in

Kemaskini BSH 2020 Online Bantuan Sara Hidup Rakyat (MyBSH)

Cara Kemaskini BSH 2020 Online Bantuan Sara Hidup Rakyat Melalui MyBSH. Perhatian buat seluruh rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu bantuan daripada pihak kerajaan iaitu Bantuan Sara Hidup Rakyat yang dikenali sebagai BSH, anda perlu membuat kemaskini permohonan BSH bagi melayakkan diri menerima bantuan ini. Penerima BSH bagi tahun sebelum ini hendaklah mengemaskini permohonan secara atas talian bermula tarikh yang ditetapkan. Berikut adalah cara Kemaskini BSH 2020 secara online melalui MyBSH.

Program BSH 2019 telah diteruskan oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan dengan melakukan penambahbaikan terhadap beberapa aspek seperti jumlah bantuan serta kategori individu yang layak menerima bantuan. Pemohon juga seperti tahun-tahun sebelum ini perlu membuat permohonan secara atas talian ataupun mengemaskini permohonan sekiranya pernah mendapat bantuan kerajaan ini pada tahun sebelumnya.

MAKLUMAT BSH 2020
Berikut disediakan maklumat mengenai kemaskini BSH 2020 berdasarkan maklumat BSH 2019. Kemaskini akan dibuat dari semasa ke semasa mengikut pengumuman oleh Kementerian Kewangan.
RINGKASAN SIARAN MEDIA BSH KATEGORI BUJANG 2019 
Berikut adalah ringkasan intipati Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia berkaitan BSH Kategori Bujang 2019 bertarikh 19 Februari 2019
No 1 Perdana Menteri Malaysia mengetengahkan isu tekanan kos sara hidup yang sewajarnya diberi keutamaan buat semua golongan yang memerlukan dalam jangka masa terdekat serta saranan agar golongan muda yang bekerja dengan pendapatan rendah dan belum berkahwin turut perlu dibantu dinyatakan oleh Timbalan Presiden PH 
No 2 Mengikut saranan berkenaan juga selaku kerajaan yang berjiwa rakyat, Kementerian Kewangan akan memberikan bayaran RM100 sebagai permulaan kepada individu yang telah berdaftar di bawah kategori bujang berdasarkan pengkalan data BSH 2018.
No 3 Bayaran sebanyak RM100 tersebut akan diberikan terus secara kredit ke dalam akaun bank penerima pada penghujung bulan Mac 2019.
No 4 Dengan peruntukan sebanyak RM300 juta, bayaran ini akan memberi manfaat kepada lebih 3 juta individu yang layak menerima bantuan.
No 5 Berkaitan bayaran selanjutnya, kadar bantuan BSH kategori bujang 2019 akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum membuat keputusan muktamad

Untuk siaran media yang lengkap, sila layari Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia

Kemaskini BSH 2019 Online melalui MyBSH

Cara Kemaskini BSH 2020 (Bantuan Sara Hidup) Secara Online Melalui MyBSH Dan Borang Manual

Pemohon boleh membuat kemaskini permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 dengan mengikuti panduan yang disediakan di bawah. Berikut adalah di antara soalan lazim berkaitan kemaskini BSH 2019 sebagai rujukan:-

  1. Bagi pemohon berstatus Warga Emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang menerima pembayaran Fasa Pertama BSH 2019 tidak perlu membuat kemas kini permohonan BSH 2019 kecuali terdapat perubahan maklumat. Permohonan pemohon akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada BSH 2018
  2. Pemohon berumur kurang daripada 60 tahun : Kegagalan untuk kemas kini permohonan akan menyebabkan permohonan BSH 2019 anda tidak akan diproses dan tidak layak menerima bayaran fasa seterusnya. Kemas kini permohonan BSH 2019 perlu dibuat walaupun telah menerima bayaran fasa pertama kerana anda perlu:-
    • i. Melaporkan maklumat terkini dan mengikut syarat kelayakan BSH 2019 yang telah ditetapkan atau
    • ii. Melaporkan maklumat anak (sekiranya ada); atau
    • iii. Kemukakan dokumen sokongan yang telah ditetapkan
  3. Pemohon yang telah lulus BSH 2018 dan juga telah menerima pembayaran Fasa pertama BSH 2019 perlu membuat kemas kini permohonan BSH 2019 walaupun maklumat yang didaftarkan untuk BSH sebelum ini tidak berubah.

Terdapat dua cara untuk membuat kemaskini BSH 2019 seperti berikut:

1. KEMASKINI BSH SECARA ONLINE

Permohon boleh mengemaskini permohonan BSH tahun 2019 secara atas talian (Online) dengan melayari pautan yang disediakan di bawah:

Arahan

  1. Sila klik pada gambar ikon MyBSH
  2. Sila masukkan No. MyKad seperti yang telah didaftarkan dan tekan butang SemakKemaskini BSH melalui MyBSH
  3. Seterusnya anda perlu memohon No. TAC dengan menekan butang Mohon TAC.
    *Nota: SMS No. TAC  (6 digit) akan dihantar kepada nombor telefon yang telah didaftarkan. No. TAC hanya sah digunakan selama 6 jam sahaja.Kemaskini BSH 2019 Online Bantuan Sara Hidup Rakyat (MyBSH)
  4. Masukkan No. TAC yang telah diterima dan tekan butang Hantar
  5. Pemohon akan dibawa ke paparan muka seperti di bawah di mana pemohon boleh membuat cetakan, semakan, kemaskini, serta membaca peti mel.Kemaskini BSH 2019 Online Bantuan Sara Hidup Rakyat (MyBSH)
    *Nota: Pemohon disarankan membuat cetakan salinan kemaskini maklumat BSH untuk rujukan.
  6. Klik Butang ‘Kemaskini’

    • * Di dalam menu Kemaskini, pemohon boleh melakukan kemaskini maklumat sekiranya pemohon telah menghantar atau menyimpan pemohonan secara dalam talian. Sekiranya tindakan telah diambil oleh cawangan, pemohon tidak boleh mengemaskini lagi permohonan tersebut setelah di hantar secara dalam talian kecuali pemohon hanya menyimpan permohonan tersebut. Untuk mengemaskini permohonan yang telah diambil tindakan oleh cawangan, pemohon perlu hadir di mana-mana cawangan LHDNM untuk membuat kemaskini secara manual.
  7. Maklumat Pemohon : Lengkapkan Maklumat Pemohon:-
    • (a) Isikan Nombor MyKad Pemohon Dan Tekan Butang “SEMAK”.
    • (b) Isikan Alamat Surat-Menyurat Pemohon.
    • (c) Isikan Nombor Poskod Pemohon.
    • (d) Isikan Nombor Telefon Rumah Pemohon.
    • (e) Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • (f) Pilih Status Perkahwinan Pemohon:-
      • Kahwin.
      • Ibu Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda Dan Mempunyai Anak.
      • Warga Emas (Sebatang Kara) – 60 Tahun Ke atas.
    • (g) Pilih Anggaran Pendapatan Kasar Bulanan:dalam RM-
      • 0 – 1,000
      • 1,001 – 2,000
      • 2,001 – 3,000
      • 3,001 – 4,000
  8. Status Kahwin

  • Untuk status pemohon yang ‘Berkahwin’, isikan Maklumat Pasangan seperti :-
  1. (a) Pilih Jenis Pengenalan Pasangan:-
    • No.MyKad / MyPR / MyKAS.
    • No. KP Lama / Sijil Lahir.
    • No. Pasport.
  2. (b) Masukkan Nombor Mykad / MyPR MyKAS / Nombor Kad Pengenalan Lama / Sijil Lahir / Nombor Pasport.
  3. (c) Pilih Jantina Pasangan.
  4. (d) Pilih Pendapatan Kasar Bulanan Pasangan:-
    • 0 – RM1,000
    • RM 1,001 – 2,000
    • RM 2,001 – 3,000
    • 3,001 – 4,000
  5. (e) Masukkan Tarikh Perkahwinan Pemohon Dan Pasangan

9. Status Ibu Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda Dan Mempunyai Anak

  • Untuk status ‘Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda Dan Mempunyai Anak’, pemohon perlu memilih jenis status pasangan samada ( Penceraian atau Kematian Pasangan) dan mengisi tarikh kematian atau penceraian pasangan

10. Maklumat Anak

Lengkapkan ‘Maklumat Anak’ seperti:-

  • Isikan nombor MyKad/ MyKid anak,
  • Isikan nama anak & umur anak
  • Status anak samada ‘Anak Kandung’ / ‘Anak Angkat’

* Anak terhad hanya 4 orang sahaja untuk diisi

11. Maklumat Bank

Lengkapkan ‘Maklumat Bank’ seperti:-

  • Pilih jenis akaun bank yang masih aktif
  • Masukkan nombor akaun bank

*Jika tiada maklumat akaun bank, akaun tidak sah atau pindahan tidak berjaya dilaksanakan, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan membuka akaun kepada yang terlibat tertakluk kepada terma dan syarat

12. Dokumen Sokongan

Pemohon perlu memilih jenis ‘Dokumen Sokongan’ yang ingin dimuat naik samada sijil kahwin / sijil cerai / sijil lahir anak dan klik butang ‘MUAT NAIK’.

13. Maklumat Waris

Lengkapkan ‘Maklumat Waris’ seperti:-

  • (a) Pilih Jenis Pengenalan Waris:-
    • No. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid
    • No. Kad Pengenalan Lama
    • Sijil Lahir
    • No. Pasport
  • (b) Isikan Nombor MyKad / MyKid / Sijil Beranak / Pasport.
  • (c) Isikan Nama Penuh Waris.
  • (d) Pilih Hubungan Pemohon Dengan Waris:-
    • Pasangan
    • Ibu / Bapa
    • Anak
    • Adik-Beradik
    • Cucu
  • (e) Isikan Nombor Telefon Waris

14. Pengesahan

Isi ‘Kod Captha’ seperti paparan yang diberi dan klik pada butang ‘SAHKAN CAPTCHA’

15. Pengesahan Pengenalan

Paparan memaparkan Nama Pemohon dan Nombor Pengenalan pemohon serta Pengakuan untuk di ’Tick’ oleh pemohon sebelum proses penghantaran dibuat. ‘Tick’ pada kotak yang disediakan untuk paparan seterusnya

16. Hantar

Klik pada butang ‘HANTAR’, pemohon telah selesai melengkapkan segala butiran yang diperlukan

FAQ MyBSH/ TAC

Berikut adalah diantara soal jawab pertanyaan berkaitan MyBSH termasuk TAC :-

1. Cara untuk log masuk MyBSH?

  • Untuk log masuk MyBSH, perlu pastikan anda telah mendaftar Nombor Telefon Bimbit semasa permohonan BSH tahun 2019 / Permohonan BSH 2018 (bagi penerima bayaran Fasa Pertama). Semakan boleh dibuat di Menu MyBSH seperti berikut:-
    • i. Klik Menu MyBSH
    • ii. Masukkan Nombor MyKad
    • iii. Klik Butang Mohon TAC
    • iv. Nombor TAC akan dihantar ke Nombor Telefon Bimbit
    • v. Masukkan nombor TAC di ruangan yang disediakan dan klik butang Hantar
    • vi. Paparan Skrin MyBSH

2. Cara Untuk Menukar/ Mendaftar Nombor Handphone?

  • Anda boleh mengemas kini / mendaftar Nombor Handphone di Cawangan LHDNM mulai 1 Februari 2019 seperti berikut:-
    • i. Belum menghantar Borang BSH 2019 – perlu mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan BSH 2019 (BK-01)
    • ii. Telah menghantar Borang BSH 2019 – perlu mengisi dan mengemukakan Borang Kemas Kini Nombor Telefon Bimbit (BK21)

3. Semakan MyBSH yang dipaparkan adalah “Tiada Rekod”

  • Mesej berkenaan dipaparkan kerana permohonan anda:-
    • i. Belum membuat Permohonan Baharu BSH 2019; atau
    • ii. Permohonan Baharu BSH 2019 yang dikemukakan kepada Cawangan LHDNM tetapi belum diambil tindakan oleh LHDNM

4. Nombor TAC yang telah saya mohon tidak diterima walaupun Nombor Telefon Bimbit adalah sama seperti yang didaftarkan pada permohonan BSH tahun 2019?

  • Nombor TAC tidak diterima kerana berkemungkinan No Telefon Bimbit anda telah menyekat penerimaan SMS daripada Nombor 62000. Oleh itu tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:-
    • i. Anda perlu menghubungi Call Centre telco Nombor Telefon Bimbit anda bagi membuat semakan dan membuka semula sekatan bagi membolehkan penerimaan SMS daripada Nombor 62000; dan
    • ii. Anda boleh mencuba semula untuk mohon TAC selepas 24 jam (bergantung kepada pindaan dari semasa ke semasa) dari pengaktifan semula nombor SMS berkenaan

5. Adakah saya perlu mohon Nombor TAC setiap kali log masuk MyBSH?

  • Tempoh sah Nombor TAC adalah selama 24 jam (bergantung kepada pindaan dari semasa ke semasa) daripada tempoh permohonan Nombor TAC berkenaan. Anda boleh menggunakan Nombor TAC yang sama untuk semakan sekiranya masih sah

6. Apabila saya log masuk MyBSH dan masukkan Nombor TAC, paparan mesej “TAC Tidak Sah. TAC yang anda masukkan tidak sah. Sila cuba semula”.

  •  Anda perlu masukkan Nombor TAC yang betul dan masih sah tempoh

Maklumat lanjut, sila rujuk FAQ Soalan Lazim MyBSH dalam PDF

2. KEMASKINI BSH SECARA MANUAL (BORANG)

Pemohon juga boleh mengemaskini permohonan BSH secara manual dengan mengisi borang di mana-mana cawangan / pusat khidmat hasil / Urban Transformation Centre (UTC) , Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan. Selain itu, pemohon juga boleh memuat turun borang daripada Portal Rasmi BSH sebaik sahaja disediakan.

  • Borang Kemaskini BSH 2020

Disertakan juga jadual operasi kaunter bagi urusan pengambilan dan penyerahan borang secara manual di LHDNM seluruh negeri:

Tarikh Rasmi Kemaskini BSH 2020

Berikut adalah tarikh rasmi untuk kemaskini permohonan Bantuan Sara Hidup 2019 seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Tarikh Buka : akan dikemaskini (2019: 1 Februari 2019)
  • Tarikh Tutup : akan dikemaskini (2019: 15 Mac 2019)

BILA UNTUK KEMASKINI BSH 2020

No 1Sekiranya terdapat pertukaran dalam maklumat peribadi pemohon seperti nombor telefon, alamat dan sebagainya.
No 2Sekiranya berlaku perubahan dalam status perkahwinan, kematian pasangan/ tanggungan serta perubahan waris
No 3Individu yang telah mendapat BSH sebelum ini (Hanya perlu kemaskini dan tidak perlu membuat permohonan baru)
No 4Sekurang-kurangnya perlu dilakukan sekali kemaskini dalam tempoh masa 3 tahun permohonan.

Maklumat Penting yang Perlu Dikemaskini BSH 2020

Terdapat beberapa maklumat penting yang perlu dikemaskini oleh pemohon BSH 2019 seperti dinyatakan di bawah:

  1. Alamat surat menyurat dan juga alamat emel terkini.
  2. Maklumat waris.
  3. Maklumat pasangan atau tanggungan.
  4. Status perkahwinan termasuk kahwin, kematian pasangan atau bercerai.
  5. Nombor telefon bimbit dan telefon rumah
    • *Nota: Daftar atau kemaskini telefon bimbit untuk login ke Menu MyBSH bagi menyemak status penerima bayaran fasa pertama BSH 2019 hanya boleh dibuat oleh pemohon sahaja dengan mengisi Borang Kemas Kini Nombor Telefon Bimbit (BK-21) bermula 15 Januari 2019 di mana-mana cawangan LHDNM.
  6. Akaun Bank (persendirian sahaja)
    • *Nota: Jika pemohon tidak memberikan maklumat nombor akaun bank bagi permohonan yang lalu, anda disarankan memberi maklumat akaun bank terkini bagi permohonan BSH 2019 melalui sistem kemaskini secara atas talian atau mengisi borang secara manual untuk mempercepatkan dan memudahkan penyaluran bantuan.

