayaran Hibah untuk pendeposit Tabung Haji (TH) tahun ini? Bagaimanakah cara pengiraan Hibah Tabung Haji? Pada kelazimannya, TH akan mengumumkan jumlah pembayaran kadar Hibah Tahunan dan Hibah Haji pada suku pertama setiap tahun. Kepada mereka yang kurang jelas, Hibah Tahunan adalah “hadiah” yang diisytihar oleh TH. Ianya adalah berdasarkan kepada konsep Wadiah Yad Dhamanah iaitu mengikut kemampuan kewangan TH pada tahun semasa.

Hibah Haji pula adalah “hadiah khas” yang diberikan kepada pendeposit TH yang masih belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa (RM10,980). Untuk makluman, tiada pengagihan hibah haji untuk tahun 2018 berbanding tahun 2017, di mana semua pendeposit yang mempunyai akaun simpanan TH yang berstatus aktif sehingga 31 Disember 2017 adalah layak untuk menerima hibah tahun 2017 pada kadar yang diisytiharkan. Pada tahun 2022 jumlah dividen yang diumumkan adalah 3.10%. Bayaran hibah ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit TH.

 

Lembaga Tabung Haji (TH) pada 28 April 2023, telah mengisytiharkan pembayaran Agihan Keuntungan Pendeposit Tahunan TH sebanyak 3.10% kepada pendeposit yang layak bagi tahun kewangan 2022. Pengagihan keuntungan TH 2022 pada kadar 3.10 peratus akan memberi manfaat kepada 8.7 juta pendeposit.

  • Nota : Simpanan di TH adalah berkonsepkan Al Wadiah Yad Dhamanah di mana simpanan adalah terjamin dan pemberian hibah tidak dijanjikan serta mengikut budibicara TH

Cara pengiraan Hibah Tahunan TH untuk tahun kewangan 2022 adalah sama kiraan dengan cara pengiraan Hibah Tabung Haji tahun 2021, 2020, 2019 dan 2018. Iaitu :-

  • Tahun kewangan 2022, 2021, 2020, 2019, 2018, 2017 & 2016 : Mengambil kira baki purata minima bulanan

Contoh Cara Pengiraan Hibah Tabung Haji (Hibah Tahunan Dan Hibah Haji)

Berikut adalah contoh pengiraan Hibah buat rujukan pendeposit TH dalam mengira jumlah pembayaran yang diterima.

Contoh pengiraan adalah berdasarkan kepada kadar pengagihan tahun sebelumnya iaitu tahun 2017, 2018, 2019, 2020, 2021 dan tahun ini, 2022.

i) HIBAH TAHUNAN

Cara pengiraan Hibah Tahunan TH 2022 adalah dengan mengambil kira akaun pendeposit TH yang aktif.

Kiraan:

  • 2022 : Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari hingga Disember 2022 / Bilangan Bulan) x 3.10%
  • 2021 : Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari hingga Disember 2021 / Bilangan Bulan) x 3.10%
  • 2020 : Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari hingga Disember 2020 / Bilangan Bulan) x 3.10%
  • 2019 : Baki purata minima bulanan sepanjang tahun 2019 x kadar hibah tahunan (3.05%)
  • 2018 : Baki purata minima bulanan sepanjang tahun 2018 x kadar hibah tahunan (1.25%)
  • 2017 : Baki purata minima bulanan sepanjang tahun 2017 x kadar hibah tahunan (4.50%)
  • 2016 : Baki purata minima bulanan sepanjang tahun 2016 X 4.25% (Januari-Disember 2016/12 Bulan) X 4.25%

Semua pendeposit yang mempunyai akaun simpanan TH yang berstatus aktif sehingga 31 Disember 2022, layak menerima hibah tahun 2022 pada kadar yang diisytiharkan.

ii) HIBAH HAJI

  • 2022 – Tiada pengagihan hibah haji untuk tahun 2022
  • 2021 – Tiada pengagihan hibah haji untuk tahun 2021
  • 2020 – Tiada pengagihan hibah haji untuk tahun 2020
  • 2019 – pengagihan hibah haji untuk tahun 2019: 3.05%
  • 2018 – Tiada pengagihan hibah haji untuk tahun 2018

Tahun 2017

Semua pendeposit yang mempunyai akaun simpanan TH yang berstatus aktif sehingga 31 Disember 2017 dan belum pernah menunaikan haji adalah layak menerima Hibah Haji.

  • Cara pengiraan hibah haji adalah dengan mengambil kira purata baki minima bulanan, tertakluk kepada jumlah maksimum bayaran haji tahun semasa.
    • Kiraan :
      Baki purata minima bulanan (tertakluk kepada maksimum RM9,980) x Kadar Hibah Haji (1.75%)

Tahun 2016

  • Cara pengiraan hibah haji adalah dengan mengambil kira purata baki minima bulanan selama 12 bulan dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, kadar kelayakan maksima adalah purata baki minima bulanan sehingga RM9,980 (terhad kepada bayaran haji semasa)
    • Kiraan: Baki purata minima bulanan X 1.50% (Januari-Disember 2016/12 Bulan) X 1.50%

Cara Pengiraan Hibah Tabung Haji (TH)

Maklumat Lanjut

Untuk gambaran yang lebih jelas berkaitan cara pengiraan Hibah Tabung Haji tahun 2021, 2020, 2019, 2018 dan 2017 anda boleh merujuk kepada grafk di bawah ini.

2016

Kadar Dividen Tabung Haji 2017 Dan Bonus

Tahun 2017

Cara Pengiraan Hibah Tabung Haji (TH)

Tahun 2018

hibah tahunan tabung haji 2018

Tahun 2019

Tahun 2020

Tahun 2021

Tahun 2022

agihan-keuntungan-tabung-haji-2022

Moga perkongsian Cara Pengiraan Hibah Tabung Haji (TH) ini boleh dijadikan panduan buat pendeposit dalam mengira jumlah Hibah yang diterima kali ini. Selamat membuat penabungan dalam Tabung Haji untuk kemudahan mengerjakan Haji pada masa hadapan.

Semoga Kadar yang akan diumumkan nanti mampu mengembirakan semua pendeposit Tabung Haji. Jom simpan di Tabung Haji untuk masa depan yang cemerlang.

Rel : suruhanjaya siasatan diraja rci, th mengumumkan agihan keuntungan tabung haji, jumlah agihan sebanyak rm2.65 bilion, bank rakan strategik, 29 april 2023, dividen tabung haji th, menteri di jabatan perdana,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *