Niat Puasa Asyura Dan Tasu'a 9 & 10 Muharram. Bacaan niat puasa sunat dalam rumi dan arab beserta maksud dan tarikh di malaysia..

Niat Puasa Asyura Dan Tasu’a Bulan Muharram (Tarikh Di Malaysia)

Tarikh Dan Niat Puasa Hari Asyura Dan Tasu’a Bulan Muharram 2023/ 1445H. Bagaimanakah lafaz niat puasa sunat Bulan Muharram? Berikut dikongsikan Niat Puasa Sunat Bulan Muharram iaitu niat puasa sunat Hari Asyura Dan Tasu’a  iaitu 9 dan 10 Muharram sebagai panduan buat umat Islam semua. Bulan Muharram adalah bulan pertama dalam Kalendar Islam.

Satu amalan yang amat dianjurkan bagi kita melaksanakannya pada bulan Muharram adalah puasa sunat pada 10 Muharam. Ia juga disebut puasa Hari Asyura. Tahun ini tarikh itu jatuh pada hari Jumaat, 28 Julai 2023. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah SAW. bersabda, maksudnya:

“Berpuasalah kamu pada hari `Asyura’ dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.”

Niat Puasa Sunat Hari Asyura Dan Tasu'a Bulan Muharram

Tarikh Dan Niat Puasa Hari Asyura Dan Tasu’a Bulan Muharram

Puasa Asyura’ merupakan berpuasa pada 10 Muharram dan ia termasuk di dalam kategori puasa-puasa sunat yang amat digalakkan. Ini kerana, fadhilat atau kelebihannya cukup besar iaitu diampunkan dosa setahun yang sebelum.

Berikut adalah tarikh puasa sunat bulan Muharram iaitu hari Tasu’a dan Hari Asyura tahun 2023 bersamaan dengan tahun 1445 Hijriah.

Antaranya kelebihan berpuasa sunat Hari Asyura seperti diriwayatkan oleh Qatadah yang bermaksud:

Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari asyura, lalu nabi SAW menjawab: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Riwayat al-Tirmizi).

Khamis: 27 Julai 2023

  • Puasa Sunat 9 Muharam (Tasu’a)

Jumaat: 28 Julai 2023

  • Puasa Sunat 10 Muharram (Asyura)

Sabtu: 29 Julai 2023

  • Puasa Sunat 11 Muharram

Niat Puasa Sunat Hari Asyura / Tasu’a Bulan Muharram

Berikut adalah niat puasa sunat Hari Tasu’a dan Hari Asyura dalam bulan Muharram.

A.  Niat puasa Hari Kesembilan Muharram (Hari Tasu’a) 

Niat Puasa Tasu'a

B.  Niat puasa Hari Kesepuluh Muharram (Hari Asyura)

Niat puasa asyura 10 muharram

C.  Niat puasa 11 Muharram (Hari Ahada Asyara)

niat puasa 11 muharram

Sumber : Bahagian Dakwah JAKIM & Shafiqolbu

Puasa Sunat 9 Muharram

Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu`a’ (sembilan Muharram) itu adalah untuk :

  • i. Menyalahi atau membezakan amalan orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari `Asyura’ (sepuluh Muharram) sahaja.
  • ii. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari `Asyura’ kerana kemungkinan berlaku kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya.
  • iii. Bagi maksud menyambung puasa hari `Asyura’ dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari `Asyura’. (lihat I`anah Ath-Thalibin 2/301) Oleh kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari `Asyura’ tanpa berpuasa pada hari Tasu`a’, supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram.
  • Bahkan Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla’ disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu`a’), kesepuluh (`Asyura’) dan kesebelas bulan Muharram.

Selamat berpuasa sunat Hari Asyura dan Hari Tasu’a di Bulan Muharram. Semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT. Moga perkongsian Niat Puasa Sunat Hari Asyura Dan Tasu’a bermanfaat buat semua.

Related : berpuasa pada 10 muharram, nabi muhammad saw, untuk membezakan, bulan ramadhan, ibn abbas, yahudi berpuasa pada hari, berpuasa pada 9 muharram, rasulullah s.a.w bersabda, riwayat muslim, hari ini adalah hari, untuk berpuasa, salah satu, ع اش ور اء
bulan haram, ع اء س ن, ال ت ي ق,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *