Permohonan Air Percuma Selangor 2024 Online (Skim Air Darul Ehsan SADE). Cara mohon dan daftar bantuan di Sistem Smart lnisiatif Peduli Rakyat.

Permohonan Air Percuma Selangor 2024 (Skim Air Darul Ehsan)

Panduan buat rakyat Malaysia terutamanya yang menetap di Selangor. Adakah anda memenuhi syarat kelayakan untuk menerima bantuan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) Selangor? Tahukah anda bahawa Skim Air Darul Ehsan merupakan salah satu bantuan kerajaan Negeri Selangor untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah? Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Air Percuma Selangor 2024 yang boleh dipohon secara borang atas talian ataupun secara manual.

Skim Air Darul Ehsan merupakan penjenamaan semula bagi Program Pemberian Air Percuma yang telah dijalankan oleh kerajaan Selangor bermula 1 Jun 2008. Skim ini akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2020. Program air percuma tersebut dijajarkan sebagai usaha untuk mengawal kedudukan kewangan negeri yang terkesan dengan peningkatan jumlah para penduduk saban tahun.

Permohonan Air Percuma Selangor Skim Air Darul Ehsan

Skim Air Darul Ehsan : Permohonan Air Percuma Selangor 2024 (SADE)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Skim Air Darul Ehsan (permohonan SADE) buat panduan semua meliputi tarikh penting permohonan, pautan borang dan syarat kelayakan memohon.

Terkini : Berdasarkan kenyataan daripada Air Selangor, pengguna akaun meter pukal kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik sehingga 31 Disember 2024 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

Tarikh Pendaftaran Skim Air Darul Ehsan

Bagi yang berminat dan berkelayakan, Skim Air Darul Ehsan dibuka dan ditutup pada tarikh berikut:

  • Tarikh Buka Permohonan: –
  • Tarikh Tutup Permohonan: 31 Disember 2024

Kini Skim Air Darul Ehsan Fasa 4 telah dibuka semula untuk permohonan baru mulai

  • Pendaftaran SADE akan dibuka sepanjang tahun sehingga tahun 2024

Jadual Pelaksanaan SADE tahun 2022 2024

Syarat Kelayakan Permohonan Air Percuma Selangor

Antara syarat kelayakan Skim Air Darul Ehsan adalah:

  1. Pemohon atau pasangan merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Selangor
  2. Mempunyai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri atau salah seorang sekiranya bujang/ tiada pasangan) RM5,000 dan ke bawah
  3. Premis kediaman menggunakan meter individu
  4. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja
  5. Nota : Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma dibawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik sehingga 31 Disember 2024 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/ MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor(LPHS)

Permohonan Skim Air Darul Ehsan Online

Untuk para pemohon yang hendak membuat permohonan secara atas talian/ online, rujuk pautan di bawah:

Borang Permohonan SADE Secara Manual Skim Air Darul Ehsan

Bagi yang ingin mengisi borang permohonan hard copy, boleh muat turun borang tersebut di pautan berikut:

Atau rujuk saluran berikut untuk mendapatkan borang permohonan:

  • Kaunter Perkhidmatan di kesemua 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd
  • Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Dewan Negeri
  • Hubungi talian 15300 untuk sebarang pertanyaan dan bantuan

Peringatan: Setelah melengkapkan borang permohonan, ia boleh diserahkan menerusi e-mel kepada iprair@airselangor.com atau ke mana-mana kaunter perkhidmatan pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Air Selangor menyarankan borang permohonan yang lengkap dihantar melalui emel kerana kaunter-kaunter perkhidmatan di 10 pejabat wilayah Air Selangor masih ditutup.

Semakan Status Skim Air Darul Ehsan

Mereka yang telah membuat permohonan boleh mengetahui status kelayakan dengan menyemak secara online di pautan berikut bermula 28 April 2020 :

Maklumat Penting Air Percuma Selangor

Seramai 250,000 pemegang akaun meter individu di Selangor layak menerima bantuan air percuma menerusi Skim Air Darul Ehsan berdasarkan kenyataan EXCO Infrastruktur Selangor pada 15 Julai 2020

  1. Pengguna yang menikmati bekalan air percuma 20 meter padu setiap bulan akan terus menikmati keistimewaan sehingga 29 Februari 2020. Permohonan yang baharu perlu dilakukan untuk Skim Air Darul Ehsan. Jika layak, mereka dapat menikmati kemudahan tersebut pada 1 Mac 2020
  2. Pengguna layak memohon (tertakluk kepada syarat permohonan dan semakan kelayakan) walaupun tiada pendapatan tetap, tiada slip gaji dan tidak pernah mendaftar dengan LHDN
  3. Status permohonan akan dimaklumkan sebelum 1 Mac 2020 dan selepas berakhirnya tempoh pendaftaran
  4. Wakil tidak dibenarkan untuk membuat permohonan. Hanya pemohon sendiri atau pasangan yang dibenarkan
  5. Tiada dokumen sokongan yang perlu dilampirkan, asalkan borang permohonan yang diserahkan lengkap. Jika tidak lengkap, borang tidak akan diproses

Pada 18 Januari 2024, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan kerajaan negeri akan menyerap sebahagian tarif baharu air yang dianggar RM40 juta setahun untuk penerima SADE, rumah ibadah dan kebajikan. Lebih sejuta rakyat atau 285,673 akaun penerima air percuma SADE menerima tanggungan kos yang meningkat RM1.60 kepada Rm13 setiap isi rumah bermula tahun 2024. Justeru, beliau menyeru rakyat yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah untuk memohon Skim Air Darul Ehsan untuk meringankan beban kewangan masing-masing.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, rujuk butiran di bawah:

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Permohonan Air Percuma Selangor 2024 ini dapat memberi manfaat buat semua. Kepada yang berkelayakan selamat membuat permohonan dan semoga berjaya!

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *