in

Laporan Audit 1MDB Bukan Lagi Rahsia (Baca Di Laman Web Jabatan Audit Negara)

Ringkasan Eksekutif Laporan Pengauditan 1MDB. Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad memaklumkan melalui satu kenyataan media pada 15 Mei 2018 bahawa Laporan Audit 1MDB berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini tidak lagi diklasifikasikan sebagai rahsia. Oleh itu, orang ramai yang ingin mengetahui rumusan dari laporan audit boleh mengakses laman web Jabatan Audit Negara di www.audit.gov.my.

Mengikut rekod, laporan audit 1MDB sebelum ini telah diklasifikasikan sebagai RAHSIA pada 22 Januari 2016 dan telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) pada 4 Mac 2016.

Laporan Audit 1MDB Bukan Lagi Rahsia (Baca Di Laman Web Jabatan Audit Negara)

Laporan Audit 1MDB Diklasifikasi Sebagai Dokumen Terbuka Semula

Laporan ini pasti ditunggu-tunggu oleh orang ramai kerana bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengesa orang ramai untuk menunggu laporan audit 1MDB susulan dakwaan berlakunya penyalahgunaan dana 1MDB pada 2015. Namun, ianya telah diklasifikasikan sebagai rahsia setelah laporan disiapkan.

Berikut dikongsikan kenyataan media Jabatan Audit Negara beserta dengan pautan untuk orang ramai membaca Ringkasan Eksekutif Laporan Pengauditan 1MDB yang kini bukan lagi rahsia.

Pengelasan Semula Dokumen Rahsia Rasmi Laporan Pengauditan 1MDB

Merujuk kepada Laporan Pengauditan 1MDB yang dikelaskan sebagai RAHSIA pada 22 Januari 2016 dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Amam Negara (PAC) pada 4 Mac 2016, adalah dimaklumkan bahawa laporan tersebut telah dikelaskan semula sebagai DOKUMEN TERBUKA dan Ringkasan Eksekutif mengenainya boleh dicapai di Portal Jabatan Audit Negara di www.audit.gov.my

Kenyataan Media

Laporan Audit 1MDB Bukan Lagi Rahsia

Untuk membaca laporan pengauditan 1MDB, anda boleh melayari Portal Jabatan Audit Negara di pautan berikut :-

Baca Laporan Audit 1MDB

Maklumat Laporan

Diantara maklumat yang terdapat dalam laporan adalah seperti berikut :-
  1. Pengenalan
  2. Objektif pengauditan
  3. Skop dan Metodologi pengauditan
  4. Pelaburan kumpulan 1MDB dan dalam kumpulan SRC
  5. Pelaburan dalam hartanah dan sektor tenaga Kumpulan 1MDB
  6. Kedudukan kewangan
  7. Tadbir urus korporat dan kawalan dalaman

Semoga dengan status Laporan Audit 1MDB yang kini Dokumen Terbuka membolehkan orang ramai mengetahui serba sedikit dengan isu kontroversi 1MDB yang masih belum terungkai lagi sehingga kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Senarai Buffet Ramadhan Selangor 2018 (Harga Dan Lokasi)

Senarai Buffet Ramadhan Selangor 2018 (Harga Dan Lokasi)

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2018 (Tamadun Awal Manusia)

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2018