in

Kategori Penerima BSH 2019 Isi Rumah Berpendapatan RM4,000 Ke Bawah

Berita baik buat golongan isi rumah yang berpendapatan 40 peratus terendah (B40). Kerajaan baharu Pakatan Harapan melalui pembentangan Bajet 2019 pada 2 November 2018 telah mengumumkan bahawa Bantuan Sara Hidup (BSH) akan diteruskan dan ditambah baik bagi memastikan penyaluran bantuan lebih bersasar kepada mereka yang memerlukannya. Berikut dikongsikan senarai kategori penerima BSH 2019 iaitu Bantuan Sara Hidup Rakyat buat rujukan penerima bantuan.

Bajet 2019 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng dan bertemakan “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera“. Sebelum ini pada bulan Mei 2018, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah digantikan dengan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2018 dengan jumlah bantuan dikekalkan. Namun pada bajet 2019 kali, kategori penerima telah dikaji semula. Dan dianggarkan seramai 4.1 juta isi rumah akan menerima bantuan berjumlah RM5 bilion. Berbanding sekitar 7 juta penerima bantuan BR1M sebelum ini.

Kategori Penerima BSH 2019 Isi Rumah

Senarai Kategori Penerima BSH 2019 (Bantuan Sara Hidup)

Berikut adalah senarai kategori penerima BSH tahun 2019 mengikut jumlah pendapatan isi rumah. Ini bermakna hanya 4 kategori isi rumah yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan BSH dengan jumlah bantuan dari RM500 hingga RM1,000.

Untuk penambahbaikan BSH pula, kerajaan telah memperkenalkan kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah. Ianya terhad kepada empat anak, kecuali anak kurang upaya yang tidak dihadkan umur mereka.

Berikut adalah 3 kategori penerima BSH tahun 2019 mengikut jumlah pendapatan isi rumah.

KATEGORI BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT (BSH) 2019

No 1 ISI RUMAH – PENDAPATAN RM2,000 DAN KE BAWAH
Jumlah Bantuan RM1,000 + RM120/ anak
No 2 ISI RUMAH – PENDAPATAN RM2,001 HINGGA RM3,000
Jumlah Bantuan RM750 + RM120/ anak
No 3 ISI RUMAH – PENDAPATAN RM3,001 HINGGA RM4,000
Jumlah Bantuan RM500 + RM120/ anak
TAMBAHAN BSH RM120
Mempunyai 4 anak berumur 18 tahun ke bawah. BSH tambahan RM120 untuk setiap anak, kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka
*Contoh : Golongan isi rumah dengan pendapatan RM2,000 ke bawah dan JIKA mempunyai empat orang anak, bantuan yang akan mereka terima secara keseluruhan adalah RM1,480. Ini bermakna jumlah yang diberikan adalah lebih tinggi berbanding dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan sebelum ini iaitu berjumlah RM1,200
1. Panduan Permohonan dan Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019
2. Semakan Bantuan Sara Hidup 2019

Maklumat Lanjut

Untuk makluman, pemberian BSH adalah merupakan salah satu daripada lapan langkah yang akan dilaksana oleh Kerajaan PH. Ianya dalam usaha menjamin kebajikan dan kualiti hidup rakyat. Yang kini menghadapi kos kehidupan yang meningkat dan cabaran ekonomi global yang tidak menentu.

Moga pemberian BSH 2019 dapat membantu meringankan beban para penerima Bantuan Sara Hidup di kalangan golongan berpendapatan rendah.

4 Comments

Leave a Reply
  1. Hi. Saya nak tanya kalau keluarga yang gaji rm 4001 dan ke atas. Biasanya tak layak untuk BRIM ataupun BSH. Tetapi ada anak 3 orang yang bawah 18tahun. Adakah boleh mohon BSH 2019 untuk category bantuan tambahan untuk yang anak punya tu? Maksudnya rm 120 x 3 = rm 360. Terima kasih.

    • Tidak boleh. Pendapatan maksimum adalah RM4,000. Bayaran tambahan anaka adalah untuk kategori pendapatan sehingga RM4,000 sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor RIBJ online

Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor RIBJ Online

Semakan Keputusan UPSR 2018 Online Dan SMS

Semakan Keputusan UPSR 2018 Online Dan SMS