Pendaftaran Online MUET Sesi 2 2023 (Borang)

Pendaftaran MUET Sesi 2 Julai 2023 Secara Online. Bilakah tarikh pendaftaran dan ujian bertulis peperiksaan MUET sesi 2 Julai 2023? Berdasarkan kepada Kalendar Peperiksaan MUET 2023 yang telah dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), pendaftaran online MUET sesi 2 Julai 2023 akan dibuka seperti tarikh yang dinyatakan di dalam jadual di bawah.

Pelajar yang bercadang untuk melanjutkan pengajian tinggi mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (degree), lulus peperiksaan MUET dengan sekurang-kurang Band 3 adalah wajib buat mereka. Oleh itu pelajar yang belum pernah menduduki atau ingin memperbaiki keputusan adalah dipelawa untuk membuat pendaftaran MUET sesi Julai 2023 pada tarikh yang telah ditetapkan.

Pendaftaran Online MUET Sesi 2 Julai

Cara Daftar MUET Sesi Julai 2023 Online (Borang Pendaftaran Online)

Calon yang ingin menduduki peperiksaan adalah diingatkan untuk mendaftar peperiksaan MUET Julai 2023 mengikut tarikh pendaftaran yang telah ditetapkan dalam Kalendar MUET. Calon adalah dinasihatkan untuk mendaftar awal secara online.

Ini kerana permohonan daftar yang lewat selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Untuk makluman, tarikh tutup pendaftaran adalah pada 4 April 2023.

Merujuk kepada Kalendar Peperiksaan MUET 2023 MPM terkini. Tarikh pendaftaran peperiksaan MUET sesi 2 Julai 2023 adalah seperti tarikh yang dinyatakan seperti berikut:-

Tarikh Penting MUET Sesi 2 (Julai 2023)

  • 29 November 2022 : Tarikh pendaftaran dibuka
  • 10 Januari 2023 : Tarikh pendaftran ditutup
  • 13, 14, 15, 16, 20, dan 21 Mac 2023 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
  • 1 April 2023 : Tarikh Ujian Bertulis

muet-sesi-2-2023-register

Kalendar_MUET_Tahun_2023-kemaskini-13-Januari-2023

Borang Pendaftaran Online MUET Sesi 2 Julai 2023

Pemohon yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi 2 Julai 2023 boleh mengisi Borang Pendaftaran MUET secara Online. Ianya terdapat di laman sesawang MPM seperti panduan berikut :-

  1. Applikasi eSubmission MPM online
  2. Manual Pengguna Calon Persendirian MUET klik MUET Daftar atau di Panduan Pendaftaran
  3. Klik pada butang ‘Daftar pengguna’ atau hiperlink ‘Daftar Pengguna’

Peringatan Penting Buat Calon MUET

  1. Calon adalah dinasihatkan untuk membeli dahulu nombor pin dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mendaftar sebagai pengguna portal.
  2. Calon juga dinasihatkan untuk membuat Semakan Slip Daftar MUET 2023 Online sebelum hadir menduduki peperiksaan. Permohonan perpindahan pusat Ujian MUET juga boleh dibuat dengan mengisi borang yang telah ditetapkan oleh MPM.

Semoga perkongsian cara daftar MUET sesi 2 Julai 2023 Online. Boleh dijadikan panduan untuk calon dalam membuat pendaftaran secara atas talian. Selamat menduduki peperiksaan MUET. Samada sebagai calon baru baru atau memperbaiki keputusan. Disamping untuk memenuhi syarat UA/ IPTA dari segi syarat permohonan ataupun graduasi. Moga anda berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Tinggalkan Komen