Permohonan ADTEC Shah Alam Sesi Januari 2024 Online. Maklumat pengambilan kemasukan ke ADTEC Shah Alam meliputi borang dan syarat kelayakan.

Permohonan ADTEC Shah Alam 2024 Online

Berita baik buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat dalam bidang kemahiran khususnya bidang-bidang kejuruteraan. Anda berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi dalam peringkat diploma di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam. Kemasukan segera bagi pengambilan permohonan ADTEC Shah Alam sesi Januari 2024 telah dibuka.

ADTEC merupakan salah satu pusat latihan bawah penyeliaan Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM). ILJTM diperkenalkan dengan tujuan menyediakan program pra-pekerjaan untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian yang memerlukan kemahiran yang sesuai untuk bekerja. Selain ADTEC, Institut Latihan Perindustrian dan JMTi juga adalah pusat latihan di bawah seliaan ILJTM.

Permohonan ADTEC Shah Alam 2019 Online

ADTEC terbuka kepada semua rakyat Malaysia berkelulusan lepasan SPM yang berumur 17 hingga 35 tahun dan berminat dalam bidang kemahiran. Ianya menyediakan program di peringkat diploma khusus yang ditawarkan di lapan buah ADTEC yang terdapat di seluruh Malaysia.

Permohonan ADTEC Shah Alam Sesi Januari 2024 Secara Online

Terbuka kepada pelajar lepasan SPM & SKM Tahap 3, anda boleh mula memohon kemasukan ke ADTEC Shah alam bagi ambilan Januari 2024. Pengambilan pelajar ke ADTEC Shah Alam dilakukan sebanyak dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan juga Julai.

Kemasukan Segera Lepasan SPM dan SKM Tahap 3 ke ADTEC Shah Alam Ambilan Januari 2024

Berikut adalah iklan tawaran kemasukan kemasukan segera ke ADTEC bagi ambilan Januari 2023 untuk lepasan SPM dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3.

permohonan-adtec-shah-alam-Januari-2024

Muat Turun Borang Permohonan

Muat turun dan lengkapkan borang permohonan di pautan berikut:

Hantar borang permohonan yang lengkap di alamat berikut:

  • PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) SHAH ALAM,
    LOT 5934-1, JALAN BUKIT KEMUNING, SEKSYEN 32,
    40460 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

Cara Buat Permohonan ADTEC Online

Untuk melengkapkan permohonan secara atas talian, gunakan pautan berikut:

Kursus-Kursus ADTEC Yang Di Tawarkan

Di bawah adalah senarai kursus yang ditawarkan mengikut kategori pelajar:

Diploma Teknologi Kejuruteraan (Lepasan SPM)

  1. Diploma Teknologi Jaminan Kualiti
  2. Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyelanggaraan Kapal Terbang

Diploma Teknologi (Lepasan SKM Tahap 3)

  1. *Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan)
  2. *Diploma Teknologi Kimpalan
  3. *Diploma Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
  4. Diploma Teknologi Elektrik (Kuasa) (Perlu mempunyai Sijil Pendawaian Elektrik PW2/PW4)
  5. Diploma Teknologi Mekatronik

NOTA : Tempoh pengajian bagi kursus bertanda (*) adalah 1 tahun 6 bulan manakala lain-lain kursus adalah 3 tahun. Diploma Teknologi Elektrik (Kuasa) adalah 2 tahun

Syarat Am Kemasukan ADTEC Shah Alam

Berikut adalah syarat-syarat am bagi kemasukan pelajar ke ADTEC Shah alam:

  • Warganegara Malaysia berumur antara 17 hingga 35 tahun
  • Sihat tubuh badan, tidak buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Syarat Akademik

Syarat kemasukan bagi kursus Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Kapal Terbang :

  1. Kepujian Bahasa Melayu
  2. Kepujian Bahasa Inggeris
  3. Lulus Sejarah
  4. Kepujian Matematik/ Matematik Tambahan
  5. Kepujian (Gred C+) bagi aliran Sains atau Kepujian (Gred C+) bagi aliran bukan Sains dalam subjek sains/sains tambahan/sains gunaan/fizik/kimia atau subjek teknikal lulus dalam peperiksaan khas yang dijalankan

Syarat kemasukan bagi lain-lain kursus :

  • Klik pada kursus yang ingin dipilih untuk mendapatkan maklumat syarat kemasukan: Kursus ADTEC

Diucapkan selamat maju jaya buat para pemohon yang berminat untuk memasuki ADTEC Shah Alam. Semoga perkongsian di atas dapat membantu memudahkan para pelajar dalam menyambung pelajaran di peringkat pengajian tinggi dan seterusnya berjaya mendapatkan pekerjaan.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *