Niat Puasa Bulan Rejab Dan Tarikh, Tarikh berpuasa bulan Rejab tahun 2024 Masihi 1445 Hijrah & niat yang betul seperti digariskan oleh JAKIM

Niat Puasa Bulan Rejab Dan Tarikh

Niat Puasa Rejab Dan Tarikh 1 Rejab 1445H/ 2024M. Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi. Selepas bulan Rejab, ianya akan diikuti oleh Bulan Syaaban dan kemudiannya bulan Ramadhan. Berikut dikongsikan tarikh berpuasa Bulan Rejab buat panduan semua. 1 Rejab 1445H akan jatuh pada hari Sabtu, 13 Januari 2024.

Rejab adalah salah satu bulan yang termasuk dalam bulan-bulan haram dalam Islam. Kerana pada bulan ini antaranya diharamkan peperangan.Bulan Rejab. Kemuliaan Rejab adalah dengan malam Israk Mikraj, Sya’ban dengan malam Nisfyu Syaaban dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

Tarikh Dan Niat Puasa Sunat Bulan Rejab

Tarikh 1 Rejab Dan Niat Puasa Bulan Rejab

Bulan Rejab merupakan bulan ketujuh dalam tahun Hijrah dan memiliki keutamaan yang penting dalam Islam. Bulan ini juga dipanggil sebagai bulan Mikraj kerana pada bulan ini terdapat Peristiwa Israk dan Mikraj. Oleh itu, agama Islam menuntut umatnya untuk menghidupkan bulan ini dengan amalan-amalan ibadat.

Selain peristiwa di atas, diantara peristiwa penting lain dalam bulan ini adalah kelahiran dan kematian Imam Syafie, Hijrah Pertama ke Habsyah, Perang Tabuk, Kajatuhan Khilafah Uthmaniah dan Pembebasan Kedua Baitulmaqdis.

Diantara kelebihan bulan Rejab adalah :-

-Ianya adalah bulan Allah SWT

-Ianya adalah bulan untuk bertanam dengan amal soleh agar Allah SWT merahmati kita

-Bulan Istighfar kerana dengan Istighfar ia akan menyelamatkan kita dari api neraka

Lafaz Niat Puasa Rejab

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan dengan puasa Rejab termasuk tarikh dan niat puasa Rejab buat panduan semua.

  • Tarikh : 1 Rejab 1445H bersamaan dengan hari Sabtu, 13 Januari 2024
  • Berdasarkan kepada tarikh yang dikeluarkan oleh JAKIM

Niat

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ فِى شَهْرِ رَجَبِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى

Nawaitu Sauma Ghodin Fii Syahri Rajabi Sunnatan Lillahi Taala

“Sahaja Aku Berpuasa Sunat Esok Hari Dalam Bulan Rejab Kerana Allah Taala”

Doa Bulan Rejab

doa bulan rejab

Amalan Di Bulan Rejab

Menjadi amalan kebanyakan umat Islam untuk menghidupkan bulan Rejab dengan pelbagai amalan seperti puasa bulan Rejab. Namun, tiada amalan khas yang mesti dilakukan oleh umat Islam pada bulan Rejab. Bagaimanapun, kita disarankan untuk memperbanyakkan ibadah yang bertepatan dengan syariat dan sama seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Jika tidak, amalan tersebut akan sia-sia dan tidak diterima ALLAH SWT.

Sesetengah umat Islam akan berpuasa pada Rejab sepenuhnya atau sebahagiannya dan mereka menganggap puasa ini mempunyai kelebihan yang khusus.

Sebenarnya, tidak ada satu pun hadis sahih yang menjelaskan tentang kekhususan bulan-bulan haram dengan berpuasa sunat. Kalau pun ada, hadis itu adalah dhaif dan palsu. Demikian pula, tidak ada dalil yang sahih perihal puasa khusus pada bulan Rejab, atau yang menunjukkan keutamaan tertentu jika berpuasa di dalamnya.

Hadis Palsu

“Semua hadis yang menyebutkan keistimewaan berpuasa pada bulan Rejab adalah dhaif bahkan palsu. Tidak ada satu pun hadis yang boleh dijadikan sandaran bagi para ulama.”

Yang ada cuma ia bulan haram dan digalakkan berpuasa pada bulan haram. Namun puasa itu boleh dilakukan bila-bila sahaja dalam bulan Rejab. Tidak ditentukan hari-hari tertentu. Demikian yang disebut oleh Ibn Hajar al-Asqalani.

” لم يرد في فضل شهر رجب ولا في صيامه ولا صيام شيء منه معين ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه حديث صحيح يصلح للحجة “

Maksudnya: Tidak ada hadis sahih yang boleh dijadikan hujah tentang kelebihan bulan Rejab, begitu juga (tidak ada riwayat) tetang berpuasa padanya, dan berpuasa mana-mana hari daripadanya secara khusus, begitu juga tentang menghidupkan malam tertentu padanya.

Namun, Islam tidak pernah melarang umatnya untuk berpuasa sunat selain puasa di bulan Ramadan. Oleh itu, syariat sudah menetapkan puasa-puasa seperti puasa enam hari dalam Syawal, puasa Muharam, puasa hari-hari Putih, Puasa Hari Arafah 9 Dzulhijjah, puasa Hari Asyura 10 Muharam, puasa Isnin dan Khamis, puasa Nabi Daud AS.

Sebagai umat Islam yang cintakan Rasulullah SAW dan ingin mendapatkan reda ALLAH SWT dalam beribadah, beribadahlah seperti mana yang telah Rasulullah SAW ajarkan dan tinggalkan apa yang tidak pernah diamalkan.

Facebook Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith dan Sumber

Isu Puasa Israk Mikraj

Israk Mikraj pada tahun 2023 akan jatuh pada hari Sabtu, 18 Februari 2023 bersamaan dengan 27 Rejab 1444H. Berikut dikongsikan jawapan daripada Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) di Twitter rasmi beliau berkaitan puasa Israk Mikraj :-

Ramai yg bertanya isu puasa sunat Isra’ Mi’raj. Puasa 27 Rejab tidak dianggap termasuk dalam puasa-puasa sunat yang dituntut kecuali ia berlaku pada hari Isnin atau hari Khamis

puasa sunat israk mikraj jawapan dr zul mufti wp

Semoga perkongsian di atas bermanfaat buat semua. Adalah diingatkan mereka yang masih belum habis melunaskan hutang puasa, cepat-cepatlah berbuat demikian. Selamat berpuasa.

Related : ر ج ب س
niat puasa sunat bulan rejab
lihat lathaif al ma arif
nawaitu sauma ghadin fi syahri rojabi sunnatan lillahi ta ala
nawaitu sauma ghodin fii syahri rojabi sunnatan lillahi ta ala
berbanding bulan untuk bercucuk tanam bulan, kelebihan puasa

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *