in

Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Cara Login SAPS NKRA. SAPS Ibu Bapa? Perhatian buat Ibu bapa dan penjaga dalam membuat semakan keputusan ujian dan peperiksaan secara online. Anda kini boleh Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dalam menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui SAPS NKRA.

Sistem SAPS akan memaparkan slip keputusan peperiksaan pelajar dan markah termasuk gred dan kedudukan dalam kelas. Semakan keputusan peperiksaan boleh dibuat untuk sekolah rendah iaitu Darjah 1 hingga Darjah 6. Untuk sekolah Menengah, semakan disediakan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS NKRA)

Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar menggunakan Sistem SAPS NKRA Ibu Bapa dan Guru. Keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah seperti berikut :-

  1. Ujian 1 dan Ujian 2
  2. Peperiksaan Pertengahan Tahun
  3. Peperiksaan Akhir Tahun
  4. Trial Exams (Peperiksaan Percubaan) untuk UPSR, PT3 dan SPM

Keputusan penuh peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM walau bagaimanpun tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS.

Semakan Keputusan Peperiksaan Dan Key-In Markah Pelajar Di Sistem SAPS NKRA

Berikut dikongsikan cara mudah dan senang dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa secara online ataupun key-in markah pelajar untuk guru:-

Sila layari laman web SAPS NKRA untuk akses ke menu utama key-in markah pelajar. Untuk semakan SAPS Ibu Bapa sila klik https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Login SAPS LANGKAH 1 : CARIAN MURID

  • SILA MASUKKAN NOMBOR SIJIL LAHIR / KAD PENGENALAN PELAJAR (TANPA “-” atau “SPACE”)

Login SAPS LANGKAH 2 : CARIAN SEKOLAH

  • SILA MASUKKAN MAKLUMAT SEKOLAH PELAJAR, SEKOLAH TERKINI ATAU SEBELUM INI
  • Negeri :  Nama Sekolah

Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS Tahun 2018

Untuk mendapatkan keputusan peperiksaan terkini yang telah diupdate, sila pastikan semakan dibuat selepas markah selesai diisi. Berikut dikongsikan Tarikh Markah Peperiksaan dalaman SAPS 2018 di key ini oleh guru untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Tarikh Kemasukan Markah ujian/ peperiksaan dalaman ini ada memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir key in markah.

  • Takwim kemasukan markah peperiksaan dalam SAPS klik SAPS 2018

Tahun 2017

Login Saps Sistem analisis peperiksaan sekolah

Peperiksaan Pertengahan Tahun

  • Tahun 6/ Tingkatan 5 : 18 Mei 2017 (Tarikh Mula) dan 16 Jun 2017 (Tarikh akhir)

Peperiksaan Percubaan

  • Tahun 6 : 20 Julai 2017 (Tarikh Mula) dan 18 Ogos 2017 (Tarikh akhir)
  • Tingkatan 5 : 25 Ogos 2017 dan 6 Oktober 2017

Peperiksaan Akhir Tahun

  • Tahun 5/ Tingkatan 4 : 2 November 2017 dan 24 November 2017

Nota Penting Login SAPS

Tarikh yang sama boleh digunapakai bagi tahun 1 hingga 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing

Moga Sistem SAPS NKRA yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan ini akan memudahkan ibubapa. Moga Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dapat membantu Ibu Bapa dalam meningkatkan lagi prestasi akademik anak-anak mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan UPU 2019 Online Kemasukan Ke UA Politeknik ILKA

Permohonan UPU 2019-2020 Online UA Politeknik ILKA

check result keputusan muet sesi 1 mac 2018 online

Semakan Keputusan MUET Mac 2018 Sesi 1 Online