in

Lokasi Kamera AES/ AwAS Terkini Di Malaysia

Senarai Lokasi Kamera AES/ AwAS Terkini Di Malaysia. Pasti ramai pengguna jalanraya yang ingin mengetahui senarai lokasi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) terkini di Malaysia? Pemasangan kamera AES (AES Camera) adalah dikawasan/ lokasi yang kerap berlaku kemalangan. Ianya bertujuan untuk mengurangkan kes kemalangan. Buat semua, berikut dikongsikan Senarai Lokasi Kamera AES Terkini Di Malaysia untuk panduan pengguna semasa memandu terutama perjalanan jauh di Lebuhraya.

Sistem Awas telah diperkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam membantu mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya yang hanya melibatkan kesalahan had laju dan pelanggaran isyarat lampu merah.

  • Cara semak saman Trafikk PDRM, JPJ dan AES secara online/ SMS klik Check Summons

Lokasi Kamera AES Terkini Di Malaysia

Apa itu AES – Automated Enforcement System?

AES ialah suatu kaedah penguatkuasaan peraturan dan undang-undang lalulintas secara automatik yang beroperasi 24 jam tanpa henti walau dalam apa jua keadaan cuaca.

Bagaimana AES beroperasi?

AES beroperasi dengan pemasangan kamera automatik di lokasi-lokasi tertentu seperti jalanraya, lebuhraya dan persimpangan lampu isyarat. Kamera akan menangkap gambar kenderaan yang melakukan kesalahan dan dihantar ke pusat kawalan AES. JPJ akan mengesahkan kesalahan dan butiran pemilik kenderaan dan seterusnya mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan.

Senarai Lokasi Kamera AES Terkini Di Malaysia (Lebuhraya Dan Lampu Isyarat)

Berikut adalah senarai 45 lokasi kamera AES di Lebuhraya dan persimpangan lampu isyarat meliputi 29 lokasi hadlaju dan 16 lokasi lampu isyarat.

LOKASI KAMERA AES/ AWAS (HADLAJU)

LokasiPenguatkuasaan
1. KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (Aarah Kuala Terengganu)Had laju 110 KM/J
2. KM 151.4 Lebuhraya PLUS (Arah utara)Had laju 110 KM/J
3. KM 18 Lebuhraya Guthrie (Arah utara)Had laju 110 KM/J
4. KM 28.4 Lebuhraya ELITE (Arah utara)Had laju 110 KM/J
5. KM 1 Lebuhraya PLUS (Arah utara)Had laju 110 KM/J
6. KM 21 Lebuhraya LEKAS (Arah utara)Had laju 110 KM/J
7. KM 184.2 Lebuhraya PLUS (Arah utara)Had laju 110 KM/J
8. KM 185 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)Had laju 110 KM/J
9. KM 21 Lebuhraya LEKAS (Arah selatan)Had laju 110 KM/J

10. KM 1 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)

Had laju 110 KM/J

11. KM 17 Lebuhraya ELITE (Arah selatan)Had laju 110 KM/J
12. KM 18 Lebuhraya Guthrie (Arah selatan)Had laju 110 KM/J
13. KM 146.8 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)Had laju 110 KM/J
14. KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (Arah Kuala Lumpur)Had laju 110 KM/J
15. KM 214.4 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)Had laju 110 KM/J
16. KM 97.2 Lebuhraya PLUS (Arah utara)Had laju 110 KM/J
17. KM 299.9 Lebuhraya PLUS (Arah utara)Had laju 110 KM/J
18. KM 204.6 Lebuhraya PLUS (Arah utara)Had laju 110 KM/J
19. KM 174 Lebuhraya PLUS (Arah utara)Had laju 110 KM/J

20. KM 6.6 Lebuhraya SKVE

Had laju 80 KM/J

21. KM 1.6 Lebuh Sentosa, WP PutrajayaHad laju 70 KM/J
22. KM 17 Jalan Gua Musang-Kuala KraiHad laju 90 KM/J
23. 301.6 KM Lebuhraya PLUS (Arah utara)Had laju 90 KM/J
24. KM 328.8 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)Had laju 110 KM/J
25. KM 166 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)Had laju 110 KM/J
26. KM 375.9 Lebuhraya PLUS (Arah utara)Had laju 110 KM/J
27. KM 96.3 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)Had laju 110 KM/J
28. KM 214.4 Lebuhraya PLUS (Arah utara)Had laju 110 KM/J
29. KM 85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (Sungkai)Had laju 90 KM/J

Berikut adalah 16 lokasi kamera AES/ AwAS iaitu jenis penguatkuasaan lampu isyarat (Traffic lights).

LOKASI KAMERA AES/ AWAS (LAMPU ISYARAT)

LokasiJenis Penguatkuasaan
1. Jalan Klang Lama, Kuala LumpurLampu isyarat
2. KM 26 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar (Sungai Siput)Lampu isyarat
3. KM 1 Jalan Gurun-Sik (Arah Sik)Lampu isyarat
4. KM 36 Jalan Alor Setar-ButterworthLampu isyarat
5. KM 4 Jalan Sitiawan-Lumut (Arah Lumut)Lampu isyarat
6. KM 11 Jalan Sitiawan-IpohLampu isyarat
7. KM 116 Ipoh-Kuala Lumpur (Arah Ipoh)Lampu isyarat
8. KM 116 Ipoh-Kuala Lumpur (Arah Kuala Lumpur)Lampu isyarat
9. KM 4 Jalan Setiawan-Lumut (Arah Setiawan)Lampu isyarat

10. KM 54 Jalan Alor Setar-Butterworth

Lampu isyarat

11. KM 1 Jalan Gurun-Sik (Arah Sik)Lampu isyarat
12. Jalan Pasir Putih, IpohLampu isyarat
13. Jalan Ipoh, Kuala LumpurLampu isyarat
14. KM 14 Jalan Ipoh-Pusing (Arah Sitiawan)Lampu isyarat
15. KM 8 Jalan Teluk Intan-Hutan MelintangLampu isyarat
16. KM 38 Jalan Ipoh-Kampar (Arah Ipoh)Lampu isyarat

Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA)

Bermula dari 20 Julai 2018, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menguatkuasakan sepenuhnya Sistem Mata Demerit bagi 23 kesalahan terjadual yang terdapat di dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Mata Demerit) 2017. Untuk kesalahan AWAS, penguatkuasaan sistem mata demerit walaubagaimanapun akan hanya bermula pada 1 September 2018.

Di bawah undang-undang sistem demerit, mana-mana pemandu yang telah disabitkan ke atas mana-mana kesalahan terjadual di mahkamah atau telah dikompaun bagi mana-mana kesalahan terjadual dan telah membayar kompaun itu, akan diberikan mata demerit seperti yang dinyatakan dalam grafik di bawah ini.

Lokasi Kamera AES/ AwAS Terkini Di Malaysia

Semoga perkongsian Senarai Lokasi Kamera AES/ AwAS Terkini Di Malaysia bermanfaat buat semua. Marilah sama-sama kita memandu secara berhemah bukan sahaja di lokasi yang disenaraikan malah ketika memandu di jalan raya secara umumnya. Hati-hati memandu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Senarai Kolej KKM Kementerian Kesihatan Malaysia

Senarai Kolej KKM Kementerian Kesihatan Malaysia

semakan no plat terkini online

Semakan No Plat Terkini JPJ Online 2019