in

Keputusan Pemilihan UMNO 2018

Parti UMNO kini perlu bangkit susulan kegagalan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum ke 14 yang lalu. Tumpuan kini terarah kepada pemilihan pucuk pimpinan tertinggi UMNO pada 30 Jun 2018. Pemilihan kali ini dilihat lebih terbuka dan sengit dengan gabungan pemimpin muda dan lama. Berikut dikongsikan keputusan pemilihan Presiden UMNO 2018 yang memaparkan keputusan terkini dan penuh pencalonan tertinggi Parti UMNO untuk penggal 2018-2021.

Diantara jawatan tertinggi UMNO yang dipertandingkan termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (MT). Calon utama kerusi No 1 adalah Datuk Zahid Hamidi, Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin. Timbalan Presiden pula menyaksikan bekas MB Negeri Sembilan, Mohamad Hasan bersaing dengan Annuar Musa.

Keputusan Pemilihan Presiden UMNO 2018

Keputusan Pemilihan UMNO Penggal 2018-2021

Pemilihan UMNO kali ini telah mencipta sejarah dimana terdapat penyertaan ramai calon. Ianya berikutan dasar UMNO yang membuat pemilihan parti secara terbuka, Untuk kali ini, terdapat pertandingan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden di mana ianya sudah lama tidak dipertandingkan semenjak tahun 1988.

Pemilihan jawatan tiga sayap telah diadakan pada 23 Jun yang lalu. Manakala peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) pada 30 Jun serentak di 191 bahagian.

Ini merupakan kali kedua UMNO mengadakan pemilihan langsung. Iaitu selepas pindaan perlembagaan parti pada 2009 dengan kali terakhir pemilihan diadakan pada Oktober 2013.

  • Keputusan rasmi dijangka akan diketahui pada 1 pagi, Ahad, 1 Julai 2018.

KEPUTUSAN PEMILIHAN PRESIDEN UMNO 2018

NOCALONBAHAGIANJUMLAH UNDI
PRESIDEN UMNO
 1TENGKU RAZALEIGH HAMZAH GUA MUSANG30
 2KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKARREMBAU61
 3AHMAD ZAHID BIN HAMIDIBAGAN DATUK99
 4IQBAL MARICAIRBANDAR TUN RAZAK0
 5MOHD YUSOF MUSA@JAMALUDDINISKANDAR PUTERI0
*PEMENANG : AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
TIMBALAN PRESIDEN UMNO
 1MOHAMAD BIN HJ HASANREMBAU131
 2ANNUAR BIN HJ MUSAKETEREH 59
*PEMENANG : MOHAMAD BIN HJ HASAN

Berikut adalah keputusan pemilihan Naib Presiden UMNO untuk penggal 2018-2021 :-

NOCALONBAHAGIANJUMLAH UNDI
NAIB PRESIDEN UMNO
 1ISMAIL SABRI BIN YAAKOBBERA183
 2MOHAMED KHALED BIN NORDINPASIR GUDANG 91
 3SHEIKH RAZALI BIN SHEIKH HAMADGUA MUSANG0
 4MAHADZIR BIN KHALIDPADANG TERAP125
 5TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMANPASIR SALAK74
 6JOHARI BIN ABDUL GHANITITIWANGSA88
 7AHMAD BIN SAIDKEMAMAN9
*NAIB PRESIDEN 1 – ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, NAIB PRESIDEN 2 – MAHADZIR KHALID & NAIB PRESIDEN 3 – MOHAMED KHALED BIN NORDIN

Untuk keputusan pemilihan 3 sayap. Berikut adalah keputusan pemenang untuk jawatan Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri UMNO yang telah dijalankan pada 23 Jun 2018.

KEPUTUSAN RASMI PEMILIHAN 3 SAYAP

NOCALONBAHAGIAN
KETUA PEMUDA
 1DR. ASRAF WAJDI BIN DUSUKI PASIR PUTEH
KETUA WANITA
 2NORAINI BINTI AHMAD PARIT SULONG
KETUA PUTERI
 3ZAHIDA BINTI ZARIK KHAN PANDAN

Tahniah kepada para pemenang pada pemilihan UMNO untuk penggal tahun 2018-2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Contoh Objektif Kajian Tugasan Geografi PT3 2018

Contoh Objektif Kajian Tugasan Geografi PT3 2018

Contoh Kaedah Kajian Tugasan Geografi PT3 2018

Contoh Kaedah Kajian Tugasan Geografi PT3 2018