in

Permohonan Pengeluaran ASB Secara Online

Pengeluaran Pelaburan Melalui MyASNB. Perhatian kepada pemegang unit saham, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan pengeluaran ASNB secara online? ASNB telah membolehkan pemegang unit mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana unit amanah ASNB termasuk Amanah Saham Bumiputera ASB dan ASN kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2 menerusi portal dan aplikasi myASNB. Berikut adalah panduan Permohonan Pengeluaran ASB Secara Online untuk rujukan semua.

Kini, kebanyakan urusan boleh dilakukan secara atas talian melalui portal rasmi myASNB. Ia adalah platform dalam talian yang mudah dan selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan serta melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa. Oleh itu, bagi menggunakan portal myASNB anda perlu mendaftar terlebih dahulu dan melakukan kemaskini nombor telefon di mana-mana cawangan atau ejen ASNB.

Permohonan Pengeluaran ASB

Permohonan Pengeluaran ASB Online Melalui Portal & Aplikasi MyASNB

Di bawah adalah maklumat berkaitan permohonan pengeluaran ASB secara Online. Kemudahan baru ini diharapkan dapat memudahkan pemegang unit saham amanah yang terkesan akibat wabak COVID-19.

Cara Mohon Pengeluaran ASB Secara Online

Pemohon boleh menggunakan dua platform untuk membuat pengeluaran iaitu:

Langkah-Langkah Pengeluaran Duit ASB

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk membuat transaksi pengeluaran daripada unit amanah anda:
No 1 Log masuk ke akaun myASNB
No 2 Tekan Portfolio, kemudian klik Transaksi pada unit amanah yang dikehendaki
No 3 Pilih Jualan Balik. sila pastikan maklumat bank anda betul dan klik Seterusnya
No 4 Baca, kemudian tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya
No 5 Masukkan amaun, tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya
No 6 Semak Butiran Bank Anda di notifikasi dan klik Teruskan
No 7 Tekan permintaan TAC, isi dan klik Seterusnya

Wang akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit masing-masing tanpa sebarang caj. Anda akan menerima wang pada hari berikutnya setelah permohonan berjaya dibuat mengikut waktu urus niaga myASNB.

Maklumat Pengeluaran Duit ASB

Untuk makluman, berikut adalah had pengeluaran minimum dan maksimum yang ditetapkan oleh ASB:

Had Maksimum Pengeluaran ASB

RM 500 sebulan
No 1 Terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit
No 2 Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100
No 3 Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan
No 4 Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja

Sehubungan dengan had pengeluaran maksimum RM500 sebulan adalah satu jumlah yang memadai sebagai sumber kewangan segera pada waktu memerlukan. Sekiranya ingin mengeluarkan wang dalam jumlah lebih besar, pemegang unit boleh berbuat demikian di Cawangan atau Ejen ASNB.

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi

Selain di Portal MyASNB, anda juga boleh melabur dengan seperti biasa menerusi:-

  • 30 Cawangan ASNB di seluruh negara
  • Ejen ASNB seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, Pos Malaysia, BSN, Ambank dan Affinbank; dan
  • Perbankan Internet – Maybank2u, CIMBClicks, AffinOnLine dan RHBNow

Semoga perkongsian berkenaan Permohonan Pengeluaran ASB Secara Online dapat memberi manfaat kepada pemegang-pemegang unit yang terkesan pada waktu yang memerlukan ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

panduan lengkap cara solat tarawih bersendirian dan berjemaah

Cara Solat Tarawih Bersendirian Dan Berjemaah Panduan Dari JAKIM

Gerak Malaysia Permohonan Pulang Dari Kampung Ke Rumah Sendiri