in

Kalendar Islam 2020 Dan Tarikh Penting

Takwim Islam JAKIM Tahun 2020 Masihi/ 1441-1442 Hijrah. Bilakah tarikh penting dalam Kalendar Islam tahun 2020 di Malaysia? Berikut dikongsikan Kalendar Islam 2020 atau Takwim Islam JAKIM beserta dengan tarikh-tarikh penting dalam Islam untuk tahun 2020 Masihi bersamaan dengan 1441 – 1442 Hijrah. Takwim Hijriah atau Takwim Islam merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam dalam menentukan hari kebesaran Islam.

Kalendar Hijriah adalah kalendar lunar/qamariah yang dikira berdasarkan kepada pergerakan bulan mengelilingi bumi. Terdapat 12 bulan dalam kalendar Islam bermula dari bulan Muharram ke bulan Zulhijah. Kalendar Masihi pula dikira berdasarkan kepada pergerakan bumi mengelilingi Matahari.Terdapat 12 bulan dalam satu tahun Masihi bermula dari bulan Januari hingga Disember.

Kalendar Islam 2020 Dan Tarikh Penting

Kalendar Islam 2020 Malaysia Dan Tarikh Penting

Berikut dikongsikan tarikh penting dalam Islam tahun 2020 di Malaysia yang memaparkan tarikh hari kebesaran Islam dan perayaan di Malaysia seperti Iskrak Mikraj, Awal Ramadhan, Nuzul Al-Quran, Hari Raya Puasa, Awal Zulhijjah, Hari Raya Aidiladha, Awal Muharram (Maal Hijrah) dan Maulidur Rasul.

KALENDAR ISLAM 2020

Tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2020/ 1441H-1442H Di Malaysia adalah seperti berikut :-

TARIKH HIJRI 1441TARIKH MILADI (2020)HARI KEBESARAN/ PERAYAAN ISLAM
 27 Rejab22 MacIskraj Mikraj
 1 Ramadhan *24 AprilAwal Ramadhan/ Tarikh Mula Puasa 2019
 17 Ramadhan10 MeiNuzul Al-Quran
 1 Syawal *24 MeiHari Raya Puasa/ Aidilfitri
 1 Zulhijjah22 Julai Awal Zulhijjah
 10 Zulhijjah *31 JulaiHari Raya Qurban/ Aidiladha
 1 Muharram 1442H20 OgosAwal Muharram/ Maal Hijrah
 12 Rabiulawal 1442H29 OktoberMaulidur Rasul
 Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
 Sumber : Panel Pakar Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Fail boleh dimuat turun dalam PDF di JAKIM.

TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM 2020

Kalendar Islam 2020 Dan Tarikh Penting

Turut disertakan Kalendar Islam tarikh penting dalam Islam tahun 2019 di Malaysia buat rujukan:

KALENDAR ISLAM 2019

Tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2019/ 1440H-1441H Di Malaysia adalah seperti berikut :-

TARIKH HIJRI 1440TARIKH MILADI (2019)HARI KEBESARAN/ PERAYAAN ISLAM
 27 Rejab3 AprilIskraj Mikraj
 1 Ramadhan *6 MeiAwal Ramadhan/ Tarikh Mula Puasa 2019
 17 Ramadhan22 MeiNuzul Al-Quran
 1 Syawal *5 JunHari Raya Puasa/ Aidilfitri
 1 Zulhijjah2 OgosAwal Zulhijjah
 10 Zulhijjah *11 OgosHari Raya Qurban/ Aidiladha
 1 Muharram 1441H1 SeptemberAwal Muharram/ Maal Hijrah
 12 Rabiulawal 1441H9 NovemberMaulidur Rasul
 Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
 Sumber : Panel Pakar Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Fail boleh dimuat turun dalam PDF di JAKIM.

TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM 2019

Kalendar Islam 2019 Dan Tarikh Penting Hari Kebesaran & Perayaan

Takwim 2020 Miladiah/ 1441-1442 Hijriah Malaysia

Dikongsikan juga Takwim Islam 2020 dan 2019 yang merupakan sejenis kalendar berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun.

Islam mempunyai kiraan takwim sendiri apabila Saidina Umar al-Khattab menetapkan bermulanya peristiwa hijrah Rasulullah sebagai tahun bermulanya pengiraan takwim Islam. Pengiraan takwim Islam berlandaskan pergerakan dan kedudukan bulan berbeza dengan pengiraan sistem AD dan CE yang melihat kepada kedudukan dan pergerakan matahari.

2020

Takwim 2020 Miladiah/ 1441-1442 Hijriah

2019

Kalendar Islam 2019 Dan Tarikh Penting Hari Kebesaran & Perayaan

Semoga perkongsian Kalendar Islam 2020 dan 2019 beserta tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2020/ 1441-1442H bermanfaat buat semua umat Islam. Moga ianya boleh dijadikan panduan dan rujukan buat muslimin dan muslimat dalam merancang aktiviti di Malaysia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Koleksi Soalan Percubaan SPM 2018 dan skema jawapan

Koleksi Soalan Percubaan SPM 2019 Dan Jawapan (2018 & 2017)

tema umum sejarah kertas 3 spm 2018

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2019