in

Pemilihan Perajurit Muda TLDM 2020 (Tarikh & Lokasi)

Tarikh Dan Lokasi Pemilihan Perajurit Muda Tentera Laut Tahun 2020. Perhatian buat Warganegara Malaysia Lelaki dan Wanita yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai Perajurit Muda Tentera Laut (TLDM). Menerusi iklan permohonan TLDM untuk Lelaki dan Wanita, berikut dikongsikan tarikh dan lokasi Pemilihan Perajurit Muda TLDM 2020 yang memaparkan maklumat tarikh, pusat pemilihan dan zon.

Tarikh Dan Lokasi Pemilihan Perajurit Muda Tentera Laut Tahun 2020/ 2021

Berikut dikongsikan maklumat Pengambilan Perajurit Muda Tentera Laut DiRaja Malaysia tahun 2020 yang memaparkan maklumat seperti tarikh dan masa, zon dan lokasi pusat pemilihan setiap zon. Maklumat lain yang dikongsikan termasuk kelayakan akademik, syarat kelayakan, sijil akademik dan dokumen.

Pemilihan Perajurit Muda TLDM 2019

i) Kelayakan Akademik

  • a. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) : Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran :-
    • Matematik
    • Sains
    • Bahasa Inggeris
  • b. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) : Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang berkenaan

ii) Syarat-Syarat Kelayakan

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 25 tahun. Keutamaan kepada pemohon yang berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 23 tahun
  2. Pemohon yang memiliki Sijil Kokurikulum, Sijil PLKN, Kecemerlangan dalam bidang sukan dan berkebolehan berenang akan diberi keutamaan Calon-calon yang mempunyai rekod jenayah dan sedang menjalani perbicaraan di mahkamah tidak akan dipertimbangkan.
  3. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota. Tidak pernah mengalami kecederaan teruk seperti patah tulang, tidak mengidap penyakit asma/ lelah dan penyakit kronik yang lain.
  4. Taraf perkahwinan bujang.
  5. Berat badan minima 47.5 kg (Lelaki) 46.5 kg (Wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62 meter (Lelaki) 1.60 meter (Wanita), Body Mass Index (BMI) di antara 18 – 25 (Lelaki) 18 – 23 (Wanita).
  6. Ukuran dada biasa/ kembang Lelaki : 76sm
  7. Cara pengiraan:
    • BMI : Berat (kg) bahagi Tinggi(meter) / Tinggi(meter)
  8. Ukuran dada minima 76 sm (lelaki) dan 81 (kembang)
  9. Penglihatan hendaklah terang dan jelas (6/6) tanpa cermin mata atau kanta sesentuh serta tidak rabun warna

iii) Sijil Akademik Dan Dokumen

  1. Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen yang ASAL seperti berikut :-
    • Kad pengenalan (MyKAD) beserta satu salinan
    • Sijil Kelahiran pemohon beserta satu salinan
    • Salina Kad Pengenalan (My Kad) ibu dan bapa beserta satu salinan
    • Penyata Sijil SPM/ SVM/ SKM beserta satu salinan
    • Sijil Berhenti Sekolah beserta satu salinan
    • Sijil Sokongan (Penglibatan sukan/ persatuan/ lain-lain) beserta satu salinan
  2. Pemohon diwajibkan membawa sampul Pos Ekspress

iv) Pusat-Pusat Pemilihan

Kepada mereka yang berminat, sila hadir ke pusat-pusat Pemilihan Perajurit Muda TLDM lebih awal di mana masa Pendaftaran adalah pada jam 8.00 pagi sehingga 8.30 pagi. Pakaian semasa temuduga adalah seperti berikut :-

  • Pakaian sukan dan berkasut sukan

Pusat Pemilihan Perajurit Muda TLDM Tahun 2020/ 2021

Berikut adalah senarai pusat pemilihan yang memaparkan tarikh, hari, lokasi dan pusat pemilihan.

1) Zon Tengah

  • Akan dikemaskini : MSS Kem Mahkota Kluang
  • Akan dikemaskini : Sekolah Menengah Teknik Melaka, Melaka
  • Akan dikemaskini : Kem Sendayan, TUDM, Sendayan Negeri Sembilan
  • Akan dikemaskini : Markas 11 Briged, Kem Sungai Buloh, Selangor
  • Akan dikemaskini : Markas 12 Briged, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur

2) Zon Sabah

  • Akan dikemaskini : KD Sri Sandakan, Sandakan, Sabah
  • Akan dikemaskini : KD Sri Kota Kinabali, Kota Kinabalu, Sabah

3) Zon Sarawak

  • Akan dikemaskini : Pangkalan Udara TUDM, Kuching, Kuching Sarawak
  • Akan dikemaskini : 20 RAMD, Kem Sri Miri, Miri, Sarawak

Iklan Pengambilan Pemilihan Perajurit Muda TLDM Terkini

Berikut adalah iklan pengambilan Perajurit Muda TLDM 2020 yang memaparkan kelayakan akademik, syarat kelayakan dan cara hubungi.

  • KLIK Perajurit Muda TLDM 2020

Cara Hubungi TLDM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

  • Markas Tentera Laut
    Cawangan Pengurusan Sumber Manusia – Bantuan
    Wisma Pertahanan
    Jalan Padang Tembak,
    50634 KUALA LUMPUR
    (Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
    Telefon: 03 – 2071 3177 / 03 – 2071 3303
    Emel: pengambilantldm@navy.mil.my
    Laman Web: www.navy.mil.my

Moga perkongsian Pemilihan Perajurit Muda TLDM 2020 boleh dijadikan panduan buat mereka yang berminat untuk hadir ke pemilihan. Diucapkan semoga anda berjaya dalam pengambilan pemilihan TLDM 2020 kali ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan ILKBS (IKBN, IKTBN Dan AKBG) 2018 Online

Permohonan ILKBS (IKBN, IKTBN Dan AKBG) 2020

Jadual Peperiksaan UPSR 2019 Tahun 6

Jadual Peperiksaan UPSR 2020 Tahun 6