in

Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Syarat Lantikan/ Tugas

Syarat Lantikan Dan Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41. Baru-baru ini terdapat penularan berita yang menyatakan “Hanya Graduan Kelas pertama tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ditawarkan peluang sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dalam Perkhidmatan Awam”. JPA melalui kenyataan rasmi telah memaklumkan yang proses pengambilan PTD yang dilaksanakan oleh SPA masih lagi terbuka buat semua graduan yang berkelayakan dan BUKAN HANYA kepada calon yang mempunyai Ijazah Kelas Pertama sahaja.

Ini merupakan satu berita baik buat mereka yang berminat untuk menjadi seorang PTD. Berikut dikongsikan deskripsi tugas Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 yang memaparkan senarai tugas dan tanggungjawab, syarat lantikan dan jadual gaji buat panduan pemohon. Pendaftaran jawatan kerajaan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang SPA8i di Portal SPA. Pendaftaran adalah dibuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau online.

Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Syarat Lantikan/ Tugas

Syarat Kelayakan Menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Berikut dikongsikan syarat bagi pelantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik yang telah ditetapkan dalam syarat skim perkhidmatan. Ianya masih kekal seperti sebelumnya iaitu :-

Syarat Lantikan PTD

  • a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia
  • b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • c) Kelayakan
    • i) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred M41 iaitu RM2,422.00); atau
    • ii) Ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred M41 iaitu RM 2,733.14); atau
    • iii) Ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred M41 iaitu RM 3,044.48); dan
  • d) Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; dan
  • e) Hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon untuk lantikan perlulah memperoleh Kepujian (Gred C atau lebih tinggi) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan yang setaraf dengannya.

Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41

Berikut adalah tanggungjawab dan skop kerja Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41:-

  • Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Kenyataan Rasmi SPA

Berikut adalah kenyataan rasmi SPA yang memaklumkan akan syarat pelantkan PTD yang MASIH KEKAL dan bukan hanya untuk calon yang mempunyai Ijazah Pertama sahaja.

Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Maklumat Lanjut Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 adalah seperti berikut :-

  • Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
  • Kementerian/ Jabatan : Jabatan Perkhidmatan Awam
    • Gaji Minimum : RM 2,422.00
    • Gaji Maksimum : RM 9,631.00
    • Kadar Peningkatan Gaji Setiap Tahun : RM 225.00

Semoga kenyataan rasmi SPA ini melegakan para pemohon jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41. Selamat membuat permohonan PTD dan diucapkan tahniah kepada mereka  yang berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan SL1M Online skim latihan 1malaysia

Permohonan SL1M Online (Skim Latihan 1Malaysia)

Keputusan Liga Super 2018 Jadual Dan Kedudukan

Keputusan Liga Super 2018 Jadual Dan Kedudukan