in

Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme

Contoh Soalan Dan Skema Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua. Skema jawapan Sejarah Kertas 3 SPM? Panduan buat pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini. Tema umum Sejarah Kertas 3 SPM 2017 (Kertas 1249/3) adalah bertajuk Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua.

Tema umum Sejarah Kertas 3 yang dikeluarkan oleh LP ini adalah sebagai persediaan buat pelajar dalam menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3 pada November/ Disember yang akan hanya diumumkan pada hari peperiksaan SPM nanti.

  • Bahan sejarah kertas 3 SPM 2017 : Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme sehingga perang dunia kedua sila klik Contoh Jawapan

skema jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

Contoh Soalan Dan Skema Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

Contoh 1

Contoh 2 Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme

Seperti dikongsikan di bawah ini

TEMA UMUM : Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

  • Gerakan nasionalisme di Malaysia merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar. Penentangan mereka didorong oleh hasrat untuk membebaskan tanah air daripada kuasa penjajah.

Tema ini menumpukan kepada kebangkitan semangat kebangsaan secara tersusun dalam usaha membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah. Imperialisme Barat telah mengakibatkan berlakunya perubahan politik dan pentadbiran yang seterusnya membawa kepada kemerosotan kepemimpinan tempatan. Pengaruh imperialisme Barat merupakan pendorong kepada kebangkitan semangat kebangsaan. Semangat kebangsaan ini diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin setempat, badan-badan dan kesatuan-kesatuan.

TUGASAN SPESIFIK (Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme)

Penguasaan British di Tanah Melayu telah ditentang oleh pemimpin tempatan kerana penjajahan adalah satu penghinaan kepada bangsa yang bermaruah dan negara yang berdaulat. Huraikan penentangan masyarakat tempatan terhadap penjajah British di Tanah Melayu dan hubung kaitnya dengan kepentingan semangat patriotisme dalam mengekalkan kedaulatan negara Malaysia hari ini.

Pengenalan (5 Markah) Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme

1. Latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.

Isi Dan Huraian

2. Penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu. (15 markah)

3. Peristiwa kebangkitan pemimpin tempatan di negeri-negeri berikut : (30 markah)

  • (a) Sarawak
  • (b) Perak
  • (c) Kelantan

4. Semangat perjuangan pemimpin tempatan yang wajar dicontohi oleh generasi masa kini. (10 markah)

5. Semangat patriotisme dalam kalangan warganegara Malaysia mampu mengekalkan kedaulatan negara. (10 markah)

6. Kejayaan Malaysia hasil daripada semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. (10 markah)

7. Cabaran dan langkah untuk menjadikan masyarakat Malaysia yang patriotik : (10 markah)

  • (i) Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang patriotik.
  • (ii) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.

8. Iktibar yang diperoleh daripada tajuk yang dikaji. (5 markah)

Kesimpulan (5 markah)

9. Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan :

  • (a) Pengetahuan yang diperoleh.
  • (b) Nilai / unsur patriotisme berdasarkan tajuk.
  • (c) Harapan menjadikan bangsa dan negara.Malaysia cemerlang dan terbilang.

SKEMA JAWAPAN

Soalan 1: Latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua. (5 Markah)

  1. Merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan/penjajahan oleh kuasa luar.
  2. Didorong oleh hasrat untuk membebaskan negara
  3. Di Malaysia, penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke 19
  4. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh bermula pada awal abad ke 20.
  5. Merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan
  6. Untuk menjaga kepentingan daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar.

( Mana-mana 5 X 1 )

Soalan 2 : Penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu (15 Markah)

Dasar penaklukan British (Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme)

– Di daerah-daerah/negeri seperti Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.
– Apabila British mendapat Melaka daripada Belanda, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan dikehendaki membayar ufti.
– Penghulu Dol Said menentang kehendak British dan menyebabkan berlakunya peperangan.

Eksploitasi ekonomi tempatan

– Dilakukan melalui perjanjian yang dimenterai oleh British dengan pemimpin tempatan
– Menerusi perjanjian ini, saudagar Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih timah.
– Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan.

Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan.

– Memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah.
– Contohnya di Terengganu, British telah menentapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mestilah mendapat keizinan British dan dikenakan cukai.
– Peraturan ini bertentangan dengan amalan tradisi.
– Yang membolehkan mereka membuka tanah mengikut keperluan tanpa membayar cukai.

Campur tangan dalam adat resam tempatan.

– British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.
– Contohnya J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam. iaitu amalan orang suruhan.

Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh.

– Kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh Sultan/masyarakat tempatan untuk mentadbir kawasannya.
– Dengan pelantikan itu pembesar tempatan berkuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya.
– Seperti bidang pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial.
– Dengan ini pemimpin kehilangan kuasa dan telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan.

Kesulitan penduduk tempatan

– Penentangan pemimpin tempatan mendapat sokongan anak buah mereka yang tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan mereka

Soalan 3: Peristiwa kebangkitan pemimpin tempatan di negeri-negeri berikut :

(a) Sarawak (10 Markah)

– Penentangan di Sarawak sama dengan penentangan di Naning
– James Brooke yang digelar Raja Putih Sarawak pada tahun 1842 berusaha untuk menguasai beberapa buah daerah pedalaman sehingga menimbulkan bantahan daripada pemimpin tempatan
– Mereka enggan menyerahkan daerah mereka kepada James Brooke dan ini telah menyebabkan James Brooke menyerang daerah-daerah tersebut
– Penentangan oleh Linggir, Rentap dan Syarif Masahor, sama coraknya
– Linggir, iaitu pemimpin kaum Iban di Saribas menentang penaklukan James Brooke pada tahun 1849 dengan menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar
– Serangan ini merupakan tindak balas terhadap langkah James Brooke dan Kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas
– Bagaimanapun, Linggir dan pengikutnya tewas dalam petempuran tersebut

Pemimpin Iban

– Rentap, pemimpin Iban, menentang James Brooke pada tahun 1853 kerana bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun
– Rentap telah menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman James Brooke di daerah tersebut
– Beliau dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke tetapi tentera James Brooke telah bertindak balas dengan membakar kampung mereka
– Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadak, namun, sekali lagi mereka diserang oleh James Brooke
– Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap pada tahun 1861
– Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah
– Penentangan orang Melayu di bawah pimpinan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur berlaku kerana mereka menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka, iaitu di Sungai
Rajang pada tahun 1857

James Brooke

– Hal ini disebabkan mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan
– James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit
– Syarif Masahor telah menyerang kubu tersebut
– Beliau dan Datu Patinggi Abdul Gapur kemudian menyerang James Brooke di Kuching
– Bagaimanapun, tentangan mereka gagal
– Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi beliau diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura
– Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke

(b) Perak (10 Markah)

– Penguasaan British yang didalangi oleh J.W.W. Brich telah ditentang oleh orang tempatan yang dipimpin oleh Dato’ Maharaja Lela
– Penentangan itu berlaku secara bersatu oleh semua pembesar dan sultan
– Penentangan penduduk tempatan di Perak terhadap British adalah kerana Residen memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor 1874
– Para pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka
– Para pembesar menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan
– J.W.W Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu
– Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh Sultan Abdullah dan Sir Andrew Clarke pada 20 Januari 1874
– Bantahan terbuka oleh Sultan Abdullah, Dato’ Maharaja Lela dan pembesar Melayu Perak yang lain terhadap campur tangan British. Dato’ Maharaja Lela membuat kubu di Pasir Salak pada
Februari 1875
– Mesyuarat antara Dato’ Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar Melayu di Durian Sebatang menentang undang-undang British

JWW Birch

– Dato’ Maharaja Lela bersetuju mengambil tanggungjawab membunuh J.W.W. Birch selepas bermesyuarat dengan Sultan Abdullah dan para pembesar lain di Belanja. Sultan Abdullah
memberitahu Sultan Ismail tentang rancangan tersebut pada 12 September 1875
– Walaupun Dato’ Maharaja Lela melakukan penentangan terhadap British, namun Sultan Abdullah terpaksa menyerahkan Perak kepada British, namun Sultan Abdullah terpaksa menyerahkan
Perak kepada British. Mat Arshad, orang suruhan British, dibunuh oleh penduduk tempatan semasa menampal poster cukai di Pasir Salak pada 31 Oktober 1875
– Pembunuhan J.W.W Birch oleh Seputum, Pandak Lam, dan lain-lain lagi atas arahan Dato’ Maharaja Lela di Sungai Perak, Pasir Salak pada 2 November 1875
– Pihak British dengan 500 orang tenteranya melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dan kawasan-kawasan yang terlibat. Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor melibatkan diri ke
Kota Lama pada 13 November 1876
– Perbicaraan diadakan di Matang, Perak. Hakimnya ialah Raja Idris manakala penasihatnya ialah Frank Swettenham. Dato’ Maharaja Lela bersama-sama Dato’ Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut dijatuhi hukuman gantung. Sultan Ismail dibuang negeri ke Johor. Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana pula dibuang negeri ke Pulau Seychelles. Dengan itu, Perak dapat dikuasai sepenuhnya oleh British pada 20 November 1877

(c) Kelantan (10 Markah)

– Penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Pasir Puteh apabila Sistem Penasihat British diperkenalkan pada tahun 1910.
– British telah memaksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkan.
– Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem ini dan enggan membayar cukai.
– Bantahannya tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh.
– Sebaliknya, pihak polis telah diarahkan untuk menangkap Tok Janggut tetapi mereka gagal.
– Pada tahun 1915, Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak serta rakyat tempatan bersetuju menyerang Pasir Puteh dan mereka berjaya mendudukinya.
– Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.

Tok Janggut

– Dengan menggunakan nama Sultan Kelantan, British telah membawa masuk pasukan tentera dari Negeri Selat dengan Kapal Perang H.M.S Cadmus yang mendarat di Tumpat.
– Mereka memulakan serangan pada bulan Mei 1915 di Saring.
– Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjatanya yang lebih moden telah melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya.
– Tok Janggut malah telah terkorban dalam serangan itu dan mayatnya diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
– Tindakan ini sebagai amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang British.

Soalan 4 : Semangat perjuangan pemimpin tempatan yang wajar dicontohi oleh generasi masa kini (10 Markah)

Sanggup berkorban demi bangsa.
– Semangat setia negara yang tinggi.
– Taat kepada raja/pemerintah.
– Sedia mempertahankan tanah air.
– Mempertahankan kedaulatan negara.
– Menunjukkan sikap kerjasama

Memiliki sikap berani.

– Tabah menghadapi cabaran.
– Tidak mudah menerima pengaruh luar.
– Mempunyai jati diri yang tinggi.
– Tidak berputus asa.
– Menentang penjajahan.
– Tidak mengulangi kesilapan.
– Menghargai perjuangan tokoh negara.
– Semangat juang yang kental.
– Mengelakkan diri daripada nilai-nilai negatif.
– Mempunyai daya saing yang tinggi.
– Melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna.
– Menguasai pelbagai kemahiran.
– Mengekalkan perpaduan kaum.
– Bertanggungjawab menjaga maruah bangsa.
– Patuh pada ajaran agama.
– Hormat-menghormati sesama individu

Soalan 5 : Semangat patriotisme dalam kalangan warganegara Malaysia mampu mengekalkan kedaulatan negara (10 Markah)

– Mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia
– Tidak mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar
– Memelihara keharmonian dan keamanan negara
– Mempunyai semangat setia negara yang tinggi
– Sanggup berkorban untuk bangsa dan negara
– Mengekalkan perpaduan kaum
– Hormat menghormati sesama individu/kaum
– Sanggup mempertahankan kedaulatan negara

Mempunyai semangat kerjasama yang kukuh

– Cinta akan negara
– Taat kepada pemimpin
– Berpegang teguh pada ajaran agama
– Mempunyai daya saing di peringkat global
– Menguasai ilmu dan kepakaran dalam pelbagai bidang
– Tabah menghadapi cabaran
( Mana-mana jawapan munasabah )

Soalan 6 : Kejayaan Malaysia hasil daripada semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum (10 Markah)

– Pembinaan Kompleks Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya
– Membina Menara Berkembar Petronas
– Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
– Pelancaran Koridor Raya Multimedia (MSC)
– Kemajuan sistem pengangkutan awam LTR/MRT/Komuter/Monorel
– Pembinaan Jambatan Pulau Pinang
– Pembinaan Menara Kuala Lumpur
– Litar Fromula 1 Sepang
– Mewujudkan bandar pintar – Cyberjaya

Proton

– Kejayaan projek Kereta Nasional
– Perdagangan antarabangsa berkembang pesat
– Sektor perindustrian pesat membangun
– Sektor pertanian semakin maju
– Keamanan negara dan kestabilan politik
– Kemajuan dan pertumbuhan ekonomi negara yang mapan
– Malaysia sering dirujuk sebagai negara contoh oleh pihak luar
( Mana-mana jawapan munasabah)

Soalan 7 : Cabaran dan langkah untuk menjadikan masyarakat Malaysia yang patriotik : Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme

(i) Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang
patriotik (5 Markah)

– Berlainan budaya
– Berlainan bahasa
– Pelbagai agama dan kepercayaan
– Pelbagai fahaman politik
– Pengaruh budaya negatif dari luar
– Pengaruh negatif media sosial
– Kurangnya semangat cinta akan negara
– Lemahnya semangat jati diri
– Pengaruh hiburan yang keterlaluan
( Mana-mana jawapan munasabah)

(ii) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut (5 Markah)

– Mempraktikkan Konsep 1 Malaysia
– Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara
– Mengadakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
– Mengadakan aktiviti sukan untuk perpaduan/patriotik
– Memperkasakan lagi sukatan dan subjek sejarah di sekolah
– Mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan/ Hari Malaysia
– Kempen dan dokumentari patriotik oleh media massa
– Peranan sekolah dan institusi pendidikan menyemai semangat cinta akan negara.
( Mana-mana jawapan munasabah )

Soalan 8 : Iktibar yang diperoleh daripada tajuk yang dikaji (5 Markah)

– Semangat setia negara yang tinggi
– Sanggup berkorban untuk bangsa
– Sifat bekerjasama
– Sifat tolong menolong
– Sikap berdisiplin
– Sikap gigih berusaha
– Kepentingan ilmu pengetahuan
– Kepimpinan berwibawa
– Bijak bertindak
– Mengutamakan kepentingan negara
– Perpaduan masyarakat
– bertanggungjawab
(Mana-mana jawapan munasabah)

Soalan 9 : Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan  (5 Markah)

  • (a) Pengetahuan yang diperoleh.
  • (b) Nilai/unsur patriotisme berdasarkan tajuk.
  • (c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang.

– Pengetahuan yang diperolehi
– Nilai-nilai murni yang boleh diambil daripada gerakan nasionalisme.
– Harapan kepada masyarakat dan negara.
( Mana-mana jawapan munasabah)

Semoga perkongsian soalan dan skema jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua boleh dijadikan panduan dan rujukan buat pelajar SPM. Selamat menjawab soalan kertas 3 Sejarah dengan jayanya.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan SBP Tingkatan 1 2018 Online

Permohonan SBP Tingkatan 1 2019 Online

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 Kemunculan