Kerja Kursus Sejarah PT3 2019 TST3, Panduan cara buat dan contoh lengkap terbaik folio sejarah pt3 buat rujukan pelajar dalam menyiapkan tugasan dengan cemerlang.

Kerja Kursus Sejarah PT3 2019 Rujukan Dan Panduan TST3

Panduan Membuat Kerja Kursus Sejarah PT3 2019. Umum sedia maklum yang pelajar Tingkatan 3 tahun 2019 adalah dikehendaki untuk menyiapkan Tugasan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sejarah Tingkatan 3 (TST3). Ianya merupakan salah satu komponen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang wajib dilaksanakan oleh murid Tingkatan 3 di mana murid adalah dikehendaki membina penyataan masalah daripada tema atau tajuk yang ditentukan oleh pihak sekolah berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM Sejarah, iaitu: Kedatangan Kuasa Asing. Tajuk tugasan Sejarah PT3 tahun lepas adalah “Masyarakat Di Kawasan Tempat Tinggal Anda”.

Pelbagai Instrumen adalah merupakan salah satu pentaksiran yang terdapat dalam Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) melibatkan mata pelajaran Geografi dan Sejarah. Jenis pentaksiran lain yang ditaksir adalah pentaksiran berdasarkan kepada Ujian Lisan dan Ujian Lisan (Mendengar dan Bertutur). TST3 Sejarah dilaksanakan bermula dari bulan Mei hingga Jun 2019 Berdasarkan kepada Jadual Peperiksaan PT3 2019,

Kerja Kursus Sejarah PT3 2019 panduan terbaik

Kerja Kursus Sejarah PT3 2019 – Contoh Dan Panduan

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tugasan dan contoh jawapan kerja kursus Sejarah PT3 tahun 2019 buat rujukan dan panduan pelajar dalam menyiapkan tugasan ini. Segala maklumat yang dikongsikan akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Tajuk Tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 2019 Dan Tahun Sebelumnya

Berikut adalah tajuk-tajuk tugasan Sejarah PT3 beserta contoh jawapan. Klik pada pautan tajuk untuk mendapatkan contoh jawapan beserta format tugasan.

  1. 2019 : Pelajar boleh memilih tajuk berdasarkan tajuk dalam buku teks tingkatan 1, 2 atau 3. di mana tajuk yang dipilih perlu dibincangkan terlebih dahulu bersama guru. Contoh cadangan tajuk adalah :-
  2. 2018 : Kajian tentang masyarakat di kawasan tempat tinggal anda
  3. 2017 : Kajian tentang “Satu peristiwa bersejarah di tempat tinggal anda”
  4. 2016 : Bangunan Bersejarah
  5. 2015 : Persetiaan Persekutuan 1895
  6. 2014 : Perpaduan Kaum Di Malaysia

Tugasan PT3 Sejarah 2019

Murid dikehendaki membina penyataan masalah daripada tema atau tajuk yang ditentukan oleh pihak sekolah berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM Sejarah, iaitu:-

  • a) Tingkatan 3 – Kedatangan Kuasa Asing.

Kajian kes adalah kaedah menyelesaikan masalah dalam bentuk deskriptif atau penerangan tentang sesuatu isu atau persoalan sama ada berkaitan tokoh, institusi, tempat, peristiwa dan dokumen. Kajian kes bertujuan memberi pengalaman dan kemahiran kepada murid tentang pengetahuan sejarah diri, negara dan bangsa. Kajian kes turut melibatkan aktiviti penyelidikan secara langsung apabila murid didedahkan dengan pelbagai kaedah dan kemahiran seperti pencarian, pengumpulan dan menganalisis maklumat. Murid menghasilkan dapatan kajian yang dijalankan dalam pelbagai bentuk seperti kerja projek, pelaporan, pembentangan dan sebagainya. Melalui kajian kes, murid dapat mengaplikasikan disiplin ilmu Sejarah, Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik serta membangunkan kreativiti.

Kaedah Melaksanakan Kajian Kes

Kajian kes boleh menggunakan kaedah inkuiri dan penerokaan yang melibatkan aktiviti pembelajaran seperti membuat pemerhatian, penyelidikan dan eksplorasi sama ada dalam latihan kerja lapangan, kajian bahan dan dokumen. Guru perlu membimbing murid dalam menggunakan kaedah ini supaya pembelajaran yang berkesan dapat dilaksanakan.

Pentaksiran Kajian Kes

Pentaksiran adalah proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan SPi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Kajian kes ini membolehkan guru membuat pentaksiran secara berterusan semasa proses PdP. Pentaksiran ini juga memerlukan guru membuat perancangan, membina, mentadbir, menilai dan merekod serta melaporkan pencapaian murid. Pentadbir sekolah boleh mengambil kira peratusan markah daripada kajian kes sebagai sebahagian daripada jumlah keseluruhan markah murid dalam peperiksaan. Usaha ini dapat menanam minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan.

Langkah Pelaksanaan Kajian Kes

Pelaksanaan kajian kes ini melibatkan beberapa langkah yang membabitkan kajian dan penilaian data yang berkaitan isu atau peristiwa sejarah yang timbul seperti Rajah berikut :-

kajian kes sejarah pt3

Cadangan Jadual Kerja (Kerja Kursus Sejarah PT3 2019)

Cadangan jadual kerja pelaksanaan tugasan adalah seperti berikut :-

  1. Membina penyataan masalah berdasarkan tema atau tajuk yang telah ditetapkan di peringkat sekolah untuk TST3 tahun semasa
    • Proses pernyataan masalah dapat membentuk persoalan mengenai tajuk atau tema atau peristiwa yang akan dikaji secara kontekstual serta lengkap. Pernyataan masalah kajian boleh berbentuk soalan terbuka seperti pernyataan idea, masalah atau hipotesis untuk diuji sebagai tujuan penyelidikan. Seharusnya, pernyataan masalah merupakan peringkat permulaan rancangan penyelidikan dan digunakan sebagai penjelasan tujuan penyelidikan yang akan dilaksanakan.
  2. Kajian Literatur

    • Kajian literatur atau kajian lepas merupakan ulasan maklumat yang diperolehi daripada jurnal, buku, dan penyelidikan-penyelidikan lepas (tesis) untuk sesuatu penyelidikan terkini. Kajian literatur melibatkan proses sistematik yang memerlukan penelitian dan kemahiran mencari, mengumpul, membaca serta merumus maklumat dengan terperinci. Kajian ini juga bertujuan untuk pengumpulan maklumat tentang permasalahan yang sedang dikaji di samping mendidik murid mengumpul maklumat mengenai tajuk kajian. Tinjauan literatur penting untuk memberikan idea dan hala tuju mengenai penyelidikan yang akan dilakukan.
  3. Membina Objektif kajian merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai menggunakan kata kunci seperti berikut:-
    • (Memahami, Mengetahui, Menghurai, Menganalisis, Menyatakan, Mengkaji, Memenuhi, Memberikan, dan mana-mana kata kerja yang dirasakan sesuai)
    • Objektif kajian merujuk kepada tujuan sesuatu kajian dijalankan dan juga hendaklah jelas dan konsisten serta boleh dikenal pasti.
  4. Mengenal pasti kaedah yang sesuai dengan kajian. Kaedah kajian ialah cara yang digunakan untuk mendapatkan fakta, sumber, bukti, mewujudkan idea, dan mengadakan analisa sesuatu kajian. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah seperti berikut :-
    • Melayari internet
    • Penyelidikan perpustakaan
    • Analisa dokumen
    • Lawatan dan pemerhatian
    • Temubual, orang sumber
  5. Mengumpul dan menganalisis data daripada sumber yang berkaitan untuk menjawab pertanyaan yang dikaji
  6. Mencari sumber rujukan berkaitan penyataan masalah. Jumlah sumber rujukan sekurang-kurangnya 4 sumber rujukan. Sumber merupakan unsur yang penting dalam membuat
    penyelidikan sejarah kerana sumber memberikan maklumat dan bukti yang benar tentang sesuatu peristiwa. Sumber dibahagikan kepada dua iaitu sumber pertama atau primer dan sumber kedua atau sekunder. Sumber primer ialah sumber yang bersifat asli dan belum ditafsirkan. Sumber ini terdiri daripada pelbagai bentuk seperti kertas, fosil, artifak dan keterangan lisan. Sumber sekunder adalah bahan yang telah dikaji atau diolah melalui sumberpertama. Sumber sekunder merupakan hasil penulisan seperti buku, majalah, artikel, rencana, surat khabar dan latihan ilmiah.
  7. Menyenarai bahan-bahan yang telah dirujuk

    • Rujukan dan sumber
      • Akhbar
      • Majalah
      • Buku ilmiah
      • Jurnal
      • Rencana
      • Buku teks
      • Orang sumber
      • Internet
  8. Menganalisis data dan membuat perbandingan daripada pelbagai bahan dan sumber untuk menjawab penyataan yang dikaji. Data atau bahan yang diperoleh hendaklah dianalisis untuk
    menentukan kebenaran hipotesis dalam pengkajian. Murid perlu membuat perbandingan daripada pelbagai sumber untuk menentukan kesahihan fakta daripada sumber yang diperoleh.
  9. Menulis laporan kajian mengikut format yang ditetapkan. Laporan kajian merupakan hasil kerja murid secara individu atau berkumpulan. Laporan ini juga boleh berbentuk penulisan atau pembentangan yang boleh dibuat dalam persembahan grafik sama ada garis masa, jadual, slaid powerpoint, peta i-Think dan lain-lain yang bersesuaian.
    1. Pernyataan masalah (Tajuk)
    2. Nama penulis
    3. Penghargaan
    4. Jadual Kerja
    5. Proses Awal
    6. Objektif kajian (berdasarkan aspek kajian pelajar)
    7. Kaedah Kajian
    8. Pengenalan/ Definisi
    9. Hasil dapatan
    10. Kesimpulan dan cadangan.
    11. Rujukan (tulis rujukan berdasarkan format yang ditetapkan)
    12. Lampiran (surat, transkrip temubual, gambar, bahan fotostat daripada sumber)
      • * Nota – Klik Link yang berwarna merah untuk contoh
  10. Membentangkan laporan kajian secara individu (3 hingga 5 minit)
    • Fokus pembentangan ialah kemahiran berkomunisasi dan sosialisasi menggunakan sekurang-kurangnya 2 kaedah penyampaian yang berkesan, menarik dan boleh dicontohi
    • Pembentangan merangkumi kandungan, kelancaran, susun atur, gaya penyampaian dan kreativiti
    • Bahan sokongan (kertas sebak, power point, lakonan, simulasi, model, komik, pengucapan awam, kuiz, permainan dan lain-lain bentuk laporan yang difikirkan sesuai)
  11. Aspek tatabahasa perlu dipentingkan dalam penulisan, penggunaan peribahasa dan simpulan bahasa digalakkan

Contoh Pelaksanaan Kajian Kes (Kerja Kursus Sejarah PT3 2019)

Berikut adalah contoh pelaksanaan kajian kes bagi kerja kursus sejarah PT3 tahun 2019.

Tema : Kedatangan Kuasa Asing

  • Tajuk : Campur Tangan Dan Penjajahan Kuasa Barat

Standard Kandungan

  • Pernyataan Masalah:
    • Sebelum masuknya kedatangan kuasa Barat, negara Malaysia telah mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut?

Gambar berikut menunjukkan sistem pentadbiran dahulu dan sekarang yang dipraktikkan di negara Malaysia

Jadual Kerja Pelaksanaan Kajian Kes (Kerja Kursus Sejarah PT3 2019)

Berikut adalah jadual kerja pelaksanaan kajian kes bagi Kerja Kursus Sejarah PT3 2019 untuk diambil tindakan oleh guru dan juga pelajar.

Strategi GuruAktiviti PelajarProses Berfikir
Merangka Pelaksanaan Kajian Kes 
Guru memberi bimbingan dalam:

  1. Membina pernyataan masalah
  2. Membina objektif kajian
  3. Mengenal pasti kaedah kajian yang bersesuaian
  4. Mengenal pasti bentuk laporan kajian
  5. Menentukan tempoh kajian dijalankan dan proses kerja pelaksanaan kajian kes
Pelajar diberi pendedahan tentang tajuk kajian kes dan rangka kajian kes yang akan dijalankan
Langkah 1: Membina Pernyataan Masalah
Guru memberi bimbingan dalam:

  1. Memberi pemahaman tentang skop pernyataan masalah yang dibina

Contoh pernyataan masalah:

“Sebelum kedatangan kuasa Barat, negara kita telah mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini”

Mengadakan perbincangan dalam kumpulan atau individu berdasarkan pernyataan 

(i) i-Think

  • Peta Buih (Kaedah Sumbangan)

(ii) Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)

  • Meneroka bukti-bukti

(iii) Kemahiran Inkuiri

Membina Persoalan:

  1. Guru atau pelajar juga boleh membina persoalan untuk memahami pernyataan masalah. Membentuk beberapa persoalan untuk memberi pemahaman tentang pernyataan masalah yang diberi agar murid lebih berfokus
  2. Memudahkan murid mengenal pasti sumber dan mencari maklumat
  3. Memberi panduan kepada  murid untuk menjalankan kajian
Persoalan yang dibina ini boleh membantu pelajar menulis, menganalisis data dan merangka laporan kajian

Contoh Persoalan kajian:

  1. Adakah negara kita mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik? 
  2. Bagaimanakah bentuk sistem pentadbiran tersebut? 
  3. Sejauh manakah perubahan pentadbiran yang dibawa oleh kuasa Barat memberi kesan kepada penduduk tempatan? 
  4. Berikan cadangan untuk memantapkan sistem pentadbiran negara hari ini? 

 

(i) KPS

  • Meneroka bukti

(ii) Kemahiran  Inkuiri

Langkah 2: Kajian Literatur
Guru memberi bimbingan dalam:
Mengenal pasti bahan rujukan dan kajian lepas berdasarkan buku ilmiah, jurnal, majalah dan sebagainya
Mencari bahan atau sumber berkaitan untuk menentukan objektif kajian. Jumlah rujukan sekurang-kurangnya 3 rujukan

(i) KPS

  • Meneroka bukti
Langkah 3: Menentukan Objektif Kajian
Guru memberi bimbingan dalam:

  1. Menerangkan kepentingan objektif kajian kepada pelajar 
  2. Membina objektif yang jelas agar mudah dicapai
  3. Membina objektif meliputi pengetahuan, kemahiran dan nilai 
Mengetahui objektif kajian dan menulis laporan kajian berdasarkan objektif yang telah dibina
Contoh Objektif:

  1. Membincangkan sistem pentadbiran tempatan sebelum kedatangan Barat
  2. Menjelaskan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh pentadbiran Barat.
  3. Membincangkan kepentingan mengekalkan sistem pentadbiran yang sistematik

 

(i) KPS

  • Meneroka bukti

Langkah 4: Menentukan Kaedah Kajian

Guru memberi bimbingan kepada pelajar dalam menggunakan kaedah kajian yang bersesuaian 

Contoh Kaedah Kajian:
Mengenal pasti kaedah yang sesuai dengan kajian

  1. Kaedah Bertulis
  2. Kaedah Lisan
  3. Pemerhatian

(i) KPS

  • Meneroka bukti
Langkah 5: Mengenal Pasti Sumber Rujukan
Guru membimbing pelajar dalam:

  1. Menentukan sumber rujukan yang sesuai digunakan
  2. Memilih sumber yang sesuai untuk memastikan data yang diperoleh sahih dan benar 
  3. Memastikan murid bertanggungjawab dengan sumber yang diperoleh sebagai bukti
  1. Mengumpul dan mencari data daripada sumber yang berkaitan
  2. Membuat perbandingan beza hasil dapatan dan rujukan yang diperoleh berdasarkan objektif kajian yang telah ditetapkan 
  3. Menyenaraikan bahan-bahan yang dirujuk

Contoh Sumber Rujukan:

  1. Orang Sumber
  2. Dokumen / Jurnal
  3. Laman Sesawang
  4. Majalah
  5. Agensi Berkaitan

(i) KPS

  • Meneroka bukti
  • Membuat interpretasi

(ii) KBAT

(iii) Kemahiran Inkuiri

 

 

Langkah 6: Analisis Data
Guru membimbing pelajar dalam:

  1. Membanding perbezaan dapatan yang diperoleh
  2. Memastikan data yang diperoleh dapat mencapai objektif kajian dan menjawab penyertaan masalah
Menganalisis data dan membuat perbandingan daripada pelbagai sumber dan bahan untuk menjawab pernyataan yang dikaji

(i) KPS

  • memahami kronologi
  • Meneroka bukti
  • Membuat interpretasi
  • membuat imaginasi
  • membuat rasionalisasi

(ii) KBAT

(iii) Kemahiran Inkuiri

Langkah 7: Laporan Kajian
Guru membimbing pelajar dalam:
Menyediakan laporan kajian seperti berikut:

  • Tajuk (Pernyataan Masalah)
  • Objektif
  • Kaedah Kajian
  • Dapatan Kajian 
  • Kesimpulan dan cadangan
  • Rujukan
  • Lampiran
Menghasilkan laporan kajian seperti bentuk berikut:

  • Penulisan Kerja Projek
  • Buku Skrap
  • Lukisan
  • Pembentangan 
  • Video
  • Folio
  • Esei
  • Power point (Pembentangan
(i) KPS:

  • memahami kronologi
  • meneroka bukti
  • membuat interpretasi
  • membuat imaginasi
  • membuat rasionalisasi

Format Penulisan Laporan TST3 (Kerja Kursus Sejarah PT3 2019)

Berikut adalah merupakan format penulisan laporan TST3 yang perlu dipatuhi oleh murid semasa menulis laporan lengkap tugasan dalam kelas menggunakan 6 waktu PdP Sejarah dalam tempoh pelaksanaan TST3 iaitu seperti berikut :-

  1. Laporan TST3 hendaklah ditulis tangan atas kertas saiz A4
  2. Murid hendaklah menyediakan laporan TST3 sebanyak satu (1) hingga lima (5) halaman bertulis termasuk jadual, graf, rajah, gambar, rujukan dan lampiran
  3. Penulisan sumber rujukan hendaklah mengikut format yang betul
  4. Penerangan grafik muka hadapan TST3 adalah seperti berikut:-
    • Muka hadapan Tugasan TST3 mengikut contoh yang disediakan
    • Perlu dikokot dan tidak perlu ring binding
    • Tidak perlu memasukkan senarai kandungan dalam laporan TST3

Panduan Menyiapkan Kerja Kursus Sejarah PT3 2019

Panduan tugasan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Sejarah Tingkatan 3 boleh dirujuk di

Contoh Tugasan Sejarah PT3 2019

Guru boleh memberikan tugasan kepada murid pada akhir PdP sebagai pengayaan atau pengukuhan. Murid menyiapkan tugasan dan boleh dibentangkan melalui pelbagai kaedah.

Teliti gambar di bawah:-

Kerja Kursus Sejarah PT3 2019

Berdasarkan gambar di atas, buat kajian dan hasilkan pembentangan tentang perkembangan Bandar Taiping kesan daripada perkembangan ekonomi bijih timah.

Tugasan murid hendaklah mengandungi aspek berikut:-

  • 1. Tajuk : Berdasarkan gambar tersebut, sediakan satu pembentangan tentang perkembangan bandar Taiping kesan daripada perkembangan ekonomi bijih timah
  • 2. Nama penulis:
  • 3. Isi kandungan:
    • a. Pengenalan
    • b. Perkembangan bandar Taiping kesan daripada kekayaan sumber bijih timah.
    • c. Sistem pengangkutan di bandar Taiping.
    • d. Membuat kesimpulan dari hasil dapatan.
    • e. Menyenaraikan sumber rujukan.
    • f. Lampiran

Peringatan Buat Pelajar (Kerja Kursus Sejarah PT3 2019)

  1. Pelajar adalah dinasihatkan untuk memastikan akan ketulenan tugasan dan tidak memplagiat dengan mengambil atau meniru tugasan (hasil kerja) sepenuhnya daripada mana-mana pihak
  2. Tugasan lengkap yang dihasilkan adalah atas usaha pelajar sendiri
  3. Petikan atau grafik daripada sumber lain hendaklah dinyatakan sumber rujukan dengan jelas
  4. Sekiranya calon didapati telah melakukan plagiat, calon berkemungkinan akan digagalkan atau diberikan gred yang tidak memuaskan

Panduan atau tips dalam membuat Tugasan dan contoh jawapan Kerja Kursus Sejarah PT3 tahun 2019 akan dikemaskini selepas tajuk tugasan diberikan kepada pelajar.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *