in

Permohonan Bantuan Khas COVID-19 (NADMA)

Berita baik buat seluruh warganegara Malaysia yang sedang menghadapi dugaan akibat penularan wabak COVID-19. Adakah anda kehilangan sumber pendapatan dan tidak dibayar gaji kerana mendapat arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk berkuarantin atau positif COVID-19? Sekiranya ya, Kerajaan Malaysia melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyediakan pemberian khas bantuan COVID-19 kepada yang layak. Berikut dikongsikan cara membuat permohonan Bantuan Khas COVID-19 (NADMA) sebagai rujukan semua.

Susulan daripada pengisytiharan oleh World Health Organisation (WHO) yang mengklasifikasikan wabak COVID-19 sebagai pandemik, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Bergerak (PKP). Segala aktiviti yang tidak penting perlu dihentikan dan rakyat dinasihatkan supaya duduk di rumah masing-masing. Perintah ini telah memberikan kesan terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil yang bergantung kepada pendapatan harian untuk keperluan hidup. Maka, kerajaan telah bertindak secara prihatin dengan memperkenalkan bantuan khas kepada rakyat yang terkesan akibat Perintah Kawalan Bergerak yang bermula pada 18 Mac 2020.

Permohonan Bantuan Khas COVID-19 NADMA

Permohonan Bantuan Khas Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Akibat Wabak COVID-19

Maklumat seperti di bawah dipetik dari Portal Rasmi NADMA :-

Kadar Bantuan: RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded). Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (oneoff) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Berikut adalah maklumat penting seperti syarat kelayakan, kadar bantuan dan cara memohon berkenaan Bantuan Khas COVID-19 untuk panduan semua.

Baca : Permohonan Bantuan RM600 Sebulan PERKESO (Program ERP)

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN KHAS COVID-19

No 1 Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak COVID-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
No 2 Pemohon adalah warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak
dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

PEMOHON YANG TIDAK LAYAK

No 1 Pemohon bukan warganegara Malaysia.
No 2 Pemohon tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
No 3 Pemohon mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19

Agensi Pengurusan Bencana Negara telah ditugaskan untuk menguruskan permohonan bantuan khas ini. Berikut adalah kadar bantuan yang diberikan:

KADAR BANTUAN KHAS COVID-19

RM100 SEHARI* 

*sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded). 
Untuk makluman, Bantuan khas ini akan diberikan sekali sahaja secara (oneoff) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang

TATACARA PERMOHONAN

Kepada mereka yang melepasi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, anda dikehendaki mengikuti langkah-langkah permohonan secara manual di bawah untuk memohon bantuan ini:

1. Sila download borang permohonan Bantuan Khas COVID-19 yang dinyatakan di bawah dengan membuka pautan our website berikut:

2. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos ke NADMA pada alamat:

  • Ketua Pengarah
    Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
    Jabatan Perdana Menteri
    Aras 7, Blok D5, Kompleks D
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62502 PUTRAJAYA
    (u.p. : Sekretariat KWABBN)

Sebelum menghantar borang permohonan, sila lampirkan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap seperti di bawah:

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

No 1 Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)
No 2 Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
No 3Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):

  • i. Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian
    • a. Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM
    • b. Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
  • ii. Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19 (warded)
    • a. Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.
No 4 Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal
No 5 Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)
**sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank/muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.

Berikut adalah carta alir permohonan Bantuan Khas COVID-19 untuk rujukan pemohon:

carta alir permohonan bantuan khas covid-19

Sebagai makluman, bayaran bantuan khas COVID-19 akan dibuat menggunakan Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh masa 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk:

Diharapkan perkongsian berkaitan Permohonan Bantuan Khas COVID-19 dapat membantu anda yang terkesan akibat wabak COVID-19. Semoga ikhtiar kita pada hari ini dikurniakan rahmat dengan hilangnya penularan wabak COVID-19 di Malaysia dan seluruh dunia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan Bantuan Zakat MUIS (Sabah) Online

penangguhan bayaran pinjaman bank secara automatik

Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank (Tawaran Moratorium) Bermula 1 April 2020