KENAPA PERLU KEMASKINI BSH 2020

No 1Kemaskini perlu dilakukan bagi mengelakkan permohonan lambat atau tidak diproses akibat maklumat yang diberikan tidak lengkap / tepat / atau terkini.
No 2Kemaskini perlu dilakukan bagi maklumat waris agar sekiranya berlaku kematian penerima sedia ada, pembayaran Skim Khairat Kematian (SKK) dan baki BSH dapat diberikan dengan mudah.

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan Berkaitan Kemaskini BSH

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BSH tahun 2020, sila rujuk FAQ yang disediakan di bawah dan butiran lain seperti berikut:-

1. Sekretariat MOF 

  • Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
    Presint 2, 65292 Putrajaya

2. Hotline BSH LHDNM

  • 1-800-88-2747 (BSHR)
    Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang

3. Hotline MOF

  • 03-8882 4565, 03-8882 4566

4. Faksmili MOF

  • 03-8882 3933

5. Portal Rasmi BSH

  • https://bsh.hasil.gov.my/

Diucapkan selamat maju jaya buat setiap pemohon yang ingin membuat kemaskini BSH 2020. Semoga perkongsian ini dapat memberikan panduan kepada semua rakyat Malaysia.

6 Comments

Leave a Reply
    • Sila kemas kini / daftar Nombor HP Telefon Bimbit anda di Cawangan LHDNM mulai 1 Februari 2019 seperti berikut:-
      i. Belum hantar Borang BSH 2019 – perlu mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan BSH 2019 (Borang BK-01)
      ii. Telah hantar Borang BSH 2019 – perlu mengisi dan mengemukakan Borang Kemas Kini Nombor Telefon Bimbit (Borang BK21)

  1. Assalamualaikum,
    Ayah saya ada menerima BSH fasa 1, beliau berumur 74 tahun, adakah beliau perlu kemaskini permohonan? Baru² ini saya ada mengemaskini maklumat dalam borang online bagi pihak beliau dan perlukah mengemukakan dokumen sokongan?
    Mohon penjelasan

    • Bagi pemohon berstatus Warga Emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang menerima pembayaran Fasa Pertama BSH 2019 tidak perlu
      membuat kemas kini permohonan BSH 2019 kecuali terdapat perubahan maklumat. Permohonan pemohon akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada BSH 2018.

  2. saya telah mengemaskini maklumat saya secara online tetapi saya masih tidak berkesempatan untuk pergi ke lhdn untuk menghantar salinan sijil nikah dan sijil lahir anak..sudah melebihi 7 hari dari tarikh kemaskini yang dah dibuat..kemaskini maklumat atas nama suami saya..adakah boleh untuk saya ke lhdn untuk kemaskini secara manual?dan adakah kemaskini sebelum ini terbatal?

    • Rujuk Siaran Media yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) pada 20 Februari 2019 :-
      Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri semasa penghantaran Borang BSH 2019 kerana permohonan yang diterima daripada pemohon akan dipadankan dengan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi penentuan kelayakan setiap permohonan. Pemohon perlu memastikan maklumat yang dilaporkan pada Borang BSH 2019 adalah tepat dan jelas

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Syarat Kelayakan BSH 2019 Dan Bujang Tidak Layak Memohon

Syarat Kelayakan BSH 2019 Dan Mereka Yang Tidak Layak Memohon

Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera 2019

Permohonan Lesen Motosikal Percuma Terengganu Sejahtera 2019