in

Permohonan Asrama Malaysia 2019 (AMal) KPM

Perhatian buat pelajar Tahun 6 (UPSR 2018) dan pelajar PT3 2018 yang berminat memasuki Asrama Malaysia (AMal) dahulunya Asrama 1Malaysia (A1M). Menerusi makluman dari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Permohonan Asrama Malaysia AMal 2019 kini dibuka. Permohonan kemasukan adalah untuk murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat (4) Program Asrama Malaysia KPM.

Permohonan A1M 2019 adalah dibuka kepada semua murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 pada tahun 2018 yang bersekolah di sekolah rendah (SK/ SJKC/ SJKT) di seluruh negara. Murid-murid yang terpilih ke AMal akan ditempatkan di 4 sekolah sekitar KL, Johor Bahru, Miri dan Kota Kinabalu.

Permohonan Asrama Malaysia AMal 2019

Borang Permohonan Asrama Malaysia AMal 2019 (Permohonan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4)

Bagi pemohon atau ibu bapa yang tidak tahu, Asrama Malaysia (AMal) ada menempatkan murid pelbagai kaum dalam satu asrama . A1M mula dilaksanakan di Kuala Lumpur (KL) pada tahun 2010. Pendaftaran kohort pertama Tingkatan 1 adalah pada 9 Mei 2010 sebelum berpindah ke Jalan Kuantan, KL.

Cara Membuat Permohonan Asrama Malaysia (AMal) 2019

Berikut dikongsikan maklumat permohonan kemasukan ke Program Asrama Malaysia (AMal) yang dibuka untuk kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ambilan 2019. Maklumat yang dipaparkan termasuk link muat turun borang permohonan AMal, syarat kemasukan, dokumen yang diperlukan dan maklumat penghantaran borang yang telah lengkap di isi.

Syarat Permohonan AMal 2019 Tingkatan 1 Dan 4

Pemohon hendaklah melepasi syarat berikut :-

  1. Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia sahaja
  2. Terbuka kepada semua kaum
  3. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang berpotensi daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau sederhana
  4. Pencalonan hendaklah dibuat oleh Pentadbir di sekolah semasa di mana pemohon belajar.
  5. Sekiranya Murid AMAL keluar daripada Program Asrama 1Malaysia (Keluar Asrama) pihak sekolah berhak mengambil tindakan dikeluarkan daripada sekolah AMAL sekiranya saluran kemasukan adalah melalui tawaran ke Program AMal KPM.

Dokumen Yang Diperlukan

Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  • Sijil lahir / Kad pengenalan pemohon dan ibu bapa (jika tidak disertakan permohonan tidak akan diproses)
  • Keputusan UPSR bagi permohonan ke Tingkatan 1 atau PT3 bagi permohonan ke Tingkatan 4 (jika tidak disertakan permohonan tidak akan diproses)
  • Sijil-Sijil Akademik , Kokurikulum dan sijil-sijil lain
  • Slip Gaji / Penyata Pendapatan ibu bapa/penjaga dan Pengesahan oleh Suruhanjaya Sumpah / Ketua Kampung atau Penghulu sekiranya tiada slip gaji
  • Dokumen Sokongan untuk ibu atau bapa tunggal
  • Dokumen Sokongan hak penjagaan anak sekiranya ibubapa bercerai

Muat Turun Borang Permohonan AMal 2019

Berikut adalah panduan cara membuat permohonan Asrama Malaysia 2019 :-

  1. Pemohon perlu mengisi borang dan menyediakan salinan dokumen yang diperlukan dengan lengkap
  2. Permohonan tidak lengkap tidak akan diproses
  3. Pemohon perlu memilih sekolah daripada senarai sekolah yang ada untuk ditempatkan bagi mengikuti program Asrama Malaysia (AMal)
  4. Permohonan bagi murid semenanjung ke Sabah atau Sarawak adalah digalakkan namun kos pengangkutan murid adalah bawah tanggungan sendiri
  5. Pemohon perlu mendapatkan tandatangan Guru Besar atau Pengetua atau Pentadbir sekolah semasa pemohon sebelum menghantar borang permohonan
  6. Pentadbir perlu memastikan borang permohonan lengkap diisi dan disertakan dengan dokumen yang telah disahkan.

Borang permohonan beserta salinan dokumen yang telah disahkan boleh dihantar kepada Urusetia Pengambilan Murid Amal 2019 melalui saluran berikut:

a. Melalui Sekolah Semasa:

Pemohon hantar kepada pihak sekolah, pihak sekolah hantar kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM, Putrajaya

b. Melalui Sekolah Asrama Malaysia (AMal) :

Pemohon menghantar terus ke 4 buah sekolah Asrama Malaysia (AMal) secara pos atau serahan tangan kepada:

  1. Victoria Institution, Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur; atau
  2. SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bharu, Johor; atau
  3. Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah; atau
  4. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak

c. Kementerian Pendidikan Malaysia :

Pemohon menghantar secara pos atau secara serahan tangan kepada :

  • Unit Pengurusan Asrama Harian
  • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
  • Aras 4, Blok E2, Kompleks E
  • Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
  • 62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut :

  • Untuk Tingkatan 1: 30 November 2018 Dilanjutkan sehingga 6 Disember 2018 (Jam 500 petang)
  • Untuk Tingkatan 4: 29 Disember 2018

Sila klik link yang dikongsikan di bawah ini untuk memuat turun borang dan brosur serta borang pengakuan pendapatan :-

Senarai Sekolah Yang Menawarkan Asrama 1Malaysia

Murid-murid yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut:

  1. A1M KUALA LUMPUR
    VICTORIA INSTITUTION, KUALA LUMPUR
    LELAKI SAHAJA
  2. A1M JOHOR
    SMK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR
    PEREMPUAN SAHAJA
  3. A1M SABAH
    SMK MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU, SABAH
    LELAKI & PEREMPUAN
  4. A1M SARAWAK
    KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG, MIRI, SARAWAK
    LELAKI & PEREMPUAN

Maklumat Lanjut Permohonan AMal 2019

Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pendaftaran masuk ke A1M dijangka pada – Januari 2019.

Selamat membuat Permohonan Asrama Malaysia AMal 2019. Semoga permohonan anda berjaya diterima dan ditawarkan kemasukan ke Asrama Malaysia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Koleksi Soalan Percubaan UPSR 2018 Dan Jawapan

EKasih Daftar Permohonan Dan Semakan Pendaftaran