in

APDM Online Login Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM

Perhatian kepada guru-guru dan kakitangan di sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan Aplikasi Pangkalan Data Murid bagi urusan data pelajar sekolah. Adakah anda merupakan administrator APDM yang dilantik pihak sekolah? Sekiranya ya, berikut dikongsikan panduan berkaitan cara Login APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM secara atas talian/ online untuk rujukan semua.

Ianya merupakan satu pangkalan data tunggal murid yang digunakan oleh semua aplikasi yang berasaskan data murid di KPM dan beberapa agensi awam. Selain itu, aplikasi ini merupakan modul pengurusan murid yang diakses oleh guru atau pegawai yang diturunkan tugas oleh pengetua atau guru besar untuk memasukkan segala data berkaitan murid seperti biodata, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan kehadiran murid-murid.

APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) KPM Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Aplikasi Pangkalan Data Murid untuk panduan guru dan kakitangan sekolah dalam memastikan data murid dikemaskini.

Cara Login APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid

Berikut adalah cara untuk mendaftar masuk ke Aplikasi Pangkalan Data Murid :-

  1. Sila layari Laman Web Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM untuk mendaftar masuk
  2. Masukkan Id Pengguna iaitu kod sekolah menggunakan hanya huruf besar dan tanpa jarak.
    • Contoh : ABC1234
  3. Kata Laluan : ####### (dicadangkan agar pengguna menukar katalaluan yang diberi oleh sistem (default password) selepas pertama kali login menggunakan menu ‘Tukar Katalaluan’ sebagai langkah keselamatan data.

Fungsi Aplikasi Pangkalan Data Murid

Berikut dikongsikan fungsi-fungsi yang digunakan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid :-

FUNGSI (LOGIN APDM)

FUNGSIKETERANGAN
eKehadiran
  • Pengguna boleh mencatat kehadiran murid ke sekolah samada hadir, hadir tetapi lewat, tidak hadir bersebab dan tidak hadir tanpa sebab.
  • Memaparkan laporan kehadiran murid ke sekolah mengikut bulan dan tahun
Borang Maklumat Murid
  • Antara maklumat yang diperlukan daripada murid adalah nama penuh, nombor my kid, warganegara, kaum, agama, alamat, jenis bantuan yang diterima dan lain-lain.
  • Data ini membantu murid dalam melayakkan diri menerima bantuan kewangan dan lain-lain. 

Untuk makluman, aplikasi ini digunakan untuk pelbagai urusan lain berkaitan maklumat murid di sekolah. Oleh Itu, berikut dikongsikan manual pengguna yang disediakan bagi urusan-urusan yang berkaitan :-

  1. Manual Penetapan Subjek
  2. Manual Penetapan Subjek Dual Language Programme (DLP)
  3. Kemaskini Nombor Kad Pengenalan Murid

Untuk panduan yang lebih jelas, sila rujuk infografik berikut :-

i) Kemaskini No KP Murid Bukan Warga

lohin apdm

login sistem apdm

ii) Kemaskini Maklumat Bantuan Murid

login apdm

iii) Manual Padam Murid

login apdm

Soalan Lazim (FAQ) Aplikasi Pangkalan Data Murid

Dibawah adalah soalan lazim mengenai Aplikasi Pangkalan Data Murid untuk rujukan :-

SOALAN LAZIM

ADMINISTRATOR LOGIN APDM 

No 1 Bagaimana mahu mendaftar guru kelas yang baru atau menukar guru kelas / mendaftar kelas baru atau mengemaskini nama kelas sediada?
  • Administrator sekolah boleh mendaftar guru kelas baru atau menukar guru kelas sediada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’.
  • Klik menu ‘Tambah Kelas’ sekiranya kelas masih belum wujud.
  • Klik menu ‘Kemaskini’ di kelas yang telah sediada sekiranya mahu mengemaskini / menukar guru kelas sediada.
  • Klik menu ‘Kemaskini’ di hujung nama kelas yang telah sediada sekiranya mahu mengemaskini nama kelas tersebut.
  • Apabila maklumat selesai dikemaskini klik menu ‘Kemaskini Maklumat Kelas’ untuk simpan makc
No 2 Bagaimana mahu padam/buang kelas sediada ?
  • Administrator sekolah boleh padam/buang kelas sediada dengan menggunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’
  • Sila pastikan kelas yang hendak di padam/buang tiada murid di dalam kelas tersebut kerana apabila kelas dipadam/buang, murid dalam kelas tersebut juga akan turut terpadam/buang. Oleh itu sila kemaskini kelas pelajar-pelajar ini melalui guru kelas menu ‘Data Murid’ dan ‘Kemaskini Kelas’. Kemudian baru padam/buang kelas tersebut
No 3 Bila  Administrator sekolah perlu mengesahkan semua data murid?
  • Dalam tempoh 1-7 haribulan setiap bulan. Selepas tarikh 7 haribulan, menu pengesahan akan dihilangkan dan akan wujud semula pada tarikh 1 haribulan bulan berikutnya. Pemantauan akan dilakukakan oleh PPD, JPN dan KPM untuk memastikan data murid yang terdapat dalam pangkalan data adalah terkini dan boleh digunakan oleh sistem KPM yang berkaitan dari masa ke semasa.
No 4 Bagaimana maklumat sekolah boleh dikemaskini?
  • Administrator sekolah boleh membuat mengemaskini maklumat sekolah.
  • Klik menu ‘Kemaskini’ di laman utama aplikasi.
  • Apabila maklumat selesai dikemaskini klik menu ‘Kemaskini Maklumat Sekolah’ untuk simpan maklumat.
No 5 Bolehkan Admin mendapatkan data murid sekolah saya ?
  • Ya boleh. Klik menu ‘Data Murid’. Kemudahan muat turun boleh didapati mengikut tahun / tingkatan. Sila klik ‘Muat Turun Excel’ di hujung nama tahun / tingkatan berkenaan. Data murid dan ibubapa akan dimuat turun kepada anda dalam format excel.

GURU KELAS

No 1 Bagaimana saya sebagai guru kelas mahu login ke dalam sistem 
  • Pastikan guru kelas telah didaftarkan oleh Aministrator terlebih dahulu.
  • Sila masukkan Id Pengguna : nokp guru (tanpa simbol sengkang @ dash. Contoh : 123456989123).
  • KataLaluan : #### (dicadangkan agar pengguna menukar katalaluan yang diberi oleh sistem (default password) selepas pertama kali login menggunakan menu ‘Tukar Katalaluan’ sebagai langkah keselamatan data.
No 2 Bagaimana mahu mendaftar murid / tambah rekod murid kerana berpindah masuk atau rekod belum wujud?
  • Semak sekiranya murid tersebut telah sediada dalam senarai murid kelas tersebut, klik nama murid. Profile murid dan profile ibubapa murid boleh dikemaskini.
  • Sekiranya murid tiada dalam senarai kelas klik ‘Daftar Murid” dan masukkan identiti murid samada nokp, no sijil lahir, no passport atau tiada dokumen.
  • Klik ‘Kemaskini Maklumat’ apabila selesai mengemaskini maklumat.
No 3 Bagaimana mahu mengemaskini maklumat murid?
  • Sekiranya murid tersebut telah sediada dalam senarai murid kelas tersebut, klik nama murid. Profile murid dan profile ibubapa murid boleh dikemaskini.
  • Sekiranya murid tiada dalam senarai kelas klik ‘Daftar Murid” dan masukkan identiti murid samada nokp, no sijil lahir, no passport atau tiada dokumen.
  • Klik ‘Kemaskini Maklumat’ apabila selesai mengemaskini maklumat.
No 4 Bagaimana mahu buang / padam rekod murid, kerana berpindah keluar atau rekod bertindih?
  • Semak nama murid dari dalam senarai murid kelas tersebut, klik ‘Padam’ di hujung nama murid tersebut.
  • Pilih sebab rekod murid tersebut mahu dipadamkan dari senarai murid kelas anda.
  • Apabila selesai memilih sebab padam, klik ‘Padam Murid’ untuk memadam rekod tersebut.
No 5 Bagaimana mahu tukar kelas murid kerana menyusunan semula kelas?
  •  Semak nama murid dari dalam senarai murid kelas tersebut, klik ‘Kemaskini Kelas’ di hujung nama murid tersebut.
  • Pilih kelas terkini murid tersebut dari pilihan kelas yang dipaparkan.
  • Apabila selesai memilih kelas, klik ‘Kemaskini’ untuk tukar kelas murid dan ‘Batal’ untuk batalkan pilihan.

Untuk mendapatkan soalan lazim yang lengkap, sila layari pautan :- FAQ

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang masalah, anda boleh menghubungi Aplikasi Pangkalan Data Murid pada:

Diharap perkongsian Login Aplikasi Pangkalan Data Murid Online KPM dapat membantu semua terutamanya guru dan kakitangan sekolah dalam memastikan maklumat murid dikemaskini dengan tepat.

Related search : peringkat sekolah pejabat pendidikan daerah semasa ke semasa id pengguna kod sekolah mengendalikan data murid apdm kehadiran jabatan pendidikan negeri

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Semakan Dana Inspirasi Malaysia 2020 (Semak Status Online)

Permohonan Bantuan RM600 PERKESO Secara Online (Program ERP)