in

Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM 2019/ 2020

Permohonan Perajurit Muda TUDM 2019/ 2020 Tentera Udara DiRaja Malaysia. Pasti ramai di sana yang berminat untuk menyertai TUDM. Berikut dikongsikan pengambilan terkini Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM 2019/ 2020 siri 63/20 secara terbuka melibatkan Lelaki di lokasi-lokasi seluruh Malaysia. Pemilihan adalah untuk sesi kemasukan Julai 2020.

Maklumat yang dikongsikan memaparkan syarat kelayakan akademik, senarai dokumen dan lokasi pemilihan terbuka TUDM. Maklumat terkini pemgambilan TUDM boleh dirujuk di Facebook Kerjaya TUDM

  • Permohonan Online/ Pengambilan Perajurit Muda Udara TUDM siri 63/ 20 (Lelaki & Wanita) klik Kemasukan Julai 2020

Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM 2019/ 2020

Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM 2019/ 2020 (Tentera Udara DiRaja Malaysia) Siri 63/ 20

Berikut dikongsikan makumat pengambilan dan permohonan terkini di TUDM iaitu Pemilihan Awal Terbuka Perajurit Muda TUDM 2019-2020 Siri 63/ 20.

Iklan Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM Siri 63/ 20

1. Permohonan Secara Online Perajurit Muda TUDM Terkini Siri 63/ 20 (Lelaki & Wanita)

Peluang keemasan kepada para belia negara yang berminat untuk menjadi salah seorang warga Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) melalui kemasukan sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan untuk kemasukan sesi Julai 2020.

Pemohon yang berminat perlu dan hendaklah mengisi borang permohonan secara atas talian dengan :-

  • Mendaftar sebagai pemohon di pautan URL Kerjaya TUDM
  • Log masuk ke bahagian pemohon
  • Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan
  • Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan iaitu dari tarikh buka pada 14 November 2019 sehingga tarikh tutup pada 31 Disember 2019
  • Pemohon yang berkelayakan akan dipanggil ke Pusat Pemilihan Awal yang dipilih untuk menjalani Sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara (TUDM) Lelaki Siri 63/ 20.
  • Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui akaun pemohon di pautan berikut :-

Kelayakan Akademik

  • 1. TUGAS KHUSUS. Diploma dalam Bidang Kejuruteraan *(Rujuk Jadual Senarai Diploma Kejuruteraan) yang dikongsikan di bawah ini dan Lulus dalam mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keutamaan kepada calon yang mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. Gaji permulaan adalah pada RM2026.07
  • SKM. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang tertentu dan mendapat Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keutamaan kepada calon yang mendapat kepujian dalam Bahasa Inggeris dan Matematik. Gaji permulaan : RM1,630.01 – SKM Tahap 2 dan RM1,696.02 – SKM Tahap 3
  • SPM. LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Keutamaan kepada calon yang mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. Gaji permulaan adalah pada RM1,564
  • SVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan KEPUJIAN dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Gaji permulaan adalah pada RM1,564

* Lain-lain diploma selain diploma daripada TUGAS KHUSUS gaji akan dibayar SPM.

Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM 2018

Syarat-Syarat Lain

  • Umur.: Pemohon mesti berusia tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2020
  • Tahap Kesihatan : Tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan teruk seperti patah tulang dalam tempoh 2 tahun kebelakangan, tidak mengidap penyakit Asma/ Lelah atau penyakit kronik yang lain
  • Tahap Penglihatan : Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa menggunakan kaca mata atau kanta lengkap/ sentuh dan memiliki pengecaman warna yang sempurna (Tidak rabun/ buta warna)
  • Pendengaran : Kebolehan mendengar yang baik tanpa menggunakan sebarang alat bantuan pendengaran
  • Fizikal. Memenuhi syarat fizikal seperti berikut:-
  • a. Berat Badan Minimum. 47.5 kg (Lelaki) & 40.5kg (Wanita).
    b. Ketinggian Minimum. 1.62 meter (Lelaki) & 1.57 meter (Wanita).
    c. Indeks Jisim Badan (BMI). Di antara 18 hingga 25.
    cara pengiraan bmi
    d. Ukuran Dada Minimum. 76 cm (keadaan biasa).
  • Kecergasan Jasmani. Memiliki kecergasan jasmani yang tinggi.

Tatacara Dan Keperluan Dokumentasi Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM Siri 63/20

  • Maklumat pemilihan awal Udara siri 63/20 akan dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi oleh TUDM

Maklumat pemilihan sesi sebelum ini adalah seperti berikut :-

Pemohon yang berminat dan layak dikehendaki mengikut tatacara dan membawa dokumen seperti yang dikongsikan di bawah ini :-

  • Calon perlu hadir ke Pusat Pemilihan bersama borang permohonan yang dicetak di laman sesawang http://www.airforce.mil.my/kerjaya/pengambilan-terkini. Untuk calon Perajurit Muda Udara siri 60, sila muat turun borang secara online di Pengambilan Terkini Perajurit Muda Udara siri 60
  • Sila kepilkan bersama sesalinan MyKad, Sijil Lahir Terkini, Sijil Diploma, SKM dan Sijil SPM
  • Pendaftaran dibuka mulai jam 800 pagi sehingga 900 pagi dengan berpakaian sukan lengkap bersama alat tulis, Salinan Sijil Asal diperlukan semasa temuduga

Lokasi Pemilihan Awal Mengikut Zon

Berikut adalah senarai lokasi pemilihan awal Perajurit Muda Udara TUDM siri 60/ 19 mengikut zon/ negeri/ kawasan (siri 63/20 akan dikemaskini) :-

  • Zon Sabah, Sarawak Dan Zon Utara

Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM 2018/ 2019

  • Zon Selatan, Timur Dan Tengah

Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM 2018/ 2019

Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM Terkini – Julai 2020

Pemilihan Awal Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 63/2020 Kejuruteraan – Lelaki.

Jika Anda Adalah Seorang Pemegang Diploma Dari Pusat Pengajian Yang Tersenarai Dan Jurusan Seperti Di Bawah, Anda Boleh Menghadirkan Diri Di Lokasi Terakhir Bagi Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara Siri 63/2020 – Julai 2020

Senarai Pusat Pengajian

|1| Universiti Teknologi Malaysia (Utm)
|2| Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Uthm)
|3| Universiti Malaysia Perlis (Unimap)
|4| Universiti Teknologi Mara (Uitm)
|5| Universiti Malaysia Pahang (Ump)
|6| Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem)
|7| Universiti Kuala Lumpur (Unikl-miat)
|8| International University And Colleges (Inti)
|9| Ucsi University
|10| Universiti Selangor (Unisel)
|11| Multimedia University (Mmu)
|12| Management & Science University (Msu)
|13| Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (Psa)
|14| Politeknik Premier Ungku Omar (Puo)
|15| Politeknik Premier Ibrahim Sultan (Pis)
|16| Politeknik Banting, Selangor
|17| Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah
|18| Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas, Kelantan
|19| Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah
|20| Politeknik Mersing, Johor
|21| Politeknik Merlimau, Melaka
|22| Politeknik Port Dickson
|23| Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak
|24| Politeknik Sultan Mizan Abidin, Dungun, Terengganu
|25| Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
|26| Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
|27| Politeknik Sultan Idris, Sabak Bernam, Selangor
|28| Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Semambu, Pahang
|29| Politeknik Seberang Prai, Permatang Pauh, Pulau Pinang
|30| Politeknik Kuching, Sarawak
|31| Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu
|32| Politeknik Mukah, Sarawak
|33| Politeknik Melaka
|34| Politeknik Nilai, Bandar Enstek, Negeri Sembilan

Senarai Diploma (Tugas Khusus)

|1| Diploma Kejuruteraan Mekanikal
|2| Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Am)
|3| Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik)
|4| Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
|5| Diploma Kejuruteraan Mekatronik
|6| Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik)
|7| Diploma Kejuruteraan Mekanikal Aeroangkasa
|8| Diploma Kejuruteraan Automotif
|9| Diploma Kejuruteraan Elektro Mekanikal
|10| Diploma Kejuruteraan Jentera (Am)
|11| Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat
|12| Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
|13| Diploma Teknologi Penyelenggaraan Helikopter
|14| Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat Terbang
|15| Diploma Kejuruteraan Elektrik
|16| Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
|17| Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
|18| Diploma Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan)
|19| Diploma Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik)
|20| Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Kuasa Dan Kawalan)
|21| Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektrik Dan Elektronik)
|22| Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kejuruteraan Elektrik)
|23| Diploma Kejuruteraan Elektronik
|24| Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
|25| Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perhubungan)
|26| Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
|27| Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
|28| Diploma Teknologi Penyelenggaraan Avionik

Keperluan Dan Tatacara Sebelum Memasuki Dewan Pemilihan.

* Calon Perlu Hadir Bersama Dokumen, Alat Tulis Dan Pakaian Seperti Dibawah. Hanya Calon Yang Hadir Bersama Dokumen Yang Lengkap Dan Berpakaian Seperti Dinyatakan Sahaja Diterima Masuk Ke Dewan Pemilihan.

  • 1. 1 Salinan Mykad, Sijil Lahir Terkini, Sijil Diploma, Spm Dan Sijil Sukan Yang Aktif Mewakili Negeri Dan Kebangsaan Sahaja (Contoh : Sukan Sukma). Lain-lain Sijil Tidak Diperlukan.
  • 2. Alat Tulis Secukupnya.
  • 3. Berpakaian Sukan Lengkap (Seluar Track Suit, Baju T-shirt Berkolar Dan Kasut Sukan).

(Tahun 2020 akan dikemaskini)

Lokasi : Dewan Angkasaraya. Pangkalan Udara Kuala Lumpur.
Tarikh : 1 Oktober 2019.
Pendaftaran : 8.00 Pagi – 9.00 Pagi.

Cara Hubungi

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :-

MARKAS TENTERA UDARA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
SEL KERJAYA DAN PENGAMBILAN TINGKAT 7 MENARA
TH SELBORN 153 JALAN TUN RAZAK 50400 KUALA LUMPUR
Laman Sesawang Rasmi :http://airforce.mil.my/kerjaya/pengambilan-terkini

  • Facebook Page (Interaktif) : www.facebook.com/kerjayatudm
  • No Tel : 03-2681 2412/ 2414

Kepada mereka yang berminat dan berkelyakan dengan Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM 2019/ 2020, sila hadir ke lokasi pemilihan terbuka pada tarikh yang ditetapkan, Semoga anda terpilih untuk menjadi salah seorang anggota TUDM nanti.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan Tabika Kemas 2019 Dan Taska

Permohonan Tabika Kemas 2020 Dan Taska

Semakan Keputusan MUET Julai 2017 Online Dan SMS

Semakan Keputusan MUET Sesi 2 Julai 2019 Online Dan SMS