in

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Nasionalisme

Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua. Sejarah SPM Bab 2? Berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 bertajuk “Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua”. Ianya adalah kesinambungan dari Bab 1 yang bertajuk Kemunculan dan perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara.

Bab 2 Sejarah Tingkatan 5 ini berkisar kepada perjuangan pemimpin tempatan dalam menentang penjajah seperti British dan Jepun. Contoh soalan dan skema jawapan yang berkaitan dengan bab 2 ini boleh dirujuk di Nota Sejarah.

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Nasionalisme Di Malaysia

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua

Berikut dikongsikan nota ringkas Sejarah Tingkatan 5 bab 2 – Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua buat panduan dan rujukan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini..

2.1 Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British : Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2

a) Tokoh-tokoh pemimpin penentangan :

  • Penghulu Dol Said
  • Dato Maharaja Lela
  • Rentap
  • Mat Salleh

2.1.1 Sebab Penentangan : Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2

a) Dasar Penaklukan British

  • Penaklukan British terhadap daerah mereka seperti di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah
  • Bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya
  • Contohnya apabila British mendapat Melaka daripada Belanda, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti

b) Eksploitasi terhadap Ekonomi Tempatan

  • Eksploitasi ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimetrai oleh mereka dengan pemimpin tempatan
  • Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan perdagangan dan perlombongan bijih timah

c) Pelaksanaan Pentadbiran Barat terhadap Masyarakat Tempatan : Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2

  • British telah memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah utk mendapatkan hasil yang maksimum
  • Peraturan-peraturan ini sangat bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan

d) Campur Tangan British dalam Adat Resam Tempatan

  • British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan
  • Contohnya di Perak, J.W.W. Birch campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu

e) Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan Pengaruh

  • Pemimpin tempatan juga kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran terhadap kawasan dan anak buah mereka apabila British menjajah

f) Kesulitan Penduduk Tempatan

  • Penentangan pemimpin tempatan mendapat sokongan anak buah mereka
  • Mereka tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yg menyulitkan kehidupan mereka

2.1.2 Peristiwa Penentangan Pemimpin Tempatan : Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2

a)

b) Iktibar perjuangan pemimpin tempatan

  • Semangat setia negara yang tinggi
  • Sanggup berkorban untuk negara dan bangsa
  • Sifat bekerjasama dan tolong menolong antara pemimpun dengan pengikut
  • Sikap berdisplin dan gigih berusaha

2.2 Gerakan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

2.2.1 Faktor -faktor Pemangkin Nasionalisme : Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2

1. Pengenalan Sistem Politik Barat

  • British telah meletakkan seorang Residen yang mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan
  • Para pembesar diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai British
  • Perubahan ini mencabar sistem atau amalan tradisi mereka serta menjatuhkan maruah mereka

2. Perkembangan Sistem Pendidikan

  • Muncul golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya
  • Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu

3. Dasar British

  • British telah menggalakkan sesiapa sahaja datang untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu
  • Kemasukan org asing telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu
  • Keadaan ini menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan
  • British juga membuka bandar baru sebagai pusat pentadbirannya sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan serba kekurangan
  • Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran dan penduduk lain di bandar

4. Pendudukan Jepun

  • Jepun dengan konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan di kalangan negara tersebut
  • Jepun menggalakkan org tempatan bekerjasama dengannya dan berjanji akan memerdekakan mereka
  • Bagaimanapun, kesengsaraan dan kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur

5. Penguasaan Parti Komunis Malaya : Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2

  • PKM telah menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam
  • Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun
  • Ramai orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM.

6. Kemunculan Mesin Cetak

  • Memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British
  • Buku-buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain idea menentang penjajah dapat disebarkan.

7. Gerakan Pan-Islamisme Sedunia

  • Pan-Islamisme – Gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yg lebih progresif terhadap Islam untuk menentang penjajahan
  • Didokong oleh pelajar Islam di seluruh dunia
  • Dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir
  • Dalam tulisannya, beliau telah memberi kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat, di samping mendorong umatnya menuju kejayaan
  • Gerakan Wahabi di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama

8. Kesedaran politik Serantau

  • Indonesia yg amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
  • Hasil karya penulis dari Indonesia berkaitan nasionalisme telah menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu terutama yang berpendidikan vernakular Melayu
  • Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan dalam tulisan mereka dapat dihayati oleh masyarakat tempatan

2.2.2 Gerakan Islah Dalam Meningkatkan Minda Bangsa

a) Maksud Gerakan Islah :

  • Gerakan yang berusaha mendorong membetulkan pandangan Islam masyarat Melayu

b) Tokoh Kaum Muda :

  • Sheikh Tahir Jalaludin
  • Syed Syeikh al- Hadi
  • Dr. Burhanudin al_Helmy

c) Idea / Isu Gerakan Islah :

  • Menyampaikan idea ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
  • Menggesa orang Melayu memajukan ekonomi
  • Menyemat sikap mengkritik penjajah
  • Mengkritik raja dan pmbesar yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu

d) Halangan yang dihadapi oleh Kaum Muda :

  • Ditentang oleh Kaum Tua
  • Negeri-negeri Melayu mengeluarkan undang-undang menghalang Kaum muda
  • Risalah dan buku dilarang bawa masuk
  • Hanya dapat bergerak di Negeri-Negeri Selat

e) Cara Menyebarkan Idea / Kejayaan : Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2

  • Menubuhkan madrasah
  • Memberi peluang pendidikan kepada pelajar perempuan
  • Menerbitkan akhbar dan majalah
  • Menerbitkan risalah

2.2.1 Akhbar, Majalah dan Novel : Penggerak Kesedaran Kebangsaan

a) Akhbar Yang Terlibat

  • Warta Malaya
  • Lembaga Malaya
  • Majlis
  • Utusan Melayu
  • Warta Negara
  • Fajar Sarawak

 

c) Novel dan Tema Semangat Kebangsaan : Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2

2.2.4 Perjuangan Nasionalisme Oleh Persatuan-Persatuan Melayu : Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2

2.2.5 Gerakan Nasionalisme Semasa Pendudukan Jepun : Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2

Kesan daripada tekanan Jepun :

Semoga Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua ini bermanfaat buat para pelajar Tingkatan 4 dan 5 semua. Semoga nota ringksa sejarah ini boleh dijadikan bahan dalam membuat ulangkaji menjelang peperiksaan SPM dan juga mencari idea dalam menjawab soalan Kertas 3 Sejarah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 Kemunculan

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 3 Kesedaran Pembinaan

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 3 Kesedaran Pembinaan