Perhatian buat kakitangan kerajaan atau penjawat awam di kementerian dan juga jabatan pelbagai sektor. Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia atau lebih dikenali sebagai HRMIS kini telah ditambah baik dengan pengenalan HRMIS 2.0. Ianya adalah sebuah portal yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi membantu melancarkan pengurusan berkaitan Penjawat Awam dengan lebih sistematik dan berintegriti. Pasti ramai yang ingin mengetahui cara untuk login HRMIS 2.0, justeru akan dikongsikan tatacaranya seperti di bawah.
Pelaksanaan Projek HRMIS di Malaysia melibatkan dua fasa. Fasa pertama bermula sejak 12 April 1999 adalah fasa pembangunan dan pelaksanaan aplikasi HRMIS bagi 10 agensi perintis dan tamat pada 30 September 2004. Setelah itu fasa kedua diteruskan dengan diperluaskan pelaksanaannya kepada seluruh agensi sektor awam. HRMIS 2.0 telah dilancarkan pada 25 Mac 2015 dan kini boleh diakses melalui pautan seperti yang disediakan.
Sebagai makluman, sistem HRMIS digunapakai dan boleh diakses oleh semua kakitangan penjawat awam kecuali mereka yang berkhidmat di Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). PDRM dan ATM mempunyai sistem mereka tersendiri yang diurus tadbir oleh mereka sendiri.
Cara Login HRMIS 2.0 Secara Online Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia
Berikut adalah cara-cara untuk login masuk ke sistem HRMIS 2.0 Online iaitu Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia bagi penjawat awam di Malaysia. Dikongsikan juga maklumat lain yang berkaitan sebagai rujukan semua.
Aplikasi HRMIS 2.0 Online
Sistem HRMIS boleh diakses menggunakan dua kaedah iaitu melalui peranti komputer atau laman sesawang rasmi dan juga melalui peranti telefon pintar iaitu myHRMIS Mobile yang boleh dimuat turun seperti di bawah:
- Aplikasi HRMIS 2.0 : https://www.eghrmis.gov.my/
- myHRMIS Mobile : MyHRMIS (Google Playstore) , MyHRMIS (iOS Appstore)
Cara Login Masuk Ke Sistem HRMIS 2.0 Online
Berikut adalah tatacara untuk login masuk ke sistem HRMIS 2.0 online beserta gambar sebagai rujukan semua:
1. Layari pautan HRMIS 2.0 yang disediakan seperti di atas
2. Klik pada ikon Aplikasi HRMIS 2.0
3. Tiba di laman login, isikan tempat kosong dengan ID Pengguna HRMIS
4. Masukkan juga Kata Laluan HRMIS dan klik Hantar
Nota
Dasar Keselamatan ICT telah membuat keputusan supaya kata laluan HRMIS:
- a) Sekurang-kurangnya mengandungi 12 aksara
- b) Mengandungi huruf dan nombor
- c) Mengandungi aksara khas (cth, @)
- d) Mengandungi huruf besar dan huruf kecil
Dipohon kerjasama semua pengguna HRMIS untuk kemaskini kata laluan supaya mematuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas
5. Pengguna akan dibawa ke Laman Utama HRMIS 2.0 seperti di bawah:
6. Daripada pelbagai pilihan yang disediakan, pilih salah satu submodul yang ingin diakses. Antara fungsi yang disediakan HRMIS 2.0 termasuklah:
- Pengurusan Cuti
- Pengurusan Gaji
- Pengurusan Perubatan
- Pengurusan Persaraan
- Pengurusan Pertukaran
7. Setelah tiba di laman fungsi tertentu HRMIS 2.0, gunakan navigasi di bahagian kiri untuk beralih ke mana-mana submodul atau fungsi lain.
*Nota: Sila pastikan pengguna menggunakan pelayar atau peranti yang sesuai dengan sistem HRMIS 2.0 seperti ketetapan berikut:
Sekiranya pengguna menghadapi sebarang masalah, bolehlah merujuk kepada manual penggunaan HRMIS seperti pautan berikut:
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan Login HRMIS 2.0 Online Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia, rujuk butiran yang disediakan di bawah:
No. Tel
- 03-83211400
E-mel
- hrmis_helpdesk@jpa.gov.my (Sistem Pengurusan Meja Bantuan)
Semoga perkongsian maklumat berkaitan Login HRMIS 2.0 Online Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia ini dapat memberi manfaat buat semua khususnya para penjawat awam. Diharapkan agar sistem ini dapat melancarkan dan mempermudahkan urusan kakitangan kerajaan sekaligus menyumbang kepada suasana pekerjaan yang produktif dan efisien.