in

Pendaftaran Pemilih Online Melalui MySPR Daftar

Perhatian buat seluruh rakyat Malaysia yang belum lagi mendaftar sebagai pengundi serta mereka yang ingin menukar alamat bermastautin bagi pusat pilihan raya, kerajaan baru sahaja mengumumkan kaedah baharu untuk berbuat demikian dengan mudah iaitu secara atas talian atau online. Cara tersebut adalah dengan melayari laman web/ portal pendaftaran pengundi yang dikenali sebagai MySPR Daftar. Berikut adalah cara membuat pendaftaran pemilih online melalui MySPR Daftar iaitu cara daftar sebagai pengundi pilihanraya.

Pendaftaran pemilih yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini dibuat secara manual. Ianya adalah dengan pembukaan booth atau kiosk pendaftaran di tempat tertentu dan orang ramai perlu berkunjung ke situ untuk mendaftar pemilih dengan mengisi borang dan setelah itu perlu menunggu beberapa bulan sebelum mendapat status sebagai pengundi yang sah. Cara ini dianggap agak sulit justeru menyukarkan rakyat untuk mendaftar sebagai pengundi.

Pendaftaran Pemilih Online MySPR Daftar

Pengenalan inisiatif baharu cara pendaftaran pemilih ini juga dibuat selaras dengan keputusan kerajaan yang baru sahaja meluluskan pindaan penurunan had umur pengundi sah daripada 21 tahun kepada 18 tahun pada 16 Julai 2019 di persidangan Dewan Rakyat. Justeru dengan adanya kaedah baru ini, mereka yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi dapat melakukannya dengan mudah. Bukan itu sahaja, mereka yang ingin menukar alamat mengundi juga boleh berbuat demikian di sistem yang sama tanpa perlu hadir ke kaunter pejabat SPR.

Pendaftaran Pemilih Online Melalui MySPR Daftar (Daftar Sebagai Pengundi Pilihanraya)

Seperti sedia maklum, SPR melaksanakan dua jenis pendaftaran pemilih iaitu seperti berikut:

  1. Pendaftaran Baru: Permohonan pendaftaran baharu bagi warganegara yang layak untuk mendaftar sebagai pemilih buat kali pertama.
  2. Pendaftaran Tukar Alamat dan Pusat Mengundi: Permohonan pemilih berdaftar untuk menukar alamat tempat tinggalnya kepada alamat baru. Secara lazimnya apabila seseorang menukar alamat atau berpindah ke tempat baharu, maka pusat mengundinya akan ditetapkan berdasarkan pendaftaran alamat tempat baharu tersebut.

SYARAT KELAYAKAN MENDAFTAR

Sebelum membuat permohonan pendaftaran pemilih, pastikan melepasi semua syarat kelayakan pendaftaran pemilih iaitu:
No 1 Merupakan seorang warganegara Malaysia  
No 2 Telah mencecah usia 18 tahun (bermula tempoh kuat kuasa diumumkan secara rasmi)
No 3 Tinggal / Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan
No 4 Tiada dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang dikuat kuasakan

Langkah Pendaftaran Pemilih Secara Online Melalui MySPR

1. Pemohon perlu melayari Laman Web SPR dan klik butang “MYSPR DAFTAR” atau terus layari Laman Web MySPR Daftar seperti pautan di bawah:

Huruf A PERMOHONAN AKAUN BARU

2. Klik butang “PERMOHONAN AKAUN BARU” dan isikan maklumat yang diperlukan. Berikut adalah antara perkara yang diperlukan dalam mengisi maklumat secara online.

  • Nombor telefon bimbit yang masih aktif dan sah
  • Emel yang aktif dan sah
  • Gambar bahagian depan Kad Pengenalan

MySPR Daftar

  • Gambar swafoto bersama kad pengenalan (rujuk gambar di bawah)

MySPR Daftar

3. Setelah mengisi semua maklumat yang diperlukan, klik butang “HANTAR”

4. Proses verifikasi akan dilakukan oleh Pegawai SPR dan setelah pengesahan dibuat, satu emel pengaktifan akan dihantar ke emel yang didaftarkan.

  • Sekiranya emel tidak dijumpai di dalam Inbox, sila semak di bahagian Spam.
  • Permohonan akan diproses pada hari yang sama sekiranya dihantar pada jam 8.00am sehingga 12pm hari bekerja.
  • Permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya sekiranya dihantar selepas jam 12pm hari berkerja.
  • Permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya sekiranya dihantar pada hari Sabtu, Ahad atau Hari Kelepasan Am.

Huruf B PENGAKTIFAN AKAUN

5. Setelah permohonan mendapat pengesahan daripada pegawai SPR, satu emel pengaktifan akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan seperti gambar berikut.

MySPR Daftar

6. Klik pada pautan pengaktifan yang diberikan dalam emel dan laman “Pengaktifan Akaun” akan ditunjukkan. Masukkan No. MyKad dan kata laluan yang didaftarkan.

7. Klik butang “MOHON TAC” dan SMS akan dihantarkan kepada nombor telefon bimbit pengguna yang didaftarkan. Masukkan No. TAC dan klik butang “HANTAR” untuk login ke MySPR Daftar.

8. Masukkan No. Kad Pengenalan, kata laluan dan kod captcha serta klik butang “LOG MASUK”.

Huruf C ISI BORANG A (PENDAFTARAN BARU/PERTUKARAN ALAMAT)

9. Setelah berjaya log masuk, Klik menu “Status Saya” untuk membuat pendaftaran baru atau pertukaran alamat.

10. Seterusnya klik butang “BORANG A (PENDAFTARAN BARU/PERTUKARAN ALAMAT) ” di belah kanan atas skrin dan isikan maklumat yang diperlukan.

  • Sekiranya pemilih belum pernah mendaftar, paparan mesej “TUAN/PUAN BELUM MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH” akan ditunjukkan dan pemohon akan dibawa ke skrin Borang A (Pendaftaran Baru) setelah klik butang tersebut.
  • Sekiranya pemilih telah berdaftar, maklumat akan dipaparkan dan pemilih boleh klik butang “BORANG A (PENDAFTARAN BARU/PERTUKARAN ALAMAT) dan skrin Borang A (Pertukaran Alamat) akan dipaparkan.

11. Klik butang “HANTAR/CETAK BORANG A” untuk permohonan diproses oleh pihak SPR.

  • Borang tersebut boleh dicetak atau dimuat turun sebagai simpanan atau rekod pemohon

Maklumat Lanjut Pendaftaran Pemilih Online Melalui MySPR

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendaftaran pemilih online melalui MySPR, sila rujuk panduan pendaftaran MySPR seperti pautan di bawah atau hubungi pihak SPR melalui butiran berikut:

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan rakyat Malaysia dalam membuat pendaftaran pemilih secara online menerusi MySPR Daftar. Sama-samalah kita membantu dalam memilih pemimpin yang berkaliber untuk mentadbir negara kita seterusnya membawa kemajuan terhadap ekonomi dan keharmonian sejagat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Senarai Tadika Islam Johor (TAJ) Mengikut Daerah/ Kawasan

Senarai Skim Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP (Majlis Agama Islam WP)