in

Permohonan Asrama Malaysia 2020 (AMal) KPM

Perhatian buat pelajar Tahun 6 (UPSR 2019) dan pelajar PT3 2019 yang berminat memasuki Asrama Malaysia (AMal) dahulunya Asrama 1Malaysia (A1M). Menerusi makluman dari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Permohonan Asrama Malaysia AMal 2020 akan dibuka pada Noveber nanti. Permohonan kemasukan adalah untuk murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat (4) Program Asrama Malaysia KPM.

Permohonan A1M 2020 adalah dibuka kepada semua murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 pada tahun 2019 yang bersekolah di sekolah rendah (SK/ SJKC/ SJKT) di seluruh negara. Murid-murid yang terpilih ke AMal akan ditempatkan di 4 sekolah sekitar KL, Johor Bahru, Miri dan Kota Kinabalu.

Permohonan Asrama Malaysia AMal 2020

Borang Permohonan Asrama Malaysia AMal 2020 (Permohonan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4)

Bagi pemohon atau ibu bapa yang tidak tahu, Asrama Malaysia (AMal) ada menempatkan murid pelbagai kaum dalam satu asrama . A1M mula dilaksanakan di Kuala Lumpur (KL) pada tahun 2010. Pendaftaran kohort pertama Tingkatan 1 adalah pada 9 Mei 2010 sebelum berpindah ke Jalan Kuantan, KL.

Cara Membuat Permohonan Asrama Malaysia (AMal) 2020

Berikut dikongsikan maklumat permohonan kemasukan ke Program Asrama Malaysia (AMal) yang dibuka untuk kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ambilan 2019 sebagai rujukan. Bagi ambilan 2020 akan dikemaskini. Maklumat yang dipaparkan termasuk link muat turun borang permohonan AMal, syarat kemasukan, dokumen yang diperlukan dan maklumat penghantaran borang yang telah lengkap di isi.

Syarat Permohonan AMal 2020 Tingkatan 1 Dan 4

Pemohon hendaklah melepasi syarat berikut :-

  1. Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia sahaja
  2. Terbuka kepada semua kaum
  3. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang berpotensi daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau sederhana
  4. Pencalonan hendaklah dibuat oleh Pentadbir di sekolah semasa di mana pemohon belajar.
  5. Sekiranya Murid AMAL keluar daripada Program Asrama 1Malaysia (Keluar Asrama) pihak sekolah berhak mengambil tindakan dikeluarkan daripada sekolah AMAL sekiranya saluran kemasukan adalah melalui tawaran ke Program AMal KPM.

Dokumen Yang Diperlukan

Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  • Sijil lahir / Kad pengenalan pemohon dan ibu bapa (jika tidak disertakan permohonan tidak akan diproses)
  • Keputusan UPSR bagi permohonan ke Tingkatan 1 atau PT3 bagi permohonan ke Tingkatan 4 (jika tidak disertakan permohonan tidak akan diproses)
  • Sijil-Sijil Akademik , Kokurikulum dan sijil-sijil lain
  • Slip Gaji / Penyata Pendapatan ibu bapa/penjaga dan Pengesahan oleh Suruhanjaya Sumpah / Ketua Kampung atau Penghulu sekiranya tiada slip gaji
  • Dokumen Sokongan untuk ibu atau bapa tunggal
  • Dokumen Sokongan hak penjagaan anak sekiranya ibubapa bercerai

Muat Turun Borang Permohonan AMal 2020

Berikut adalah panduan cara membuat permohonan Asrama Malaysia 2020 :-

  1. Pemohon perlu mengisi borang dan menyediakan salinan dokumen yang diperlukan dengan lengkap
  2. Permohonan tidak lengkap tidak akan diproses
  3. Pemohon perlu memilih sekolah daripada senarai sekolah yang ada untuk ditempatkan bagi mengikuti program Asrama Malaysia (AMal)
  4. Permohonan bagi murid semenanjung ke Sabah atau Sarawak adalah digalakkan namun kos pengangkutan murid adalah bawah tanggungan sendiri
  5. Pemohon perlu mendapatkan tandatangan Guru Besar atau Pengetua atau Pentadbir sekolah semasa pemohon sebelum menghantar borang permohonan
  6. Pentadbir perlu memastikan borang permohonan lengkap diisi dan disertakan dengan dokumen yang telah disahkan.

Borang permohonan beserta salinan dokumen yang telah disahkan boleh dihantar kepada Urusetia Pengambilan Murid Amal 2020 melalui saluran berikut:

a. Melalui Sekolah Semasa:

Pemohon hantar kepada pihak sekolah, pihak sekolah hantar kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM, Putrajaya

b. Melalui Sekolah Asrama Malaysia (AMal) :

Pemohon menghantar terus ke 4 buah sekolah Asrama Malaysia (AMal) secara pos atau serahan tangan kepada:

  1. Victoria Institution, Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur; atau
  2. SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bharu, Johor; atau
  3. Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah; atau
  4. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak

c. Kementerian Pendidikan Malaysia :

Pemohon menghantar secara pos atau secara serahan tangan kepada :

  • Unit Pengurusan Asrama Harian
  • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
  • Aras 4, Blok E2, Kompleks E
  • Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
  • 62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tarikh permohonan adalah seperti berikut :

  • 18 November sehingga 9 Disember 2019

Sila klik link yang dikongsikan di bawah ini untuk memuat turun borang dan brosur serta borang pengakuan pendapatan :-

Senarai Sekolah Yang Menawarkan Asrama Malaysia

Murid-murid yang terpilih ke AMal akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut:

  1. AMal KUALA LUMPUR
    VICTORIA INSTITUTION, KUALA LUMPUR
    LELAKI SAHAJA
  2. AMal JOHOR
    SMK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR
    PEREMPUAN SAHAJA
  3. AMal SABAH
    MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU, SABAH
    LELAKI & PEREMPUAN
  4. AMal SARAWAK
    KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG, MIRI, SARAWAK
    LELAKI & PEREMPUAN

Maklumat Lanjut Permohonan AMal 2020

Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat tawaran dari 18 Disember 2019 sehingga 27 Disember 2019.
  • Tempoh rayuan boleh dilakukan bermula 13 Januari 2020 sehingga 17 Januari 2020. Penempatan rayuan yang berjaya adalah pada 10 Februari 2020

Selamat membuat Permohonan Asrama Malaysia AMal 2020. Semoga permohonan anda berjaya diterima dan ditawarkan kemasukan ke Asrama Malaysia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Koleksi Soalan Percubaan UPSR 2019 Dan Jawapan

EKasih Daftar Permohonan Dan Semakan Pendaftaran