in ,

Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM/ STPM

Senarai Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM/ STPM Sesi Kemasukan 2019/ 2019. Untuk makluman, permohonan UPUonline sesi kemasukan 2018-2019 akan dibuka pada 5 Februari sehingga 10 April 2018. Kepada pelajar lepasan SPM/ STPM yang berminat untuk memasuki Universiti Awam – UA/ IPTA, berikut dikongsikan kategori permohonan UPU buat panduan dan rujukan semua. Pemohon perlu memohon program pengajian mengikut kelulusan mereka.

Permohonan kemasukan ke UA, Politeknik (Premier. Konvensional & Metro), Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah dibuka untuk Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No.KP/ My Kad sahaja. Bermula dari bulan Mac 2015, istilah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah digantikan dengan Universiti Awam (UA). Manakala IPTA pula digunakan bagi merujuk kepada Kolej Komuniti dan Politeknik.

Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM/ STPM
Senarai Kategori Permohonan UPU Untuk Lepasan SPM/ STPM Dan Setaraf

Berikut dikongsikan senarai kategori permohonan UPU online mengikut kelayakan kelulusan akademik pelajar. Terdapat 2 kategori pemohon yang boleh membuat permohonan UPU untuk kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA seperti berikut :-

Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM/ Setaraf & STPM/ Setaraf

A. LEPASAN SPM/ SETARAF

Senarai kategori pemohonan untuk lepasan SPM dan setaraf adalah seperti berikut :-

  • 1. Kategori A : Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2017 sahaja
  • 2. Kategori B : Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2015 atau 2016

Pelajar adalah layak untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA berdasarkan kelayakan dan minat. Program yang boleh dimohon adalah Program Asasi/ Diploma Di UA/ Politeknik Dan Sijil/ Diploma Di Kolej Komuniti dan ILKA

Klik SPM/ setaraf

B. LEPASAN STPM/ SETARAF

Kategori pemohonan untuk lepasan STPM dan setaraf adalah seperti berikut :-

  1. STPM 2017
  2. STAM 2016 & 2017
  3. Asasi UA
  4. Matrikulasi KPM
  5. Diploma/ Setaraf

Kategori Lepasan Diploma/ setaraf adalah termasuk :-

  1. Diploma UA/ Politeknik
  2. DKM / DLKM / DVM / Diploma IPTS / Diploma Luar Negara/ Lain-lain Diploma
  3. Kelayakan Setaraf seperti A-Level / IB/ AUSMAT/ SAM/ CPU/ STPM, Matrikulasi, STAM (Bukan tahun semasa)

Pelajar dalam kategori lepasan STPM/ setaraf adalah layak untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Di UA Dan Politeknik Premier

Nota : Untuk pemohon Lepasan ASASI dan DIPLOMA IPTS, Pemilihan dan Pengambilan adalah tertakluk sepenuhnya dibawah Senat Universiti.

Maklumat Lanjut Kategori STPM/ setaraf

Senarai lengkap Kategori permohonan untuk pemohon lepasan STPM/ Setaraf adalah seperti berikut:-

A. STPM (Kategori A, S)

Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja:-

  • Kategori A : Aliran Sastera
  • Kategori S : Aliran Sains

B. Lepasan Matrikulasi (Kategori N, P, U, L, K, J)

Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM tahun semasa seperti pecahan berikut:

  • Kategori N : Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM
  • Kategori P : Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
  • U : Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM
  • Kategori L : Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
  • Kategori K : Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
  • J : Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM.

C. Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori G, E, F)

  • Kategori G • Diploma Universiti Awam (UA) / Diploma Politeknik:
    • Diploma Universiti Awam (UA)
    • Diploma Politeknik
  • Kategori E • DKM / DLKM / DVM / Diploma IPTS/ Luar Negara / Lain-Lain Kelayakan :
    • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
    • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
    • Diploma Vokasional Malaysia
    • Diploma IPTS/ Luar Negara / Lain-Lain Kelayakan
  • Kategori F • KELAYAKAN SETARAF :
    • A LEVEL
    • INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA (IBD)
    • SEKOLAH SUKAN (SSBJ/SSTMI/SSMP)
    • STPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
    • MATRIKULASI KPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
    • STAM (DUA (2) TAHUN SEBELUM TAHUN SEMASA)
    • AUSMAT/ SAM / ADFP
    • FOUNDATION IPTS

D. Lepasan STAM (Kategori T)

Kategori T • Pelajar Lepasan STAM tahun semasa dan satu tahun sebelum tahun semasa sahaja.

Klik Lepasan STPM/ setaraf

Informasi Terkini Permohonan UPU 2018-2019

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan Permohonan Kemasukan Ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti Dan ILKA Sesi 2018-2019 Online, sila layari :-

Permohonan UPU 2018-2019 Online UA Politeknik ILKA

Semoga perkongsian Senarai kategori permohonan UPU boleh dijadikan buat pelajar yang ingin membuat permohonan UPUonline sesi kemasukan 2018-2019. Selamat membuat permohonan dan moga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UA/ Institusi Pengajian yang diidamkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cara Mohon Semak Semula Keputusan PT3

Cara Mohon Semak Semula Keputusan PT3

Senarai Saham Amanah Patuh Syariah Terkini

Senarai Saham Amanah Patuh Syariah Terkini