in

Perbezaan Politeknik Premier Dan Konvensional/METrO

Apakah Perbezaan Di Antara Politeknik Premier Dengan Politeknik Konvensional/ METrO. Pasti ramai pelajar terutama lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pengajian tinggi ke Politeknik di Malaysia? Tahukah anda terdapat 3 jenis/ kategori Politeknik yang terdapat di Malaysia iaitu Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik METrO. Jadi apakah Perbezaan Politeknik Premier Dan Konvensional/METrO?

Perkembangan pantas cabang pendidikan teknikal di Malaysia telah menyaksikan kewujudan 27 buah Politeknik tidak termasuk 4 buah Poli METrO di seluruh negara. Perubahan keadaan ekonomi negara daripada berasaskan pertanian kepada perindustrian telah melonjakkan permintaan untuk mengikuti pendidikan di politeknik yang menawarkan Program Sijil, Diploma dan Ijzazah Sarjana Muda.

Perbezaan Politeknik Premier Dan Konvensional/METrO

Apa Beza Politeknik Premier Dengan Politeknik Konvensional/ METrO

Politeknik menjadi pilihan pelajar untuk melanjutkan pelajar tinggi mereka kerana faktor berikut :-

  1. Institusi milik penuh Kerajaan
  2. Program pengajian yang diiktiraf MQA
  3. Yuran pengajian yang berpatutan
  4. Peluang pekerjaan yang cerah
  5. Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi

Untuk makluman, ketiga-tiga jenis Politeknik di Malaysia mempunyai fungsi dan tujuan yang sama iaitu melahirkan para lulusan di peringkat separa profesional dalam bidang bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan. Ianya sekaligus menyediakan laluan alternatif lepasan politeknik ke pendidikan tinggi.

Perbezaan Politeknik Premier Dan Konvensional Serta Politeknik METrO

Berikut dikongsikan apakah perbezaan di antara Politeknik Premier dengan Politeknik Konvensional / METrO untuk panduan dan rujukan pelajar semua.

A. Politeknik Premier

Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan universiti awam. Permohonan kemasukan adalah melalui Permohonan UPU secara online. Pelajar perlu bersaing untuk kemasukan ke UA dan Politeknik Premier. Kriteria pengambilan pelajar menjurus kepada pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.

Politeknik Premier menawarkan program pengajian pada peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda. Kini terdapat tiga politeknik premier iaitu :-

Senarai Lokasi Politeknik Premier

  1. Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO)
  2. PSA – Politeknik Sutan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor
  3. Politeknik Ibrahim Sultan, Johor (PIS)

Perbezaan Politeknik Premier Dan Konvensional/METrO

B. Politeknik Konvensional

Adalah politeknik biasa yang diwujudkan sebelum ini. Pengambilan pelajar adalah untuk lepasan SPM adalah melalui UPU Online atau pun melalui Portal Bahagian Pengambilan Pelajar Politeknik. Antara lain Poli Premier menawarkan program pengajian pada peringkat Sijil dan Diploma. Terbuka kepada pelajar sepenuh masa atau pun separuh masa.

Senarai Lokasi Politeknik Konvensional

  1. Politeknik Sultan Ahmad Shah, Pahang
  2. Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kedah
  3. Kota Bharu, Kelantan
  4. Politeknik Kuching, Sarawak
  5. Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
  6. Kota Kinabalu, Sabah
  7. Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
  8. Politeknik Kota, Melaka
  9. Kota Kuala Terengganu, Terengganu
  10. Politeknik Sultan Abdul Mizan, Terengganu
  11. Politeknik Merlimau, Melaka
  12. Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah
  13. Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak
  14. Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor
  15. Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
  16. Politeknik Muadzam Shah, Pahang
  17. Politeknik Mukah, Sarawak
  18. Balik Pulau, Pulau Pinang
  19. Politeknik Jeli, Kelantan
  20. Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
  21. Banting, Selangor
  22. Politeknik Mersing, Johor
  23. Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu
  24. Sandakan, Sabah
  25. Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Muar, Johor

C. Politeknik METrO – Perbezaan Politeknik Premier Dan Konvensional/ Metro

Merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah (local and regional sosio-economic needs) dalam bidang tertentu terutamanya bagi keperluan sektor perkhidmatan (service industries) yang semakin meningkat, sama ada pada peringkat industri kecil dan sederhana (IKS) mahupun syarikat multi-nasional.

Penubuhan Politeknik METrO adalah seiring dengan agenda transformasi negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik. Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan upskill dan re-skilling. Pembelajaran di Politeknik METrO akan mengutamakan kaedah Blended Learning (Pembelajaran Teradun) dan menjurus ke arah Open Distance Learning (ODL) dalam kerangka e-pembelajaran.

Permohonan kemasukkan adalah fleksibel yang diurus secara autonomi tanpa melalui pengambilan pelajar secara berpusat.

Senarai Lokasi Politeknik METrO

  1. Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
  2. Politeknik METrO Kuantan (PMKU)
  3. METrO Johor Bahru (PMJB)
  4. Politeknik METrO Betong (PMB)
  5. Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG)

Semoga perkongsian perbezaa Politeknik Premier Dan Konvensional/METrO ini boleh dijadikan panduan buat pelajar dalam memilih pilihan pengajian tinggi yang bersesuaian dengan kelayakan pendidikan mereka. Selamat menyambung pengajian tinggi anda di Politeknik seluruh Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kadar Dividen ASB ASN 2017 Dan Bonus

Kadar Dividen ASB ASN 2018 Dan Bonus

Senarai Universiti Awam (UA) Di Malaysia

Senarai Universiti Awam (UA) Di Malaysia