in

Permohonan Bantuan Sara Hidup 2019 Dan Kemaskini Online

Permohonan Baru BSH Dan Kemaskini Maklumat Bantuan Sara Hidup Rakyat Tahun 2019. Umum sedia maklum yang pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) akan diteruskan untuk pemberian bantuan tahun 2019. Walau bagaimanapun, beberapa perkara dalam pemberian BSH akan dikaji semula bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja  bakal menerima bantuan. Jadi bagaimanakah cara membuat permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 dan cara kemaskini maklumat penerima secara online?

Buat masa kini, belum ada pengumuman secara rasmi dari Kementerian Kewangan (MOF) bagaimanakah cara proses permohonan dan kemaskini pemohon BSH untuk tahun 2019. Pembentangan Bajet 2019 pada 2 November 2018 dijangka akan menyentuh serba sedikit berkaitan BSH meliputi jumlah bantuan, kategori serta syarat kelayakan dan proses permohonan.

Permohonan Bantuan Sara Hidup rakyat 2019 dan kemaskini secara online

Pengumuman Bantuan Sara Hidup Pada Pembentangan Bajet 2019

Melalui Pembentangan Bajet 2019 oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng memaklumkan yang Kerajaan PH akan terus memberikan bantuan dan menambahbaik BSH kepada golongan berpendapatan rendah B40 dengan memberikan bantuan secara lebih bersasar serta bergantung kepada saiz isi rumah mulai Januari 2019.

Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan B40 akan memanfaatkan seramai 4.1 juta isi rumah dengan bantuan kewangan dengan peruntukkan sebanyak RM5 bilion

Mereka yang layak menerima BSH tahun 2019 adalah seperti kategori berikut :-

  1. Isi Rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah : Jumlah BSH RM1,000 + RM120/ anak
  2. IsiRumah berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000 : Jumlah BSH RM750 + RM120/ anak
  3. Isi Rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 : Jumlah BSH RM500 + RM120/ anak

NOTA : Jumlah kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah, namun terhad kepada empat orang kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

Permohonan Baru BSH Tahun 2019 Dan Kemaskini Secara Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSH) untuk pemohon baru dan juga cara kemaskini BSH Online buat panduan semua. Anda dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat – LHDN dalam mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini dan tepat.

Untuk makluman, Permohonan BR1M serta kemaskini pada tahun lepas telah dibuka dari 27 November sehingga tarikh lanjutan pada 25 Januari 2018.

Maklumat Terkini BSH

No 1 Semakan Status Permohonan Dan Rayuan BSH
No 2 Tarikh Pembayaran BSH
No 3 Tarikh akhir penunaian BSH 2018 kini dilanjutkan sehingga 14 Disember 2018. Penunaian BSH boleh dibuat di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
No 4 Tempoh kemas kini waris BSH 2018 di LHDNM adalah sehingga tarikh 15 Januari 2019. Manakala tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2018 di mana-mana Cawangan BSN adalah sehingga 31 Januari 2019
No 5 Pendaftaran permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dibuka bermula Januari 2019. Pemakluman rasmi mengenai tarikh pendaftaran akan dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dalam tempoh terdekat

Pemberian Bantuan BR1M Akan Diteruskan Dan Digantikan Dengan Nama Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH)

manifesto ph brim
No 1 Pakatan Harapan berpegang dengan pandangan bahawa pemberian bantuan kerajaan perlu dilakukan agar tidak ada rakyat yang ketinggalan. Ini menuntut kepada satu mekanisme yang lebih tersusun yang boleh diwujudkan setelah kita meneliti sistem jaminan sosial yang wujud di negara-negara lebih maju
No 2 Mereka yang layak menerima BR1M akan terus menerima bantuan dan proses pembayaran akan dipastikan bebas daripada diskriminasi atau pengaruh politik kepartian
No 3 Kerajaan Pakatan Harapan akan memperbaiki sistem ini agar pengurusan dan pemberiannya lebih setara. Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan pengaruh politik dihapuskan daripada proses pemberian bantuan agar semua rakyat tanpa mengira latar belakang politik akan terus mendapat bantuan dan ia ini tidak disalah guna.
No 4 Penyaluran bantuan kerajaan melalui parti-parti politik atau mereka yang berkepentingan politik akan dihentikan kerana ini adalah amalan yang tidak beretika. Sebaliknya, pengagihan akan dibuat melalui jentera kerajaan dan badan-badan kebajikan yang tulin
No 5 Sistem bantuan kewangan bersasar tersebut akan berfungsi sebagai jaringan keselamatan sosial yang universal (universal social safety net) bagi semua rakyat yang layak, sepertimana yang kini wujud di negara-negara maju

Borang Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (Baru) Dan Cara Kemaskini BSH Online/ Manual Di Cawangan LHDN

  • Borang BSH 2019 akan dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi oleh Portal BSH.

Berdasarkan kepada proses permohonan/ kemaskini tahun 2018, terdapat 2 kaedah dalam membuat Permohonan BR1M (baru) yang juga terpakai untuk Kemaskini BR1M secara Online iaitu secara online dan manual.

1. Manual

Bagi permohonan secara manual, borang boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Khidmat Hasil LHDN dan Pusat Transformasi Bandar LHDN. Pemohon juga boleh mendapatkan borang dengan memuat turun borang permohonan di Portal Rasmi BR1M serta borang berkaitan di

  • BK-01 (1/ 2018) Borang Permohonan

2. Secara Online

Untuk permohonan BR1M 2018 dan cara kemaskini BR1M secara atas talian, pemohon perlu melayari Portal Rasmi e-BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my/

A. Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat

  1. Pilih menu PERMOHONAN BARU
  2. Sila masukkan NO.KAD PENGENALAN
  3. Klik butang HANTAR

Kategori permohonan baru adalah hanya untuk :-

  1. Mereka yang belum pernah memohon
  2. Pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang telah meninggal dunia/ bercerai
  3. Pemohon yang gagal/ tidak layak dalam permohonan BR1M sebelum ini

B. Kemaskini BRIM

Pengemaskinian maklumat adalah penting bagi mengelakan permohonan ditolak

  1. Pilih menu MyBR1M
  2. Sila masukkan NO.KAD PENGENALAN
  3. Klik butang Log Masuk

Maklumat penting yang perlu dikemaskini

  1. Status perkahwinan : status cerai atau kematian pasangan (nyatakan tarikh penceraian/ kematian pasangan)
  2. Alamat surat menyurat terkini dan e-mel
  3. Nombor telefon bimbit dan rumah
  4. Maklumat akaun bank (persendirian sahaja)
  5. Maklumat pasangan dan tanggungan : Pastikan maklumat nombor pengenalan seperti myKad, myPR, myKAS, myKID, Passport dan Visa serta Sijil Lahir diisi dengan tepat dan jelas
  6. Waris : Waris asal yang dinamakan telah meninggal dunia. Bagi memblehkan waris membuat tuntutan SKK dan baki BR1M

Nota Permohonan BR1M

A. Borang permohonan akan dipaparkan jika data belum wujud.
B. Jika no MyKad tidak wujud pada data JPN, kotak mesej berikut akan dipaparkan.

  • No Kad Pengenalan Tidak Sah. Sila hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berhampiran dengan membawa dokumen asal sijil lahir dan pengenalan tuan

C. Jika data telah wujud, kotak mesej berikut akan dipaparkan. Pemohon perlu mengambil tindakan lanjut di menu KEMAS KINI PERMOHONAN di Laman MyBR1M

  • Permohonan telah wujud dengan No MyKad : …… Sila ambil tindakan di menu Kemas Kini Permohonan di Menu MyBR1M

Proses Verifikasi Permohonan BR1M 2018

Hanya pemohon yang melepasi tapisan sahaja yang layak menerima BR1M. Senarai nama agensi yang terlibat dalam proses semakan dan verifikasi adalah seperti berikut :-

  1. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  2. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
  3. Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) termasuk PDRM
  4. Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  5. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  6. Kumpulan Wang Persaraan
  7. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  8. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  9. Kementerian Luar Negeri
  10. Jabatan Agama Islam Negeri
  11. Kementerian Pendidikan Tinggi
  12. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Maklumat lanjut dan panduan sila klik

  1. Panduan Pengguna Permohonan BARU
  2. Pemohon boleh membuat Semakan Status, Kemas Kini Permohonan, Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel dan Maklum Balas di Laman MyBR1M
  3. Panduan semakan klik Manual pengguna MyBR1M
  4. Pamplet BR1M 2018

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Sara Hidup 2019

  • Syarat permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat tahun 2019 akan dikemaskini dari masa kesemasa

Sebagai rujukan, berikut adalah syarat kelayakan permohonan BR1M tahun 2018 yang perlu diteliti oleh para pemohon sebelum membuat permohonan.

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) yang mempunyai jumlah pendapatan kasar sebulan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Kemukakan Salinan

Pemohon perlu mengemukakan senarai dokumen seperti berikut semasa memohon :-

  1. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  2. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
  3. Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  4. Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
  5. Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2018.

Senarai Kategori BSH (Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019)

Melalui Bajet 2019, terdapat 3 kategori penerima yang layak menerima BSH tahun 2019 beserta jumlah bantuan adalah seperti berikut :-

  1. Jumlah BSH RM1,000 tambah RM120/ anak : Isi Rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
  2. RM750 tambah RM120/ anak : Isi Rumah berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000
  3. RM500 tambah RM120/ anak : Isi Rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000

Untuk makluman, jumlah BSH tambahan RM120 untuk setiap anak adalah maksimum untuk 4 orang anak berumur 18 tahun ke bawah, kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka

Untuk pemberian tahun lepas, terdapat 3 kategori penerima BR1M 2018 beserta jumlah pembayaran bantuan seperti berikut :-

Permohonan BR1M 2018 Dan Kemaskini Online

Jadual Pembukaan Kaunter BSH Di Cawangan LHDNM 

Waktu operasi bermula adalah seperti berikut :-

A. Hari Bekerja

  • Cawangan Semenanjung : 9.00 pagi hingga 5.00 Petang
  • Cawangan Sabah / Sarawak : 8.00 pagi hingga 4.00 petang

B. Cuti Hujung Minggu

  • Akan dikemaskini

Nota Permohonan Baru & Kemaskini BSH

  • Masa pembukaan kaunter adalah tertakluk kepada pindaan
  • Cawangan LHDNM yang bekerja pada hari Ahad hingga Khamis, waktu operasi kaunter pada hari Khamis adalah sehingga jam 3:30 petang
  • Termasuk Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Centre (UTC), LHDNM

Maklumat lanjut, sila rujuk Jadual Pembukaan Kaunter BSH

Cara Hubungi BSH : Permohonan Bantuan Sara Hidup

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan permohonan BSH termasuk masalah berkaitan rayuan, sila hubungi

1. Sekretariat MOF

  • Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
    Presint 2, 65292 Putrajaya

2. Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM

  • 1-800-88-2716
    Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang

3. Hotline MOF

  • 03-8882 4565, 03-8882 4566

4. Faksmili MOF

  • 03-8882 3933

5. Portal Rasmi BSH

  • https://bsh.hasil.gov.my/

Selamat membuat Permohonan Bantuan Sara Hidup 2019 (baru) serta kemaskini BSH secara online dan manual. Adalah diingatkan sekali lagi yang pemohon adalah disarankan untuk merujuk kepada Portal Rasmi BSH dalam mendapatkan maklumat yang terkini berkaitan Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semakan Keputusan UPSR 2018 Online Dan SMS

Semakan Keputusan UPSR 2018 Online Dan SMS

Permohonan UTEM online ambilan kedua februari 2019

Permohonan UTEM Februari 2019 Ambilan Kedua