Koleksi Peribahasa Melayu SPM Beserta Maksud & Simpulan Bahasa. Untuk rujukan pelajar sekolah menengah & rendah beserta makna.

Koleksi Peribahasa Melayu SPM Beserta Maksud & Simpulan Bahasa

Peribahasa adalah satu susunan kata atau ayat yang mempunyai maksud tertentu yang merujuk kepada maksud berkias, berlapik dan tersirat. Ianya Tercipta daripada pengalaman sesuatu masyarakat dan merupakan satu sindiran dan pengajaran orang terdahulu yang diturunkan sejak berzaman. Berikut dikongsikan koleksi atau senarai peribahasa Melayu dan maksudnya buat rujukan pelajar terutamanya pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Masyarakat Melayu pada zaman dahulu telah menggunakan peribahasa dalam kehidupan harian mereka. Daripada peribahasa ini terdapat banyak pengajaran yang dapat dicungkil di mana penyampaian maksud peribahasa ini dapat difahami secara fizikal dan tersirat. Pengaruh budaya dan alam banyak mempengaruhi dalam penciptaan peribahasa di mana masyarakat Melayu banyak berinteraksi dengan alam dan menggunakan kiasan dalam kehidupan harian mereka pada zaman dahulu.

Senarai Peribahasa Melayu Beserta Maksud

Senarai Peribahasa Melayu Dan Maksud

Berikut adalah senarai koleksi peribahasa Melayu yang dibahagikan kepada situasi atau keadaan yang berbeza.

Kerajaan Dan Negara

  1. Kalah menjadi abu, menang menjadi arang : Walaupun kalah atau menang dalam sesuatu perselisihan, masing-masing akan mengalami kerugian
  2. Bahasa menunjukkan bangsa : Setiap tingkah laku atau tutur kata yang dilafazkan oleh seseorang itu dapat menunjukkan asal-usul keturunannya
  3. Gajah berjuang sama gajah, pelanduk mati di tengah-tengah  : Sekiranya orang-orang besar berselisih atau bergaduh, orang-orang di bawahnya yang akan mendapat kesusahan

Hubungan Kemasyarakatan

  1. Rambut sama hitam tetapi hati masing-masing lain : Setiap manusia itu mempunyai pendapat yang berlainan antara satu dengan yang lain walaupun pada lahirnya ia kelihatan sama
  2. Bagai aur dengan tebing : Dua orang yang bersahabat baik atau sepasang suami isteri yang kasih-mengasihi dan hidup rukun damai atau sikap tolong-menolong yang tidak dapat dipisahkan lagi
  3. Keluarga atau sahabat yang sama sepakat dalam mengerjakan sesuatu pekerjaan, sama ada yang ringan ataupun yang berat. Wujud permuafakatan dalam mengerjakan sesuatu, sama-sama menanggung susah dan senang. Sama ertinya:-
    • Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
    • Mendapat sama berlaba, kehilangan sama merugi
    • Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
    • Terapung sama hanyut, terendam sama basah
  4. Seperti isi dengan kuku : Suatu persahabatan yang begitu erat sekali
  5. Bersatu teguh, bercerai roboh : Kita akan menjadi kuat kalau kita bersatu tetapi akan lemah jika kita berpecah
  6. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi : Pergaduhan atau keakraban persahabatan itu datang daripada kedua-dua belah pihak

Peribahasa berkaitan hubungan kekeluargaan.

Hubungan Kekeluargaan

  1. Air yang dicincang tidak akan putus : Seseorang yang bersaudara itu tidak akan bergaduh berterusan walaupun berlaku sesuatu perselisihan\
  2. Anak sebatang kara : Seseorang anak yang tidak mempunyai keluarga atau saudara-mara
  3. Kecil-kecil menjadi anak, sudah besar menjadi onak : Semasa kecil anak itu menyenangkan hati kedua-dua orang tuanya tetapi apabila sudah dewasa, ia menyusahkan
  4. Anak di pangkuan dibiarkan, kera di hutan disusui : Seseorang yang menguruskan atau melakukan sesuatu kerja untuk orang lain sedangkan kerjanya atau urusannya sendiri tidak disempurnakan atau diabaikan
  5. Kasihkan anak ditangan-tangankan, kasihkan isteri ditinggal-tinggalkan : Seseorang itu dinasihatkan supaya tidak memanjakan anak atau isterinya agar tidak menyesal kemudian hari
  6. Bapak borek anak rintik : Sifat seseorang anak yang tidak jauh bezanya dengan sifat orang tuanya
  7. Dianaktirikan : Seseorang yang selalu disisihkan
  8. Bagai inai dengan kuku : Kasih sayang yang sukar untuk dipisahkan
  9. Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi : Seseorang anak itu sedikit sebanyak akan mengikut bakat ayah atau ibunya
  10. Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat : Kalau hendak membuat sesuatu, mesti dirundingkan dengan ahli keluarga agar pekerjaan itu selamat

Nilai-Nilai Murni

Peribahasa Melayu berkaitan nilai murni.

  1. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah : Kita mestilah mengikut sesuatu adat yang baik
  2. Tidak memandang bulu, tidak melihat rupa : Seseorang yang berlaku adil iaitu sama rata dan tidak berat sebelah
  3. Bumi dipijak, langit dijunjung : Seseorang yang menurut nasihat dan mematuhi segala yang diarahkan
  4. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan : Seseorang yang sangat berterima kasih atas pertolongan ataupun nasihat yang diberikan oleh seseorang
  5. Murah hati : Seseorang yang penyayang dan mempunyai sifat yang simpati atau kasihan
  6. Putih tulang dikandung tanah, budi baik dikenang juga : Budi bahasa yang baik itu tidak akan dilupakan orang. Sama ertinya: Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik terkenang juga
  7. Mencabut harus dengan akar-akarnya : Sekiranya kita hendak membasmi sesuatu kejahatan, hendaklah dihapuskan puncanya
  8. Alah membeli, menang memakai : Sesuatu barang yang dibeli mahal sedikit pun tidak mengapa asalkan barang itu kuat dan tahan apabila dipakai
  9. Alah bisa kerana biasa : Walaupun sesuatu itu sukar, sekiranya sentiasa dilakukan, sudah pasti akan menjadi biasa dan senang
  10. Genggam bara api, biar sampai jadi arang : Seseorang itu hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan yang sukar dengan bersungguh-sungguh agar mendapat kejayaan
  11. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain : Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan sedikit demi sedikit lama-kelamaan berhasil juga
  12. Biar lambat asalkan selamat : Dalam mengerjakan sesuatu hal, janganlah terburu-buru asalkan segalanya selamat
  13. Berbuat baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali : Seseorang itu dinasihatkan jangan terlalu berlebih-lebihan apabila berbuat baik dan jangan sekali-kali berbuat jahat
  14. Yang elok itu budi, yang indah itu bahasa : Budi bahasa yang baik dapat menyelamatkan kita dan akan membuat kita dihormati orang ramai
  15. Buang yang keruh dan ambil yang jernih : Seseorang yang meninggalkan pekerjaan lamanya yang tidak baik dan memulakan penghidupan yang baru

Sikap Negatif Individu/ Masyarakat

Peribahasa Melayu berkaitan sikap negatif individu dan masyarakat.

  1. Mengaburi mata orang : Seseorang yang menipu atau membodohkan orang
  2. Ada udang di sebalik batu : Seseorang yang mempunyai maksud tertentu di sebalik apa yang dilakukannya
  3. Bagai mencincang air : Seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan yang sia-sia
  4. Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri : Seseorang yang menceritakan keburukan keluarganya kepada orang lain tetapi akhirnya dia sendiri yang mendapat malu
  5. Seperti anjing dengan kucing : Orang yang selalu bertengkar
  6. Anjing ditepuk menjungkit ekor : Seseorang yang tidak berbudi, jika dihormati akan menjadi sombong
  7. Harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan : Seseorang yang mengharapkan keuntungan yang besar lalu melepaskan keuntungan kecil yang sudah berada dalam genggaman
  8. Seperti kerbau dicucuk hidung : Seseorang yang bodoh dan selalu menurut apa yang dikatakan orang
  9. Kacang lupa akan kulitnya : Seseorang yang lupa akan asal usulnya setelah mendapat kekayaan atau kemuliaan
  10. Yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran : Seseorang yang tamak mengharapkan keuntungan yang banyak sehingga keuntungan sedikit yang ada ditinggalkan
  11. Lembu punya susu, sapi dapat nama : Orang lain yang bersusah payah mengerjakannya tetapi orang lain pula yang mendapat nama

  12. Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul : Seseorang yang memberi nasihat yang baik-baik kepada orang lain tetapi dia sendiri tidak dapat melaksanakannya
  13. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri  : Sesuatu muslihat yang tidak dihiraukan sama sekali
  14. Anjing menyalak tiada menggigit : Orang yang bercakap besar tetapi penakut
  15. Awak yang tidak pandai menari, dikatakan lantai yang berjongket : Seseorang yang ingin menutup kesalahannya dengan mencari alasan lain atau meletakkan kesalahan ke atas orang lain
  16. Sudah terantuk baru terngadah : Seseorang yang menyedari kesilapannya setelah mendapat kesusahan
  17. Seperti musang berbulu ayam : Orang yang berpura-pura buat baik
  18. Lempar batu sembunyi tangan : Orang yang khianat dan tidak mengaku dengan kesalahannya
  19. Hangat-hangat tahi ayam : Orang yang tidak kuat kemahuan atau pendiriannya

  20. Anjing menyalak tiada menggigit : Orang yang bercakap besar tetapi penakut
  21. Bagai Belanda meminta tanah : Seseorang yang tamak yang tidak pernah mencukupi apabila diberikan kerana ia akan meminta lagi
  22. Buaya darat : Seseorang yang jahat atau suka berfoya-foya dengan perempuan silih berganti
  23. Diberi betis, hendak paha : Seseorang yang tamak kerana apabila diberi sedikit, dia meminta banyak lagi
  24. Buta hati : Seseorang yang tidak mempunyai belas kasihan atau seseorang yang bengis

Hakikat / Realiti Kehidupan

Peribahasa Melayu berkaitan realiti kehidupan.

  1. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas : Setiap kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan dan setiap kejahatan itu akan dibalas dengan kejahatan
  2. Adat juara kalah menang, adat saudara laba rugi : Dalam kehidupan, kita akan mengalami nasib yang baik dan juga nasib tidak baik
  3. Bagai kambing dihalau ke air : Seseorang yang tidak mahu mengerjakan atau melakukan sesuatu pekerjaan yang tidak disukainya atau digemarinya
  4. Tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni
  5. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari : Apabila seorang guru itu mengajar sesuatu yang tidak baik, ia sangat mudah ditiru oleh muridnya
  6. Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati : Hutang wang dapat dibayar tetapi sekiranya hutang budi akan sentiasa dikenang sampai ke akhir hayat
  7. Ingat antara belum kena, hemat antara belum habis : Kita hendaklah beringat dahulu agar tidak terpedaya dan agar harta tidak habis dengan sewenang-wenangnya
  8. Lain dahulu lain sekarang : Masa telah mengubahkan seseorang dan langkahnya juga turut berlainan

  9. Nasi sudah menjadi bubur : Perbuatan yang sudah terlanjur yang tidak dapat kita sesalkan kerana tidak berguna lagi
  10. Sediakan payung sebelum hujan : Seseorang itu hendaklah sentiasa berhati-hati dan bersiap sedia sebelum terjadi apa-apa
  11. Turutkan rasa binasa, turutkan hati mati : Seseorang itu akan menghadapi kecelakaan sekiranya menurut hawa nafsu
  12. Biar lambat asalkan selamat : Tidak perlu tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu perkara, yang penting hasilnya baik
  13. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga : Sebijak mana manusia itu pasti akan melakukan kesilapan
  14. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan : Balik semula ke pangkal jalan setelah kesalahan yang telah dilakukan
  15. Usul menunjukkan asal : Akhlak atau tingkah laku seseorang itu menunjukkan tinggi atau rendah darjatnya

Ilmu Dan Pendidikan

Peribahasa Melayu berkaitan ilmu dan pendidikan.

  1. Belum bertaji hendak berkokok : Seseorang yang belum mempunyai ilmu yang cukup tetapi sudah berlagak
  2. Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut : Nasihat yang diberikan sedikit, tetapi amat berharga
  3. Laut ditimba tak akan kering : Tidak habis kepandaian seseorang itu selagi hayat dikandung badan
  4. Belakang parang pun kalau diasah nescaya tajam : Seseorang yang bodoh jika rajin belajar akhirnya akan berjaya
  5. Katak di bawah tempurung : Seseorang yang cetek ilmu pengetahuannya

Definisi Bagi Seseorang/ Sesuatu

Peribahasa Melayu berkaitan definisi bagi seseorang atau sesuatu.

  1. Besar hati : Seseorang yang gembira atau bersemangat tinggi
  2. Besar kepala : Seseorang yang sombong dan angkuh
  3. Buah hati : Seseorang yang dikasihi ataupun kekasih
  4. Buah bibir : Buah mulut orang iaitu yang menjadi perbicaraan orang ramai dan selalu disebut atau diperkatakan orang
  5. Bagai bumi dengan langit : Dua hal atau perkara yang sangat jauh sekali perbezaannya
  6. Bumi mana yang tak kena hujan : Setiap manusia di muka bumi ini pasti tidak pernah lepas daripada melakukan kesilapan ataupun kesusahan
  7. Barang yang dikata itulah kota : Setiap perkataan yang diucapkan haruslah ditunaikan
  8. Di mana ada gula, di situ ada semut : Di mana tempat yang mempunyai kesenangan atau kenikmatan, tentu ramai yang akan mengunjungi
  9. Jauh panggang dari api : Sesuatu jawapan yang diberikan tidak bersesuaian atau bertepatan dengan soalan atau pertanyaan yang dikemukakan
  10. Jatuh hati : Seseorang yang telah jatuh cinta atau kasihan

  11. Jauh di mata dekat di hati : Walaupun berada berjauhan tetapi sentiasa diingati dan sentiasa berada berhampiran
  12. Kaki tangan : Orang kepercayaan atau pembantu
  13. Khabar angin : Sesuatu khabar atau berita yang belum pasti akan kebenarannya
  14. Makan angin : Menghirup udara yang baik untuk kesihatan atau seseorang yang berjalan-jalan menghabiskan masa cuti berehat
  15. Hilang akal : Seseorang yang hilang fikiran atau gila
  16. Seperti api dalam sekam : Sesuatu kejahatan yang tidak diketahui kerana ia telah dirahsiakan
  17. Seperti cacing kepanasan : Seseorang yang selalu berada dalam keadaan gelisah
  18. Sudah lama makan garam : Seseorang yang mempunyai banyak pengalaman
  19. Seperti kera kena belacan : Seseorang yang selalu gelisah atau kelihatan tidak tenteram kerana sesuatu sebab

Lain-Lain Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa dan Maksud

  1. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air : Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh
  2. Yang lama dikelek, yang baharu didukung : Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu
  3. Bagai kaca terhempas ke batu : Maksud : Sangat sedih atau kecewa
  4. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai : Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
  5. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah : Maksud : Pengagihan yang sama banyak
  6. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak : Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
  7. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua : Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya
  8. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian : Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari
  9. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang : Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

  10. Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan : Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya
  11. Bagai ikan pulang ke lubuk : Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
  12. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit : Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
  13. Bak cendawan tumbuh selepas hujan : Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa
  14. Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran : Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula
  15. Biar mati anak, jangan mati adat : Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat
  16. Sediakan payung sebelum hujan : Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
  17. Mencari Jalan : Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara
  18. Memerah Otak : Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh
  19. Berbesar Hati : Maksud : Gembira
  20. Anak Buah : Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita
  21. Tuan Rumah : Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara

  22. Batu Penghalang : Maksud : Halangan
  23. Darah daging : Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri
  24. Meninggi diri : Maksud : Sombong
  25. Bermuka Dua : Maksud : Tidak jujur
  26. Baik Hati : Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong)
  27. Tulang Belakang : Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
  28. Terang Hati : Maksud : Lekas pandai
  29. Air beriak tanda tak dalam : Banyak bercakap tanda tiada berilmu
  30. Alang-alang berminyak biar licin : Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung

  31. Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan : Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.
  32. Bagai air mencari jenisnya : Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah
  33. Bagai ayam disambar helang : Mati tanpa sakit / hilang tiba-tiba
  34. Bagai cincin dengan permata : Pasangan yang sepadan. Contoh ayat: Suami isteri itu sama cantik sama padan seperti cincin dengan permata.
  35. Bagai layang-layang putus tali : Tiada berpedoman atau sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja
  36. Bagai minyak dengan air : Orang baik kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat.
  37. Bagai murai dicabut ekor : Orang yang suka bercakap. Perempuan yang suka bercakap banyak. Contoh ayat: Suasana di dalam kelas 3P2 riuh oleh suara Nadiah yang becok bagai murai di cabut ekor
  38. Bagai pucuk dilancarkan : Amat cepat
  39. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya : Perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya.
  40. Baik membawa resmi padi daripada resmi lalang : Tidak sombong; rendah diri.

  41. Belum duduk sudah berlunjur : Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira lebih dulu
  42. Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak : Sementara menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah
  43. Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas : Lebih baik menarik diri terlebih dahulu sebelum diberhentikan dengan tidak terhormat
  44. Carik-carik bulu ayam, lama-kelamaan bercantum juga : Perselisihan faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula
  45. Diibaratkan sebagai condong ditumpil, lemah dianduh : Memberi pertolongan kepada orang-orang di dalam kesusahan
  46. Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai : Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang mahir tentang sesuatu perkara itu
  47. Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung : Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan
  48. Jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau : Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan hilang begitu sahaja.
  49. Semacam besar pacak daripada tiang : Belanja lebih besar daripada pendapatan.
  50. Seperti air dalam dulang : Negeri yang aman sentosa
  51. Seperti aur ditarik songsang : Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah tersalah jalan
  52. Seperti embun dihujung rumput : Tidak kekal / masa yang singkat
  53. Seperti harimau menyembunyikan kukunya : Orang yang menyembunyikan kelebihannya
  54. Seperti hujan jatuh ke pasir : Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan yang sia-sia
  55. Seperti lintah menghisap darah : Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut

Simpulan Bahasa

Contoh simpulan bahasa mengikut abjad :-

A

  1. ada angin : berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
  2. ada hati : mempunyai keinginan yang melebihikemampuan untuk melakukan atau memilikisesuatu
  3. air muka : rupa atau wajah seseorang
  4. ajak-ajak ayam : tidak bersungguh-sungguh semasamempelawa seseorang
  5. ada bakat : mempunyai tokoh atau perwatakan
  6. alas perut : makanan yang dimakan untuk sementarawaktu sebelum memakan makanan yangmengenyangkan
  7. anak angkat : anak orang lain yang dipelihara sebagaianak sendiri
  8. anak bapa : anak yang disayangi oleh bapa
  9. anak buah : orang yang di bawah jagaan seorang ketuaatau anak saudara
  10. anak emas : anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
  11. angkat kaki : meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
  12. atas angin : negara-negara di sebelah barat
  13. atas pagar : tidak menyebelahi mana-mana pihak
  14. ayam tambatan : orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan

B

  1. Bahasa kesat : Bahasa atau tutur kata yang kasar, kotor, dan menyakitkan hati
  2. Bahasa ibunda : Bahasa sendiri
  3. Bangkai bernyawa : Orang yang tidak berguna langsung
  4. Banyak akal : Banyak helah
  5. Banyak lemak : Kelakuan yang mengada-ngada
  6. Banyak mulut : Suka bercakap banyak
  7. Bapa ayam : Lelaki yang berkahwin banyak tetapi tidak menghiraukan anak-anaknya
  8. Batu api : Orang yang menghasut dua pihak yang lain sehingga bergaduh
  9. Batu loncatan : Sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan
  10. Bau-bau bacang : Tali persaudaraan yang jauh
  11. Bawa hati : Perasaan kecewa
  12. Bawah angin : Negara-negara yang terletak di sebelah timur
  13. Bekas tangan : Hasil buatan sendiri; pukulan
  14. Bengkak perut : Sakit hati
  15. Berani mati : Tidak takut mati
  16. Berat kepala : Sukar menerima pelajaran
  17. Berat lidah : Pendiam
  18. Berat mata : Mengantuk
  19. Berat sebelah : Tidak adil
  20. Berat tulang : Malas bekerja
  21. Berbulan madu : Bersiar-siar ke tempat lain setelah berkahwin
  22. Berganti tikar : Mengahwini kakak atau adik isterinya setelah isterinya meninggal dunia
  23. Beri muka : Memberikan kebebasan atau memanjakan seseorang
  24. Bermain kayu tiga : Melakukan perbuatan yang jahat
  25. Bertegang leher : Bertengkar
  26. Besar hati : Gembira
  27. Besar kepala : Degil
  28. Bidan terjun : Orang yang disuruh membuat sesuatu secara mendadak
  29. Bintang hati : Kekasih
  30. Bodoh alang : Bodoh sedikit
  31. Bodoh sepat : Kelihatan bodoh tetapi sebenarnya cerdik
  32. Bongkok sabut : Bongkok orang tua
  33. Buah fikiran : Pendapat
  34. Buah mulut : Perkara yang menjadi percakapan orang ramai
  35. Buat duit : Melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan keuntungan
  36. Buaya darat : Lelaki yang suka menukar teman wanitanya
  37. Buka mata : Ambil tahu atau sedar
  38. Buruk makan : Gelojoh atau pelahap
  39. Buta huruf : Tidak tahu menulis dan membaca

Berikut pula simpulan bahasa yang bermula dari huruf C

  1. Cacing kepanasan : Gelisah
  2. Cahaya mata : Anak
  3. Gaji buta : Gaji yang diterima tanpa bekerja
  4. Cakap angin : Percakapan yang belum tentu betul salahnya
  5. Cakar ayam : Tulisan yang buruk
  6. Cakap besar : Mengatakan tahu atau pandai, tetapi sebenarnya tidak pandai
  7. Campur aduk : Bercampur dengan tidak menentu lagi
  8. Campur tangan : Turut serta dalam urusan orang lain
  9. Cangkul angin : Perbuatan yang sia-sia
  10. Cantik molek : Elok rupa paras
  11. Cari akal : Mencari jalan
  12. Cari fasal : Sengaja mencari sebab untuk bergaduh
  13. Cari nama : Berikhtiar atau membuat jasa supaya nama menjadi masyhur
  14. Cencaru makan petang : Permainan yang semakin baik pada akhir pertandingan
  15. Cepat tangan : Orang yang cekap mencari
  16. Cinta monyet : Cinta anak-anak kecil
  17. Curi hati : Melakukan daya penarik untuk memikat hati orang supaya mendatangkan kasih
  18. Curi tulang : Mengelak daripada bekerja semasa waktu kerja

D

  1. Daki dunia : Harta benda seperti wang, emas, permata, dan lain-lain.
  2. Dakap bantal : Kecewa atau putus harapan
  3. Dalam tangan : Sudah tentu dapat
  4. Dapat bahagian : Menerima pukulan atau denda
  5. Dapat terpijak : Mendapat sesuatu dengan mudah
  6. Darah ikan : Buah yang baru separuh masak; warna yang merah
  7. Darah daging : Anak kandung
  8. Darah muda : Semangat atau perasaan orang muda
  9. Datang hati : Sampai hati atau tergamak
  10. Daya penarik : Mempunyai sesuatu kebolehan atau kuasa yang boleh memikat hati seseorang
  11. Delima merkah : Bibir yang merah
  12. Demam puyuh : Berpura-pura demam
  13. Dendam kesumat : Kebencian yang amat sangat
  14. Diam ubi : Diam orang berakal kerana berfikir
  15. Diam penggali : Diam orang yang bodoh
  16. Dingin kepala : Berfikiran tenang dan sihat
  17. Dua sejoli : Sepasang (kekasih atau suami isteri)
  18. Duit kopi : Bayaran tidak rasmi sebagai sagu hati
  19. Durian runtuh : Keuntungan besar yang diperoleh tanpa bersusah payah

G

  1. Garam hidup : Pengalaman hidup
  2. Gatal mulut : Suka mencela orang
  3. Gatal tangan : Suka melakukan kerja yang bukan-bukan
  4. Gelap mata : Hilang pertimbangan fikiran; pitam
  5. Geli hati : Rasa hendak ketawa
  6. Gelora hati : Perasaan hati
  7. Genap bulan : Sudah cukup masa (melahirkan anak)
  8. Genggam bara : Membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh
  9. Gerak hati : Rasa yang lahir dari dalam hati
  10. Gerhana matahari : Dalam kesusahan
  11. Gila babi : Sejenis penyakit sawan
  12. Gila bahasa : Kurang waras fikiran
  13. Gila bayang : Mencintai seseorang tetapi tidak mendapat balasan
  14. Gila harta : Mementingkan atau mengejar harta dunia
  15. Gila pangkat : Orang yang selalu mengejar pangkat
  16. Golok kayu : Orang yang bodoh tetapi berlagak seperti orang yang pandai
  17. Gulung tikar : Berhenti membuat sesuatu pekerjaan kerana kerugian

H

  1. Habis akal :Tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi
  2. Halwa telinga : Sesuatu yang menyedapkan pendengaran
  3. Hampa tangan : Tidak membawa atau mendapat apa-apa
  4. Hancur hati : Sedih
  5. Hanyut diri : Sesat langkah
  6. Harga diri: Kehormatan diri; maruah
  7. Harga pokok : Harga asal sesuatu barang
  8. Harga mati : Harga yang tetap dan tidak boleh ditawar lagi
  9. Hati batu : Tidak menaruh belas kasihan
  10. Hati emas : Baik hati
  11. Hati tikus : Penakut
  12. Hentam keromo : Memukul atau mengkritik tanpa usul periksa
  13. Hidung belang : Lelaki yang suka mengganggu perempuan
  14. Hidung tinggi : Sombong atau bongkak
  15. Hilang akal : Tidak tahu apa yang harus dibuat lagi; agak kurang waras
  16. Hisap darah : Mengambil keuntungan yang berlebihan
  17. Hisap jari : Menunjukkan kekecewaan
  18. Hitam manis : Orang yang berkulit agak gelap tetapi cantik dipandang
  19. Hujan panas : Hujan tetapi matahari kelihatan bersinar

Di bawah adalah simpulan bahasa yang bermula daripada huruf I, G dan K

  1. Ibu angkat : Wanita yang dianggap seperti ibu sendiri oleh orang lain
  2. Ibu ayam : Perempuan yang memperdagangkan pelacur
  3. Ibu kandung : Ibu sendiri
  4. Ibu pertiwi : Tanah tempat tumpah darah
  5. Idah gelap : Pemberian tanda cinta tanpa bercadang untuk berkahwin
  6. Ikat perut : Menahan lapar kerana hendak berjimat
  7. Ikut telunjuk : Mengikut segala perintah orang
  8. Iri hati : Cemburu
  9. Isi rumah : Keluarga atau penghuni sesebuah rumah
  10. Jadi umang-umang : Suka memakai pakaian orang lain 2Jaga mulut : Berhati-hati dalam percakapan
  11. Jalan buntu : Tidak mendapat sebarang kata sepakat atau penyelesaian
  12. Janda berhias : Perempuan yang kematian suami dan belum disentuh oleh suaminya
  13. Jantung hati : Orang yang amat dicintai
  14. Jatuh hati : Jatuh cinta
  15. Jauh hati : Tersinggung atau merajuk
  16. Jejak-jejak bara : Hampir tercecah ke tanah
  17. Jinak-jinak merpati : Perempuan yang pada lahirnya mudah dipikat tetapi sebenarnya tidak semudah yang disangkakan
  18. Jiwa besar : Mempunyai cita-cita yang tinggi dan mulia
  19. Kaki ayam : Tidak memakai kasut
  20. Kaki bola : Orang yang sangat suka bermain atau menonton perlawanan bola sepak
  21. Kaki borak : Orang yang sangat suka berbual
  22. Kaki judi : Orang yang suka berjudi
  23. Kaki botol : Peminum arak
  24. Kacang hantu : Orang yang jahat
  25. Kaki lima : Kawasan laluan di hadapan kedai
  26. Kecil hati : Tersinggung
  27. Kepala angin : Orang yang mudah berubah perangainya
  28. Kepala batu : Tidak mahu mendengar nasihat
  29. Kera sumbang : Orang yang selalu mengasingkan diri daripada orang lain
  30. Kerang busuk : Tersengih-sengih dengan tidak menentu
  31. Keras kepala : Tidak mahu mengalah; degil
  32. Kerja tangan : Hasil kerja yang dibuat dengan tangan
  33. Kering darah : Terperanjat
  34. Ketam batu : Kedekut
  35. Khabar angin : Berita yang belum tentu sah kebenarannya
  36. Kucing kurap : Orang yang sangat hina dalam masyarakat
  37. Kuku besi : Memerintah dengan zalim
  38. Kutu embun : Orang yang suka berfoya-foya hingga larut malam

L

  1. Lancang mulut : Mudah mengeluarkan perkataan yang boleh menyakiti hati orang lain
  2. Langkah bendul :Adik perempuan berkahwin dahulu daripada kakaknya
  3. Langkah kanan : Untung
  4. Langkah kiri : Malang
  5. Langkah seribu : Cabut lari
  6. Lari anak : Berlari dengan langkah yang pendek; berlari perlahan
  7. Lebai malang : Orang yang selalu malang
  8. Lemah semangat : Orang yang mudah terperanjat
  9. Lepas tangan : Tidak masuk campur dalam sesuatu hal
  10. Lidah biawak : Percakapan yang selalu berubah-ubah
  11. Lidah beracun : Kata-kata yang menyakitkan hati
  12. Lintah darat : Orang yang sering mahu akan keuntungan yang tinggi
  13. Lipas kudung : Membuat kerja dengan cepat
  14. Loyar buruk : Orang yang membangkang sebab mencari kemenangan
  15. Lupa daratan : Lupa diri atau lupa akan asal usul

M

  1. Mabuk cendawan : Jatuh cinta
  2. Mahkota hati : Kekasih
  3. Makan angin : Pergi bercuti
  4. Makan gaji : Bekerja untuk mendapatkan upah
  5. Makan hati : Bersedih kerana perbuatan orang lain
  6. Makan suap : Menerima rasuah
  7. Malu-malu kucing : Pura-pura malu
  8. Mandi darah : Berlumuran darah
  9. Mandi kerbau : Mandi dengan tidak bergosok dan bersabun
  10. Masin lidah : Terbukti benar atau berlaku apa-apa yang diucapkan oleh seseorang
  11. Masuk jawi : Bersunat atau berkhatan
  12. Mata duitan : Terlalu tamak akan wang
  13. Mata keranjang : Lelaki yang suka melihat perempuan cantik
  14. Mati celik : Mati sebelum tercapai hajat atau cita-cita
  15. Mati katak : Kematian yang sia-sia
  16. Mengadu untung : Mencari rezeki
  17. Menjolok mata : Perbuatan yang keterlaluan
  18. Muka dua : Orang yang menyebelahi kedua-dua belah pihak
  19. Muka tebal : Tidak tahu malu
  20. Mulut manis : Lemah lembut tutur kata
  21. Mulut murai : Orang yang becok

N, O dan P

  1. Nafsu makan : Keinginan untuk makan (kemaruk)
  2. Naik angin : Meradang
  3. Naik kepala : Mengada-ngada
  4. Naik pelamin : Berkahwin
  5. Naik saksi : Menjadi saksi
  6. Nipis telinga : Lekas marah
  7. Nyawa-nyawa ikan : Hampir mati
  8. Orang atas : Orang yang berpangkat besar
  9. Orang bawah : Orang yang berpangkat rendah; orang biasa
  10. Otak cair : Orang yang pantas berfikir dan bijak
  11. Orang gaji : Orang yang diberi upah kerana bekerja di rumah
  12. Orang harapan : Orang yang dipercayai
  13. Orang rumah : Isteri
  14. Otak udang : Bodoh
  15. Panas hati : Marah dalam hati
  16. Panjang akal : Panjang tangan Suka mencuri
  17. Panjang umur : Hidup sangat lama
  18. Pasang badan : Berhias diri
  19. Pasang telinga : Mendengar dengan teliti
  20. Pasar gelap : Menjual barang-barang tanpa mengikut undang-undang
  21. Patah hati : Kecewa
  22. Patung bernyawa : Hidup tanpa cita-cita
  23. Payung mahkota : Raja yang memerintah
  24. Pecah tembelang : Terbuka rahsia
  25. Pekak badak : Betul-betul pekak; pura-pura tidak dengar
  26. Perang dingin : Perang yang belum menggunakan senjata
  27. Perang mulut : Bergaduh dengan menggunakan kata-kata yang kasar
  28. Pilih kasih : Berat sebelah
  29. Pisau cukur : Perempuan yang suka menghabiskan wang lelaki
  30. Puteri lilin : Gadis yang tidak tahan panas
  31. Putih hati : Jujur
  32. Putih tulang : Lebih baik mati

R, S, T 

  1. Rabun ayam : Kurang jelas atau kurang terang penglihatannya
  2. Raja sehari : Pengantin bahar
  3. Rambang mata : Sukar untuk memilih kerana semuanya cantik
  4. Retak tangan : Nasib badan
  5. Ringan mulut : Peramah; suka bercakap-cakap
  6. Ringan tangan : Suka mencuri; suka menolong
  7. Ringan tulang : Rajin bekerja
  8. Rosak nama : Hilang kehormatan
  9. Sakit hati : Berasa marah atau tersinggung kerana dihina atau ditipu
  10. Sampai hati : Tergamak atau tidak menaruh belas kasihan
  11. Sejuk hati : Tenang
  12. Senapang bambu : Orang yang nampaknya berbahaya tetapi sebenarnya tidak
  13. Senyum kambing : Senyum mengejek
  14. Serkap jarang : Menuduh tanpa usul periksa
  15. Setengah masak : Belum sempurna
  16. Tabir besi : Negara-negara blok Rusia
  17. Tahi judi : Orang yang suka berjudi
  18. Tajam akal : Pintar
  19. Tajam mulut : Suka mengeluarkan kata-kata yang pedas
  20. Talak tiga : Penceraian yang tidak boleh dirujuk lagi
  21. Tanda mata : Hadiah sebagai ingatan
  22. Tangan terbuka : Murah hati atau suka menolong
  23. Tangkai jering : Orang yang sangat kedekut
  24. Tangkap basah : Ditangkap semasa lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berdua-duaan di tempat yang sunyi dan terlindung
  25. Telinga kuali : Orang yang tahan hati walaupun dihina dan dicerca
  26. Telinga lintah : Tajam pendengaran
  27. Terang hati : Mudah mengerti
  28. Terbit keringat : Malu atau segan; bekerja bertungkus lumus
  29. Tiang kampung : Orang yang tertua di sesebuah kampung
  30. Tidur ayam : Tidur yang tidak nyenyak
  31. Tin kosong : Orang yang tidak berpelajaran tetapi bercakap besar
  32. Tipis harapan : Harapan yang sedikit untuk memperoleh sesuatu
  33. Tua keladi : Orang tua yang berkelakuan seperti orang muda
  34. Tulang belakang : Orang yang menjadi tunjang kekuatan atau harapan

U, W, Y dan Z

  1. Ubat basah : Berita yang tidak dipercayai orang
  2. Ukur jalan : Orang yang tidak mempunyai pekerjaan selain berjalan-jalan sahaja tanpa tujuan
  3. Undi sulit : Mengundi dengan tidak diketahui oleh orang lain
  4. Untung batu : Nasib malang
  5. Urut dada : Menahan perasaan
  6. Wang buta : Wang upah yang diberi kepada orang yang sudah bersara
  7. Wang hangus : Wang yang diberi oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan untuk perbelanjaan kahwin
  8. Wang sogok : Wang suap atau rasuah
  9. Yatim piatu : Orang yang tidak mempunyai ayah dan ibu
  10. Zaman atom : Zaman yang penuh dengan kemajuan
  11. Zaman batu : Zaman dahulu kala

Related : dipecah ruyung, negeri orang, dewan bahasa dan pustaka, orang bodoh, orang besar, berat sama dipikul ringan sama dijinjing, pangkal lengan, putih tulang dikandung adat mati dikandung tanah, rambut sama dipikul ringan sama dijinjing, awak yang keruh dan ambil yang jernih, awak yang jahat atau suka berfoya foya dengan perempuan silih berganti,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *