Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (COVID-19). PM umum pakej yang lebih menyeluruh termasuk bantuan Prihatin Nasional untuk kurangkan beban rakyat akibat Covid-19.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020

INTIPATI PAKEJ PRIHATIN. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 pada hari Jumaat, 27 Mac 2020. Pakej ini dijangka lebih menyeluruh dan akan memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat ketika menghadapi cabaran wabak COVID-19 yang sedang melanda Malaysia dan seluruh dunia. Baca : Bantuan Prihatin Nasional.

Sebelum ini pada 27 Februari 2020, Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad telah  mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bernilai RM20 bilion yang ditunjangi oleh tiga strategi utama iaitu menangani impak COVID-19, memangkin pertumbuhan berteraskan rakyat dan menggalakkan pelaburan berkualiti untuk memastikan ekonomi negara berada di landasan yang mampan.

Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Intipati Penting Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020

Berikut adalah maklumat dan informasi terkini berkaitan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri pada 27 Mac 2020.

BACA : Maksud Pengkelasan Pendapatan B40, M40 Dan T20

Intipati Pakej PRIHATIN

Pakej Rangsangan dikenali sebagai PRIHATIN berjumlah RM250 billion di mana peruntukkan adalah seperti berikut:-

  • RM128 billion untuk melindungi kebajikan rakyat
  • RM100 billion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
  • RM2 billion untuk memperkukuh ekonomi malaysia
  • RM20 billion telah diumumkan pada pakej rangsangan sebelumnya

1) Bantuan Prihatin Nasional

Semua dalam golongan M40 ke bawah termasuk B40. Bantuan berjumlah :-

  • RM1,600
    • Kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
  • RM1,000
    • Bantuan kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei
  • RM800
    • Melibatkan 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020
  • RM500
    • Untuk 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.

NOTA : Maklumat cara bantuan Prihatin Nasional diberikan termasuk cara permohonan akan dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi oleh kerajaan

2) Usaha Membendung COVID-19

  • RM1 Bilion pembelian peralatan dan perkhidmatan kesihatan (mendapatkan khidmat kepakaran perubatan daripada perkhidmatan kesihatan swasta)
  • RM8 juta dana khas diwujudkan oleh pihak insurans dan takaful untuk kos ujian penyaringan bernilai sehingga RM300 bagi setiap pemegang polisi dan sijil takaful perubatan.
  • Penangguhan pembayaran premium atau sumbangan tiga bulan bagi pencarum yang sumber pendapatan mereka terjejas kerana COVID-19
  • Elaun khas kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan ditingkatkan daripada RM400 kepada RM600 sebulan mulai 1 April 2020 sehingga wabak COVID-19 berakhir.
  • Elaun Khas RM200 sebulan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Pertahanan Awam dan anggota RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. Bermula 1 April 2020 sehingga wabak COVID-19 berakhir.

3) Pelajar IPT

  • RM200 secara one-off dibayar pada bulan Mei 2020 melibatkan pelajar matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS.
  • Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 6 bulan
  • Penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama 6 bulan mulai 1 April 2020

4) Penjawat Awam

  • Bayaran RM500 secara one-off kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak pada bulan April 2020.
    • Bayaran akan dibuat pada bulan April 2020.
  • Sumbangan pesara Kerajaan juga tidak dilupakan. Kerajaan akan menyalurkan bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020.

5) Program Subsidi Upah

  • RM600 sebulan bagi setiap pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Januari 2020 untuk tempoh tiga bulan.
  • Majikan mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan. Selain itu, majikan juga tidak dibenarkan memotong gaji sedia ada perkerja.

6) e-hailing

  • RM 500 secara one-off kepada 120,000 pemandu e-hailing dengan peruntukan sebanyak RM60 juta manakala pemandu teksi akan menerima bayaran one-off sebanyak RM600 mulai 1 April 2020

7) Perusahaan Kecil dan Sederhana : Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

  • Menambah dana dalam tabung Bantuan Kemudahan Khas atau Special Relief Facility untuk PKS sebanyak RM3 bilion, menjadikan jumlah keseluruhannya RM5 bilion
  • Meningkatkan saiz dana sebanyak RM1 bilion kepada RM6.8 bilion di bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi bagi meningkatkan lagi akses pembiayaan kepada PKS
  • Menyediakan dana tambahan sebanyak RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro yang menjadikan jumlah keseluruhan RM700 juta bagi pembiayaan mudah. Skim ini akan dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional dengan menawarkan kadar faedah 2% sahaja tanpa cagaran mengikut terma dan syarat.
  • PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada 4 tahun juga boleh memanfaatkan skim BizMula-i dan BizWanita-i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC) untuk pembiayaan sehingga RM300,000
  • Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menyediakan kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion selain meningkatkan kadar jaminan daripada 70% kepada 80% bagi syarikat PKS yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman

8) Syarikat

  • KWSP akan memperkenalkan program Khidmat Rundingan Majikan pada 15 April 2020. Perkhidmatan ini merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan
  • Mengecualikan pembayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi semua sektor untuk tempoh enam bulan mulai bulan April 2020
  • Kerajaan membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan kepada semua PKS untuk tempoh tiga bulan mulai 1 April 2020

9) Elektrik

  • Diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikut kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan bagi sektor komersial, industri, pertanian dan isi rumah di Semenanjung Malaysia mulai 1 April 2020.
  • Diskaun 50% akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt, 25% bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt dan 15% bagi penggunaan 301 hingga 600 kilowatt.
  • Berkuatkuasa selama 6 bulan mulai bil bulan April 2020 beserta diskaun 2% seperti dimaklumkan sebelum ini akan terus

10) Telekomunikasi dan multimedia

  • Internet percuma dengan nilai RM600 juta kepada semua pelanggan bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan tamat.
  • Semua pelanggan Pascabayar dan Prabayar Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile akan menerima internet berkelajuan tinggi percuma 1GB sehari untuk digunakan diantara jam 8 pagi dan 6 petang bermula 1 April 2020 dan akan berkuatkuasa sepanjang tempoh pelaksanaan PKP]
  • Panggilan percuma ke National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC), Pusat Pengurusan Operasi Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri

11) Lain-lain Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

  • Kebenaran mengeluarkan pra persaraan dari akuan B Skim Persaraan Swasta sehingga RM1500 tanpa sebaarang penalti cukai dalam tempoh bulan April hingga Disember 2020.
  • Penangguhan pembayaran bulanan sewa PPR selama 6 bulan bermula April hingga September 2020
  • Pengecualian sewaan selama 6 bulan untuk semua premis milik Kerajaan Persekutuan (kantin sekolah, taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain)
  • Kerajaan menggesa agar Kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan GLC memberikan pengecualian yang sama seperti di atas.
  • Langkah moratorium akan dipanjangkan dan dilaksanakan bagi pinjaman dengan TEKUN, MARA dan koperasi serta mana-mana agensi kerajaan yang memberi pinjaman kepada PKS mulai 1 April 2020

Download Ucapan Perdana Menteri Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Sila muat turun ucapan lengkap Perdana Menteri pada perutusan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat di pautan PRIHATIN.

VIDEO PERUTUSAN PERDANA MENTERI – PAKEJ PRIHATIN

Senarai Bantuan COVID-19 Untuk Rakyat

Berikut adalah senarai bantuan khas COVID-19 yang telah diumumkan sebelum ini oleh kerajaan dan pihak-pihak berkaitan untuk rakyat yang terjejas ketika Perintah Kawalan Pergerakan PKP dilanjutkan hingga 14 April 2020.

  1. Penangguhan Bayaran Balik
  2. Diskaun Bil Elektrik Selama 6 Bulan
  3. Pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun 2 RM500
  4. Bantuan Khas RM600 PERKESO
  5. Bayaran Bantuan JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat Dipercepatkan
  6. Bantuan Zakat Negeri

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Kerajaan pada hari Rabu, 25 Mac 2020 telah mengambil keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020 susulan kes positif COVID-19 masih berlaku. Keputusan perlanjutan yang dibuat ini dimaklumkan lebih awal bagi memberi ruang kepada rakyat untuk membuat persediaan awal.

Untuk makluman, Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan PKP di seluruh negara, berkuatkuasa pada 18 Mac hingga 31 Mac 2020, bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim (FAQ) PKP berikut yang dikongsikan dari BH online:-

S:Adakah perlu sebarang dokumen kebenaran dari PDRM untuk bergerak rentas negeri?

  • J: Buat masa ini PDRM sudah menangguhkan keperluan untuk mendapatkan Permit Pergerakan Rentas Negeri.

S: Sekiranya ada restoran atau warung beroperasi seperti biasa dengan orang awam makan di premis berkenaan, dengan siapakah perlu saya laporkan perkara ini bagi tujuan penguatkuasaan?

  • J: Restoran dan warung hanya dibenarkan menyediakan makanan secara ‘take-away’ sama ada oleh pembeli atau melalui khidmat hantaran ke rumah. Sekiranya ada premis beroperasi seperti biasa, orang awam diminta melaporkan kepada balai polis berhampiran untuk tindakan susulan.

S: Majikan saya berkeras untuk pekerja datang ke pejabat walaupun pejabat atau kilang tidak termasuk dalam senarai perkhidmatan penting. Bolehkah saya melaporkan kepada pihak PDRM?

  • J: Aduan berkaitan boleh dilaporkan terus kepada PDRM atau Kementerian Kesihatan.

S: Sekiranya terdapat sekatan jalan raya sebagai langkah kawalan pergerakan, adakah saya perlu mengemukakan dokumen sokongan bagi membuktikan keperluan saya bergerak ke pejabat?

  • J: Majikan kepada perkhidmatan penting (awam dan swasta) perlu mengeluarkan surat arahan bertugas kepada setiap individu yang diarahkan bertugas sepanjang tempoh PKP. Buat masa ini pihak PDRM tidak mengeluarkan sebarang permit pergerakan.

S: Bagi pergerakan lori penghantaran barangan bukan perkhidmatan penting, perlukah ditunjukkan sebarang dokumen sokongan mengenai keperluan pergerakan lori ini sekiranya terdapat sekatan jalan raya oleh PDRM?

  • J: Ini adalah kesalahan di bawah Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara selama tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

S: Apakah bentuk tindakan yang akan dikenakan terhadap orang awam atau majikan yang dengan sengaja melanggar PKP?

  • J: Hukuman penjara enam bulan atau denda RM1,000 akan dikenakan sekiranya orang awam atau majikan didapati melanggar PKP.

S: Apakah bentuk tindakan terhadap pihak yang membuat atau menyebarkan berita palsu?

  • J: Tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dengan penjara dua tahun dan denda serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan denda RM50,000 atau penjara satu tahun.

S: Bagaimana orang awam boleh menghubungi pihak PDRM bagi mengajukan soalan-soalan berkaitan?

  • J: Orang ramai boleh hubungi Pusat Kawalan Malaysia di talian 03-22663333 atau 03-22663444, dan juga di talian Pusat Pengurusan Operasi Negara 03-88882010.

Moga Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 yang bakal diumumkan mampu membantu semua lapisan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan ketika menghadapi wabak COVID-19.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *