in

Kerja Kursus Geografi PT3 2018 Contoh Jawapan

Panduan buat pelajar Tingkatan 3 yang perlu menyiapkan satu tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2018 (Pelbagai Instrumen) berdasarkan kepada tajuk yang akan diumumkan kelak. Menurut Jadual Peperiksaan PT3 tahun 2018, calon pelajar perlu menyiapkan tugasan dari 8 Julai hingga 27 Julai 2018.

Contoh Jawapan Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2018 akan dikongsikan dari masa kesemasa. Untuk makluman, pelajar baharu sahaja menyiapkan Tugasan Sejarah yang bertajuk Kajian Masyarakat di tempat tinggal anda.

Kerja Kursus Geografi PT3 2018 Contoh Jawapan Folio Tugasan

Kerja Kursus Geografi PT3 2018

Instrumen Pelbagai adalah merupakan salah satu pentaksiran yang terdapat dalam Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Jenis pentaksiran lain yang ditaksir adalah pentaksiran berdasarkan kepada Ujian Lisan dan Ujian Lisan (Mendengar dan Bertutur).

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tugasan/ folio dan contoh jawapan kerja kursus Geografi PT3 tahun 2018 buat rujukan dan panduan pelajar dalam menyiapkan tugasan ini. Segala maklumat yang dikongsikan akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Contoh jawapan folio tugasan Geografi PT3 2018

Berikut adalah tajuk tugasan kerja kursus Folio Geografi PT3 tahun 2018 :-

TAJUK TUGASAN KERJA KURSUS GEOGRAFI PT3 2018

Calon dikehendaki menjalankan kajian tentang guna tanah di kawasan tempat tinggal atau sekolah anda. Guna tanah merujuk kepada semua aktiviti manusia yang mengubah dan menyesuaikan permukaan tanah untuk memenuhi keperluan manusia.
Kajian peta tersebut haruslah merangkumi perkara berikut :-
NOASPEK
3.1Latar belakang kawasan kajian
3.2Melukis peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian
3.3Mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian
3.4Mengenal pasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut
3.5Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar yang telah dikaji di 3.4
3.6Cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut
3.7Membentangkan laporan hasil kajian tersebut

Berikut adalah tajuk-tajuk tugasan Geografi PT3 beserta contoh jawapan. Klik pada pautan tajuk bersebelahan tahun untuk mendapatkan contoh jawapan beserta format tugasan.

  1. 2018 : Kajian Peta Guna Tanah
  2. 2017 : Kajian Peta
  3. 2016 : Kajian Kes Tentang Pengangkutan Di Tempat Tinggal/ Sekolah Anda
  4. 2015 : Kajian Lapangan Kegiatan Ekonomi
  5. 2014 : Pencemaran Udara

Jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 2018

Contoh Jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 2018 yang dikongsikan di bawah ini hanya sebagai rujukan sahaja.

Peringatan Buat Pelajar

  1. Pelajar adalah dinasihatkan untuk memastikan akan ketulenan tugasan dan tidak memplagiat dengan mengambil atau meniru tugasan (hasil kerja) sepenuhnya daripada mana-mana pihak
  2. Tugasan lengkap yang dihasilkan adalah atas usaha pelajar sendiri
  3. Petikan atau grafik daripada sumber lain hendaklah dinyatakan sumber rujukan dengan jelas
  4. Sekiranya calon didapati telah melakukan plagiat, calon berkemungkinan akan digagalkan atau diberikan gred yang tidak memuaskan

CONTOH JAWAPAN TUGASAN KERJA KURSUS GEOGRAFI PT3 2018

KERANGKA KASAR TUGASAN

TAJUK KAJIAN/ BUTIRAN PENULIS

KAJIAN GUNA TANAH DI KAWASAN 

                                                  ________________________________

Ditulis Oleh :   _______________

Tingkatan : _______________

No. Kad Pengenalan :____________

Angka Giliran :_______________

SENARAI KANDUNGAN

BILTAJUKMUKA SURAT
1Penghargaan1
2Pendahuluan2
3Objektif Kajian3
4Kawasan Kajian4 – 6
5Kaedah Kajian7
6Dapatan Kajian

  • Melukis dan mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian
  • Jenis Guna Tanah
  • Faktor pengaruhi guna tanah
  • Kesan guna tanah terhadap alam sekitar
  • Cara Mengatasi/ Mengurangkan Kesan Guna Tanah
8 – 14
7Rumusan15
8Rujukan16
9Lampiran/ Borang Soal Selidik & Temuramah17

PENGHARGAAN

  • Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi, saya telah mendapat banyak bantuan daripada pihak-pihak lain. Bantuan yang diberikan oleh mereka amat saya hargai kerana dengan bantuan merekalah saya dapat menyiapkan tugasan kerja kusus bagi mata pelajaran Geografi ini.
  • Oleh itu, saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru Geografi saya, _________. __________ yang telah banyak memberi saya tunjuk ajar dalam bagaimana untuk membuat kerja kursus ini. Dengan bantuan beliaulah saya dapat menyiapkan kerja kursus ini.
  • Selain itu, rakan-rakan seperjuangan saya turut membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Antara rakan-rakan saya yang telah membantu saya adalah ___________ _________. __________. Saya amat menghargai pertolongan yang diberikan oleh mereka.
  • Saya juga ingin memberikan penghargaan kepada Tuan Pengetua, _________. Beliau telah membenarkan saya untuk menyiapkan kerja kursus Geografi ini. Tanpa bantuan beliau, sudah pasti saya tidak dapat melakukan kerja kursus ini.

PENDAHULUAN

  • Saya __________ yang bersekolah di Tingkatan 3, Sekolah ________ telah menjalankan kajian saya di _________, _________________. Saya menjalankan kajian tentang guna tanah di kawasan kajian tersebut.
  • Pemilihan kawasan _________________, ___________ adalah kerana kedudukannya yang terletak berdekatan dengan rumah saya. Oleh itu, ini dapat memudahkan saya menjalankan kajian saya. Saya tidak perlu berulang-alik dari satu tempat ke satu tempat lain yang jauh.
  • Tempoh kerja kursus Geografi ialah dari 8 Julai 2018 hingga 27 Julai 2018. Tempoh ini lebih daripada sebulan dan memadai untuk saya menyiapkan tugasan ini.

JADUAL KERJA/ SENARAI SEMAK

Sambungan Contoh jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 2018

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah perkara yang calon hendak capai melalui kajian yang dilakukan. Ianya perlulah menjawab persoalan kajian yang telah di bentuk dalam laporan kajian

LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

Bahagian yang amat penting sebelum calon membuat dan mentafsir peta lakar adalah huraian latar belakang ciri fizikal dan budaya kawasan kajian. Calon boleh mencadangkan kawasan kajian sama ada di tempat tinggal ataupun sekolah. Adalah disarankan yang calon memilih kawasan kajian yang diketahui kerana ianya dapat membantu calon dalam mengumpul data geografi terutamanya dalam melukis dan mentafsir peta lakar guna tanah dengan mudah.

Setelah kawasan kajian dikenalpasti, calon perlu menyatakan latar belakang kawasan kajian merangkumi aspek yang berkaitan seperti pembangunan lokasi kajian, penduduk, sosio-ekonomi, guna tanah, petempatan dan lain-lain.

Isi penting :-

  • Latar Belakang Kawasan Kajian
  • Aktiviti penduduk/ pekerjaan utama
  • Keadaan/ Bentuk muka bumi
  • Senaraikan ciri-ciri fizikal yang terdapat di kawasan kajian beserta contoh :-:
    • i. Saliran : sungai/ tasik seperti sungai __________, tasik ___________
      ii. Gunung ___________
      iii. Hutan _____________
      iv. Padang dan tanah kosong
  • Senaraikan ciri-ciri budaya yang terdapat di kawasan kajian beserta contoh
    • i. Petempatan (Kediaman) seperti apartment, rumah teres, rumah sesebuah
      ii. Perdagangan (Perniagaan) seperti kedai, stesen minyak, pasaraya, Komplek Perniagaan

      iii. Jalanraya dan jambatan seperti Jalanraya dua hala dan sehala, Lebuhraya Persekutuan, landasan keretapi, laluan komuter/ LRT
      iv. Institusi kerajaan seperti Balai Raya, Balai Polis, Balai Bomba,
      v. Institusi pendidikan seperti sekolah, tadika, institusi pengajian tinggi, kolej
      vi. Rumah ibadat seperti masjid, surau, gereja, tokong, kuil

KAEDAH KAJIAN

Usaha yang dilakukan samada secara individu ataupun secara berkumpulan dalam menyelesaikan sesuatu bentuk laporan tugasan kajian

MENGUMPUL MAKLUMAT

  • Pelajar boleh membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk tugasan menerusi internet, buku, majalah, akhbar, jurnal atau melawat lokasi kajian bagi mendapatkan maklumat dan fakta yang sahih serta tepat untuk bahan laporan. Pelajar perlu melampirkan fotokopi potongan akhbar / majalah / rencana/ halaman buku, gambar-gambar foto, risalah atau sumber-sumber lain seperti buku Ilmiah, Akhbar, Majalah, Internet, televisyen dan membuat temubual dengan orang sumber
    • i. BUKU ILMIAH
      • Nama Pengarang :
      Tahun Terbit :
      Tajuk Buku :
      Tempat Terbit :
      Penerbit :
    • ii. AKHBAR
      • Nama Akhbar :
      Tarikh :
      Halaman :
    • iii. MAJALAH
      • Nama majalah :
      Tarikh :
    • iv. INTERNET

BORANG SOAL SELIDIK/ TEMUBUAL

Soal selidik perlu dibuat oleh calon dalam mendapatkan maklumat dan maklum balas daripada responden berkaitan dengan soalan berdasarkan pada tajuk tugasan :-

Sambungan Contoh jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 2018

DAPATAN KAJIAN

PETA LAKAR

  • i) Melukis peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian
  • ii) Mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian

KENALPASTI GUNA TANAH UTAMA DIKAWASAN KAJIAN DAN HURAIKAN FAKTOR PENGARUHI GUNA TANAH TERSEBUT

Contoh :-

KESAN GUNA TANAH TERHADAP ALAM SEKITAR

Senarai kesan aktviti guna tanah ke atas alam sekitar :-

CADANGAN USAHA MENGATASI KESAN GUNA TANAH

Langkah-langkah dalam mengatasi atau mengurangkan kesan aktiviti guna tanah adalah seperti berikut :-

Sambungan Contoh jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 2018

RUMUSAN

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, saya dapat merumuskan bahawa terdapat beberapa kebaikkan dan juga keburukan kesan daripada guna tanah di kawasan kajian saya. Antara kebaikkan daripada kesan guna tanah yang saya dapati adalah dengan pembinaan kawasan perindustrian di kawasan sekitar tapak kajian saya, secara tidak langsung dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar. Jawatan yang dibuka bermula daripada operator kilang hinggalah ke jawatan eksekutif boleh diisi oleh penduduk sekitar. Gaji yang diberikan juga boleh digunakan mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Selain itu, pembinaan pusat membeli belah yang terletak kurang daripada 3 Km daripada kawasan kajian sangat membantu penduduk sekitar bagi membeli barangan harian, pakaian mahu pun sebagai tempat untuk berhibur oleh penduduk sekitar. Secara tidak langsung ia juga dapat memacu ekonomi para peniaga yang membuka perniagaan di pusat membeli belah tersebut. Akhir sekali, kelebihan guna tanah di kawasan kajian saya adalah dapat mempertingkatkan sektor pendidikan. Pembinaan sekolah, Institut Pengajian Tinggi Swasta dan tadika di kawasan kajian saya dapat memberi peluang kepada penduduk untuk menghantar anak mereka ke pusat-pusat pendidikan yang disediakan. Kedudukan sekolah yang strategik dan selamat menambahkan keyakinan ibu bapa dan menarik minat anak-anak untuk menuntut ilmu.

Namun terdapat juga keburukan hasil daripada guna tanah di kawasan kajian saya ini antaranya adalah berlaku pencemaran hasil daripada aktiviti perindustrian di sini. Antara pencemaran yang berlaku adalah pencemaran bunyi dan udara. Pencemaran ini harus dikawal agar tidak memberi kesan negatif kepada masyarakat. Selain itu, perluasan kawasan penempatan manusia dan juga lain-lain aktiviti pembangunan menyebabkan pokok-pokok terpaksa ditebang. Hidupan flora dan fauna amat terkesan dengan pembangunan yang dilakukan manusia. Seharusnya aktiviti ini dikawal oleh pihak berwajib agar masalah ini dapat diselesaikan.

Selain daripada kesan-kesan guna tanah, saya juga dapat mempelajari cara-cara untuk membuat kajian secara sistematik di mana saya menggunakan teknik kaedah kajian yang betul. Antara teknik kajian yang digunakan adalah kaedah pemerhatian dan tinjauan, temu bual dan borang kaji selidik dan internet. Selain itu, saya juga dapat mempelajari cara untuk melukis dan mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian saya. Saya juga dapat mengenal pasti jenis guna tanah dan faktor yang mempengaruhi guna tanah di kawasan tersebut. Berdasarkan jenis guna tanah tersebut saya dapat mengenal pasti kesannya terhadap alam sekitar dan cara untuk mengatasi masalah tersebut.

Secara keseluruhannya, saya dapat belajar banyak perkara baru selain daripada dapat menyiapkan tugasan yang diberi ini. Semestinya ilmu ini amat berguna untuk saya dan boleh digunakan untuk kehidupan seharian saya di masa akan datang.

One Comment

Leave a Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Senarai Buffet Ramadhan Shah Alam 2019 (Harga Dan Lokasi)

Tarikh Pembayaran Bonus 2018 (Bayaran Khas)

Tarikh Pembayaran Bonus 2019 (Bayaran Khas)