in

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mulai 1 Julai 2018

Kenaikan Gaji Tahunan Kakitangan Awam Dan Kenaikan Pencen. Berita baik buat kakitangan awam dan pesara kerajaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan akan kenaikan satu gaji tahunan untuk seramai 1.6 juta penjawat sektor awam berkuat kuasa dari 1 Julai.2018. Pengumuman kenaikan gaji penjawat awam telah di buat pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (MAPPAXVI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 4 April 2018.

MAPPA merupakan acara tahunan di mana Perdana Menteri (PM) akan menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam daripada pelbagai perkhidmatan di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

kenaikan gaji penjawat awam 2018

Intipati Amanat PM Pada MAPPA Kali Ke 16

Berikut dikongsikan ringkasan atau intipati amanat Perdana Menteri pada Majlis MAPPA tahun 2018. Pemberian kenaikan gaji menurut PM adalah sebagai menghargai jasa dan pengorbanan serta penat lelah para penjawat awam sebagai kawan setia kerajaan dan kenaikan ini akan melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM1.46 bilion.

  • “Ini bermakna penjawat awam mendapat tambahan satu lagi kenaikan gaji tahunan di samping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi tahun 2018”

Tidak dilupakan juga pesara kerajaan, apabila kerajaan bersetuju untuk memberikan kenaikan satu peratus kadar pencen secara ‘one-off’ bermula 1 Julai sehingga 31 Disember 2018.

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Dan Lain Manfaat Buat Kakitangan Awam

Berikut adalah intipati MAPPA yang memberikan banyak manfaat dan faedah untuk kakitangan awam.

  1. Pemendekan Time Based Service untuk Kumpulan Pelaksana dari 13 tahun kepada 10 tahun bagi urusan kenaikan pangkat.
  2. Menubuhkan Gred DG56 bagi membolehkan pergerakan tangga gaji and pangkat bagi yang telah memegang Gred DG54 dalam tempoh lama.
  3. Pemanjangan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak melibatkan sebanyak 42,800 pegawai.
  4. Sumbangan dana tahunan ke CEUPACS sekurang-kurangnya RM3 juta setahun.
  5. Kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan selama 7 hari bagi tujuan umrah kepada umat Islam. Dan juga kepada bukan beragama Islam untuk tujuan keagamaan masing masing bagi sepanjang perkhidmatan.
  6. Faedah persaraan pada tahun 2018 adalah sebanyak RM 24 billion. Kenaikan kadar pencen sebanyak 1% bagi semua pesara kerajaan mulai Julai 2018 secara one – off.
  7. Aktiviti-aktiviti pesara. Memberikan geran khas sebanyak RM 1 juta setiap satu badan pesara kerajaan.
  8. Kebajikan pesara. Pesara pesara kerajaan akan ditentukan tambahan quota haji bergantung kepada allocation kerajaan Arab Saudi kepada kerajaan Malaysia.
  9. Pemberian Kenaikan Tangga Gaji sebanyak 1 Tangga Gaji kepada semua penjawat awam. Dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 billion mulai Julai 2018

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mulai 1 Julai 2018

Semoga dengan Kenaikan Gaji Kakitangan/ Penjawat Awam bermula 1 Julai 2018  dan lain faedah yang diberikan dapat meningkatan lagi mutu perkhidmatan di sektor perkhidmatam awam agar lebih sistematik dan berkualiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini

Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2017 Online

Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2018 Online