Daftar MySPP : Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Cara Pendaftaran jawatan secara atas talian/ online

Daftar MySPP : Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Makluman kepada pemohon dan anggota perkhidmatan pendidikan yang sedia ada. Tahukah anda bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran telah menyediakan sistem bagi memudahkan urusan anda? Sekiranya tidak, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Daftar mySPP Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan secara online untuk panduan semua.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran berfungsi sebagai Pihak Berkuasa Melantik dalam perkhidmatan pelajaran dengan menjalankan tugasnya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan. Antara tugasnya adalah melantik calon ke jawatan tetap, kontrak atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran, mengesahkan perkhidmatan anggota yang dilantik tetap, jawatan kosong dan mengawal kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.

Pendaftaran mySPP online

Pendaftaran mySPP Online : Cara Daftar Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan

Di bawah adalah perincian maklumat berkaitan Cara Daftar mySPP menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan iaitu borang permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran SPP sebagai panduan untuk anggota perkhidmatan pendidikan dan yang berkenaan dengannya.

Mulai 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan anggota perkhidmatan pendidikan akan menggunakan sistem di atas. Langkah ini akan memastikan semua permohonan jawatan bagi anggota perkhidmatan pendidikan dapat diselaraskan di bawah satu sistem permohonan sahaja. Bagi permohonan jawatan melalui Portal Jobs Malaysia, ia masih diteruskan sehingga 31 Julai 2020 sahaja. Permohonan melalui JobsMalaysia hendaklah mengemaskini maklumat SPP dan disimpan dalam sistem di atas. Bagi yang telah disahkan mendaftar di sistem ini pastikan jawatan tersebut ada disimpan dan telah mengesahkan permohonan akaun baharu di Portal mySPP.

Cara Daftar mySPP : Daftar MyID

Sebelum menggunakan sistem ini, anda perlu mendaftar MyID terlebih dahulu. Pendaftaran MyID hanya dilakukan sekali sahaja sebagai langkah mengaktifkan akaun anda. Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk mendaftar MyID (Permohonan jawatan spp):

Pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan/kemaskini menggunakan komputer & komputer riba sahaja. Penggunaan peranti mudah alih hanya boleh dibuat bagi tujuan SEMAKAN sahaja

1. Untuk membuat pendaftaran, anda boleh membuka pautan di bawah dan klik pada pautan Daftar Akaun Baharu

Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan

2. Paparan seperti di bawah akan keluar dan anda perlu mengisi maklumat yang dikehendaki serta memastikan medan yang bertanda (*) diisi.

paparan sistem mySPP

3. Selepas mengisi semua ruangan, klik butang Daftar. Jika ingin mengisi semula maklumat, klik butang Semula.

NOTA PENDAFTARAN:

  • Pastikan nombor telefon dan alamat emel yang digunakan adalah aktif bagi tujuan penghantaran notis dan surat penggilan.
  • Sila ingat soalan keselamatan kerana akan digunakan bagi tujuan kemaskini kata laluan anda.

Cara Melengkapkan Permohonan jawatan spp & Login Masuk mySPP

Setelah pendaftaran MyID berjaya, anda boleh mengisi borang my SPP dengan mengikuti langkah-langkah yang dikongsikan di bawah. Pemohon dinasihatkan untuk membaca terlebih dahulu maklumat jawatan di Portal Rasmi SPP sebelum memohon.

Hal ini supaya menglakkan pemohon memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.

1. Sila log masuk my SPP dengan memasukkan MyID dan Kata Laluan anda, kemudian klik Log Masuk.

  • Anda boleh menukar kata laluan atau soalan keselamatan pada pautan KATA LALUAN/ SOALAN KESELAMATAN

2. Klik pada pautan Maklumat Pemohon. Pastikan maklumat dalam medan yang bertanda (*) diisi dan klik butang Simpan

isi borang online Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan

3. Seterusnya, pemohon dikehendaki mengisi maklumat akademik masing-masing (Permohonan jawatan spp). Terdapat pautan untuk PT3/PMR, SPM, Peperiksaan Tambahan, STPM, STAM, Pengajian Tinggi dan Professional yang perlu diisi berdasarkan kelayakan akademik pemohon.

4. Selepas itu, pemohon perlu mengisi maklumat berkaitan penglibatan ko-kurikulum anda. Ia terbahagi kepada dua ruangan iaitu sukan/persatuan dan rekacipta/pencapaian.

5. Jika anda merupakan pegawai sedang berkhidmat, sila pilih YA apabila menu Pegawai Sedang Berkhidmat dipaparkan.

  • Klik pada sub-menu Pengalaman Bekerja di Sektor Awam
  • Sila isi maklumat yang ditandakan dengan bintang (*)
  • Pemohon yang menduduki Peperiksaan PSL perlu mengisi Tarikh Lulus Peperiksaan PSL dan lakukan carian untuk Jenis Peperiksaan.
  • Jika pemohon menduduki lebih daripada satu (1) Peperiksaan PSL, tekan butang “+ Tambah” untuk menambah ruang yang berkenaan.
  • Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan.

6. Pada ruangan maklumat tambahan sistem pengambilan anggota perkhidmatan pendidikan, pemohon boleh mengisi maklumat berkaitan bakat/kebolehan bahasa, bekas tentera/polis dan penerima bantuan/kurang upaya.

7. Jawatan Dipohon.

  • Pada menu ini, pemohon perlu memilih jawatan pada ruang Jawatan Yang layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang Jawatan yang Dipohon.
  • Jika ingin membatalkan permohonan jawatan yang telah dipohon, sila pilih jawatan tersebut di ruang Jawatan Yang Dipohon dan tekan butang <<.
  •  Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan.
  • Tekan butang SIMPAN untuk menyimpan maklumat yang telah diisi atau tekan butang BATAL untuk membatalkan maklumat yang telah dimasukkan.
  • Pemohon boleh memohon seberapa banyak jawatan yang ditawarkan. Namun demikian, pemohon dinasihatkan supaya memilih jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik yang dimiliki serta berminat dengan jawatan yang dipilih.

Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan jawatan dipohon

8. Pengakuan Pemohon. Sila pastikan semua maklumat telah diisi dengan tepat dan klik pada petak saya setuju. Seterusnya klik hantar

daftar myspp

Panduan Video

Semakan Permohonan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan

Pemohon yang ingin menyemak permohonan mereka di sistem pengambilan anggota perkhidmatan pendidikan boleh mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Klik pada bahagian ‘Semakan Permohonan.’
  2. Skrin akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan
  3. Sekiranya paparan ‘Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan,’ ini bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar
  4. Jika paparan yang dipaparkan “Tidak Melepasi Syarat-Syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan atau Kementerian.

Soalan Lazim my SPP (sistem pengambilan anggota perkhidmatan pendidikan)

Berikut adalah sebahagian daripada soalan lazim buat rujukan pemohon :-

1.Mulai 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan SPP perlu menggunakan my SPP, adakah saya masih boleh menggunakan Portal JobsMalaysia?

Anda digalakkan supaya menggunakan my SPP untuk permohonan jawatan SPP. Namun demikian, permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia (jawatan dimohon) masih diteruskan sehingga 31 Julai 2020 sahaja.

2. Sekiranya saya mempunyai masalah berkaitan my SPP atau Portal JobsMalaysia (seperti terdapat kesilapan maklumat semasa), bolehkah saya membuat aduan kepada SPP atau JobsMalaysia?

SPP hanya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas isu / masalah yang berkaitan dengan my SPP. Manakala, isu / masalah berkaitan Portal JobsMalaysia, anda dikehendaki untuk membuat aduan terus ke JobsMalaysia.

3. Apakah keperluan minima untuk menggunakan my SPP?

Untuk paparan dan fungsi terbaik, sila gunakan Google Chrome Version 48.0.2564 ke atas, Mozilla Firefox 45.0 ke atas atau Internet Explorer (IE) 11.0.9600.18499 dengan resolusi minima skrin 1024 x 768. Anda juga perlu mengaktifkan javascript di Pelayar Web anda.

4. Bagaimanakah saya hendak mendapatkan MyID bagi mengisi permohonan jawatan di my SPP?

MyID adalah nombor kad pengenalan anda. Anda perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu dengan menggunakan MyID sebelum mengisi my SPP

5. Jika saya membuat permohonan jawatan baharu, adakah permohonan saya yang terdahulu akan terbatal?

Ya, permohonan yang terdahulu akan terbatal sekiranya anda membuat permohonan baru. Namun begitu, sekiranya urusan permohonan terdahulu sedang diproses, urusan tersebut tetap akan diteruskan.

6. Adakah permohonan saya yang terdahulu masih sah?

Permohonan anda masih sah jika masih dalam tempoh sah laku pendaftaran. Sah laku pendaftaran permohonan adalah selama satu (1) tahun dan sekiranya tempoh sah laku telah tamat, anda perlu mengemas kini semula dan menghantar pengakuan pemohon sekali lagi.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkenaan cara daftar dan login my SPP, anda boleh rujuk atau hubungi pautan di bawah:-

Diharapkan perkongsian berkenaan Pendaftaran mySPP Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan dapat membantu memudahkan urusan anda. Semoga permohonan anda berjaya dan diterima.

Related : temu duga, butang hantar, suruhanjaya perkhidmatan pendidikan spp, panggilan temuduga, perkhidmatan pendidikan gred dg41, https://myspp.spp.gov.my/, selepas semua medan diisi klik butang, pegawai pendidikan pengajian tinggi, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada hotline myspp atau sispaa spp, talian hotline myspp, bermula 22 april 2023 sehingga 1 jun 2023, suruhanjaya bermakna tiada urusan pengambilan mulai tarikh pendaftaran permohonan jawatan, selepas semua medan diisi klik butang daftar,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *