Lirik Lagu Aku Negaraku Dan Video, lagu perhimpunan sekolah yang baru, aku negaraku, lirik aku negaraku, download lagu aku negaraku, lagu wajib perhimpunan,

Lirik Lagu Aku Negaraku (Lagu Wajib Perhimpunan Sekolah)

Hafal Lirik Lagu Perhimpunan Sekolah Dan Video Nyanyian. Hendak tahu lirik lagu Aku Negaraku? Lagu “Aku Negaraku” telah dipilih sebagai lagu wajib perhimpunan mingguan sekolah yang baru bermula dari tarikh 22 Mei 2017. Berikut dikongsikan lirik lagu Aku Negaraku termasuk video nyanyian serta link download untuk panduan guru dan juga pelajar.

Penambahan lagu Aku Negaraku sebagai lagu wajib adalah bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan Malaysia dikalangan rakyat Malaysia. Ianya merupakan sebahagian dari satu inisiatif program Negaraku yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lirik Lagu Aku Negaraku Dan Video

Lirik Lagu Aku Negaraku Dan Video Lagu Wajib Perhimpunan Sekolah

Lagu Aku Negaraku perlu dinyanyikan bersama lagu kebangsaan, negeri dan sekolah masing-masing sebagai lagu wajib perhimpunan mingguan sekolah. Aku Negaraku adalah sebuah lagu yang berentak kontemporari.

Lagu adalah ciptaan komposer Audi Mok dan lirik oleh Shazree Ishak. Lagu adalah nyanyian penyanyi Aizat Amdan Dan Suki.

Aku Negaraku

Ku sedar tanah air aku bertuah
Di sini tempatku berjasa
Ku sedar sempurna hidupku di sini
Malaysia ku terhutang budi

[Chorus]

Aku Negaraku
Aku Negaraku
Sememangnya Negaraku maju
Negaraku tanah tumpah darahku

Aku Negaraku

Di hatiku negaraku
Selamanya aku negaraku
Satu
Negaraku tanah tumpah darahku

Kita bersama membina masa depan

Semangat setinggi angkasa
Kita bersama bersyukur pada Tuhan
KepadaNYA kita berserah

Ulang [Chorus]

Ku laungkan namamu ke seluruh dunia
Malaysia aku bahagia

Ulang [Chorus]

Aku Negaraku

Download Lagu Aku Negaraku

Sila klik link untuk memuat turun lagu dalam pelbagai versi dan format seperti versi penuh, versi MP3 dan sebagainya:-

  1. Versi Penuh
  2. Instrumental
  3. MMO
  4. STEM BV
  5. STEM LV

Video Lagu Aku Negaraku

Berikut dikongsikan juga video lagu Aku Negaraku beserta lirik :-

Semoga perkongsian di atas boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk pelajar semua. Ingat buat semua, semangat patriotik amat penting dalam mewujudkan sebuah negara yang maju dan aman. Marilah sama-sama kita bersatu tidak kira agama dan bangsa untuk mewujudkan sebuah Negara Malaysia yang hebat.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *