in

Pendaftaran MUET Mac 2018 Online

Cara Daftar MUET Sesi 1 Mac 2018 Secara Online. Perhatian buat pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (degree). Lulus MUET dengan sekurang-kurang Band 3A adalah wajib buat pelajar. Ramai pelajar yang ingin menduduki peperiksaan Mac tahun 2018 ingin mengetahui bilakah tarikh pendaftaran dan ujian bertulis peperiksaan MUET sesi Mac 2018. Merujuk kepada Kalendar Peperiksaan MUET 2018 yang telah dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), pendaftaran MUET Mac 2018 telah dibuka bermula dari 1 November 2017.

Calon yang ingin menduduki peperiksaan adalah diingatkan untuk mendaftar peperiksaan MUET Mac 2018 mengikut tarikh pendaftaran yang telah ditetapkan dalam Kalendar MUET. Calon adalah dinasihatkan untuk mendaftar awal secara online kerana permohonan daftar yang lewat selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Untuk makluman, tarikh tutup pendaftaran adalah pada 10 Januari 2018.

Pendaftaran MUET Mac 2018 Online
Cara Daftar MUET Sesi Mac 2018 Online (Borang Pendaftaran)

Merujuk kepada Kalendar Peperiksaan MUET 2018 MPM, tarikh pendaftaran peperiksaan MUET sesi Mac 2018 adalah seperti tarikh yang dinyatakan seperti berikut:-

Sesi 1 (Mac 2018)

  • 1 November 2017 : Tarikh Pendaftaran dibuka
  • 10 Januari 2018 : Tarikh Tutup Pendaftaran
  • 27 dan 28 Februari dan 1, 5, 6, 7 Mac 2018 : Tarikh Ujian Speaking
  • 10 Mac 2018 : Tarikh Ujian Bertulis

Kalendar Peperiksaan MUET 2018 MPM

Pendaftaran MUET Mac 2018 Secara Online

Pemohon yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi Mac 2018 boleh mengisi Borang Pendaftaran MUET secara Online. Ianya terdapat di laman sesawang MPM seperti panduan berikut :-

  1. Applikasi eSubmission MPM online
  2. Manual Pengguna Calon Persendirian MUET klik MUET Daftar atau di Panduan Pendaftaran
  3. Klik pada butang ‘Daftar pengguna’ atau hiperlink ‘Daftar Pengguna’

Pendaftaran MUET Mac 2018 Online

Peringatan Buat Calon MUET

  1. Calon adalah dinasihatkan untuk membeli dahulu nombor pin dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mendaftar sebagai pengguna portal.
  2. Calon juga dinasihatkan untuk membuat Semakan Slip Daftar MUET 2018 Online sebelum hadir menduduki peperiksaan. Permohonan perpindahan pusat Ujian MUET juga boleh dibuat dengan mengisi borang yang telah ditetapkan oleh MPM.

Pendaftaran MUET Mac 2018 Online

Semoga perkongsian Pendaftaran MUET Mac 2018 Online bermanfaat buat semua. Selamat menduduki peperiksaan MUET samada sebagai calon baru baru atau memperbaiki keputusan disamping memenuhi syarat UA/ IPTA dari segi syarat permohonan ataupun graduasi.

Semoga anda berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan MUET sesi Mac 2018 nanti. Tahniah kepada pelajar yang berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar Peperiksaan MUET 2019 MPM

Contoh Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme

Contoh Jawapan Kemunculan Dan Perkembangan