in

Niat Ganti Puasa Ramadhan Dan Puasa 6 Syawal

Bulan Ramadhan yang mulia bakal tiba tidak lama lagi. Kepada mereka yang masih belum menggantikan puasa yang tertinggal, berikut dikongsikan cara lafaz niat ganti puasa Ramadhan buat panduan bersama. Juga dikongsikan niat puasa sunat 6 Syawal (berpuasa enam hari). Waktu Qadha Puasa bulan Ramadhan adalah selepas bulan Ramadhan sehingga sebelum kadatangan bulan Ramadhan yang berikutnya.

Puasa ganti atau puasa qadha adalah puasa yang dikerjakan dalam menggantikan (membayar) kembali puasa bulan Ramadhan (Puasa Wajib) mengikut jumlah bilangan hari yang ditinggalkan atas sebab-sebab yang tertentu. Walau bagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa/ waktu yang dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari raya.

Niat Ganti Puasa Ramadhan Dan Puasa 6 Syawal
Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadhan (Qadha) Dan Puasa Sunat 6 Syawal

Menunaikan Puasa ganti (Puasa Ramadhan) boleh dilakukan oleh umat Islam sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang, namun sebaik-sebaiknya elakkan daripada bertangguh. Sebagai peringatan bersama, orang yang mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ianya wajib qada’ dan membayar fidyah.

Hukum Ganti Puasa Ramadhan

Menggantikan puasa Ramadhan hukumnya adalah wajib. Tidak kiralah samada membatalkan puasanya kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran.

Fidyah

Fidyah adalah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan  Ramadhan.

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.Maklumat lanjut berkaitan fidyah termasuk tafsiran, kadar dan kiraan boleh dirujuk di PPZ Pusat Pungutan Zakat MAIWP.

Cara Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadhan

نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى

Bahasa Rumi: Nawaitu sauma ghodin an’ qada’e fardhu ramadhana lillahi taala

Maksud: Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala

niat puasa ganti ramadhan

Doa Ketika Berbuka Puasa

doa ketika berbuka puasa

Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

Ibadah Puasa Enam Di Bulan Syawal

Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal. Ianya amalan sunat dan amalan yang afdhal dikerjakan secara berturut-turut dari awal bulan syawal iaitu bermula dari 2 syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut.

Puasa sunat enam hari ini sangat besar fadhilat serta ganjarannya, Diriwayatkan dari Abu Ayyub al-Anshari, beliau telah berkata bahawasanya Rasulullah saw. bersabda:

“Barang siapa berpuasa Ramadhan dan meneruskannya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, bererti dia telah berpuasa satu tahun.”

(HR. Imam Muslim dan Abu Dawud). Dan masih hadits yang sama dengan perawi lain. (HR. Ibn Majah).

Dalam hadis tersebut diterangkan, bahawa pahala orang yang berpuasa Ramadhan dan 6 hari di bulan Syawal sama pahala dengan puasa setahun. Kerana satu pahala kebaikan nilainya sama dengan sepuluh kali kebaikan (QS. Al-An’ am:160). Jika satu kebaikan dihitung sepuluh pahala, bererti puasa Ramadhan selama satu bulan dihitung sepuluh bulan. Dan puasa enam hari di bulan Syawal dihitung dua bulan. Jadi jumlahnya adalah satu tahun.

Sebahagian ulama memperbolehkan tidak harus berturut-turut enam hari, namun pahalanya sama dengan yang melaksanakannya secara langsung setelah Hari Raya. Puasa Syawal juga boleh dilakukan di pertengahan atau di akhir bulan Syawal.

Hikmah disyari’atkannya puasa enam hari di bulan Syawal adalah sebagai pengganti puasa Ramadhan yang dikhuwatirkan ada yang tidak sah. serta untuk mengawal perut kita setelah sebulan penuh melaksanakan puasa, kemudian diberi kesempatan luas untuk makan dan minum. Lebih dari itu, puasa Syawal adalah ibadah sunnah Nabi SAW yang sangat dianjurkan oleh ajaran agama kita.

Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal

Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan.

Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya.

Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Lafaz Niat Puasa Sunat Enam (6) Syawal

“Daku berniat puasa hari esok dari enam hari bulan Syawal, sunat kerana Allah Taala”

niat puasa enam syawal

Bolehkah Niat Puasa Ganti Dan Puasa Enam Serentak?

Dipetik dari sumber Mufti WP, :-

Mengikut pendapat yang muktamad, afdhal seseorang itu menjadikan puasa qadha berasingan dengan puasa 6 pada bulan syawal.

Namun begitu, menyatukan puasa qadha dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif.

Namun begitu, menyegerakan qadha puasa itu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak.

Semoga perkongsian Niat Ganti Puasa Dan Puasa 6 Syawal bermanfaat buat semua.

Related search : berpuasa sepanjang tahun, puasa ramadan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

pengambilan kadet akademi laut malaysia (Alam)

Permohonan Akademi Laut Malaysia (ALAM) 2020 Online

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Malaysia

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2020 Malaysia