Permohonan Bantuan Sihat Selangor Online #SMART SIHAT. Maklumat terkini cara mohon bantuan smart sihat negeri selangor beserta pautan borang permohonan online dan jenis bantuan.

Permohonan Bantuan Sihat Selangor Online

Berita baik buat seluruh rakyat Selangor ataupun yang telah lama bermastautin di Selangor. Kerajaan Negeri Selangor telah menjalankan program Bantuan Sihat Selangor atau dikenali sebagai Bantuan #Smart Sihat. Ianya adalah sebuah inisiatif kerajaan dalam memberikan bantuan rawatan kesihatan bagi rakyat Selangor yang berpendapatan rendah. Berikut adalah cara untuk membuat permohonan Bantuan Sihat Selangor secara atas talian atau online.

Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat sejak dahulu lagi. Bantuan Sihat Selangor telah pun diperkenalkan sejak tahun 2009 lagi dan masih dijalankan sehingga kini dengan melakukan banyak penambahbaikan serta mempelbagaikan jenis kemudahan bantuan. Kerajaan Negeri Selangor telah pun menyediakan dana khas Bantuan Sihat Selangor yang ditujukan khas buat golongan sasaran iaitu yang kurang berkemampuan.

permohonan bantuan sihat selangor

Permohonan Bantuan Smart Sihat Selangor Secara Online

Untuk melayakkan diri mendapat Bantuan Sihat Selangor ini, para pemohon hendaklah melepasi kriteria atau syarat kelayakan yang telah digariskan oleh kerajaan negeri. Syarat-syarat tersebut akan dikongsikan seperti di bawah. Setelah melepasi syarat kelayakan tersebut, pemohon bolehlah membuat permohonan rawatan melalui laman web rasmi seperti pautan berikut:

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Sihat Selangor

  1. Pemohon mestilah merupakan Rakyat Negeri Selangor atau sedang bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun (mendapat pengesahan daripada Ahli Parlimen / ADUN / Penghulu / Ketua Kampung / JKKK Kampung / Ketua Penduduk / Ketua Komuniti)
  2. Mempunyai pendapatan seisi rumah RM3,000.00 ke bawah
  3. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana program atau organisasi
  4. Keutamaan juga diberikan kepada pemohon yang memiliki tanggungan yang ramai, ketua keluarga yang telah meninggal, ahli keluarga yang sakit atau golongan Orang Kurang Upaya (OKU)
  5. Pemohon mesti mendapatkan rawatan untuk katarak mata, pembedahan kecil dan lain-lain rawatan perubatan di hospital kerajaan sahaja
  6. Bagi permohonan bantuan pembedahan kecil dan katarak mata, pemohon perlu membuat permohonan sebulan lebih awal daripada tarikh pembedahan berlansung
  7. Sebarang tuntutan bayaran dan tunggakan ke atas sesuatu bil rawatan yang telah dibayar tidak akan dipertimbangkan
  8. Permohonan mengenai Kos Perjalanan dan Sumbangan Kewangan tidak akan dipertimbangkan
  9. Pemohon atau ahli keluarga yang merupakan kakitangan kerajaan atau penjawat awam tidak akan dipertimbangkan
  10. Setiap pemohon hanya boleh membuat permohonan sekali sahaja pada setiap tahun
  11. Tarikh tutup permohonan adalah sebelum 31 Oktober untuk setiap tahun

Jenis Bantuan Sihat Selangor

Terdapat pelbagai jenis bantuan yang diberikan dalam program Bantuan Sihat Selangor ini yang akan dikaji dari semasa ke semasa setiap tahun. Berikut adalah jenis bantuan yang diberikan dalam program ini.

  1. Dialisis Buah Pinggang
    • Pemohon atau pesakit buah pinggang yang berkelayakan boleh mendapatkan rawatan dialisis di pusat hemodialisis hospital kerajaan atau swasta.
    • Bayaran bantuan akan dibayar secara terus ke hospital tersebut bagi pemohon yang berjaya mendapatkan bantuan.
  2. Katarak Mata
    • Katarak mata atau bular merupakan sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun serta menjejaskan penglihatan seseorang yang boleh menyebabkan buta sekiranya lewat atau tidak dirawat.
  3. Pembedahan
    • Bantuan bagi pembedahan pula meliputi kos pembedahan atau pembelian peralatan atau kedua-duanya sekali.
    • Pembedahan yang ditanggung hanyalah pembedahan yang dijalankan di hospital kerajaan sahaja.
  4. Kaki Palsu
    • Pemohon yang berkelayakan khususnya golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak berkemampuan boleh membuat permohonan pembelian peralatan mahupun kos rawatan pesakit.
  5. Lain-lain permohonan
    • Pemohon juga boleh membuat permohonan peralatan dan lain-lain jenis rawatan yang dijalankan di hospital kerajaan.

bantuan sihat selangor

Maklumat Lanjut Bantuan Smart Sihat Selangor

Sekiranya pemohon mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan Sihat Selangor, sila hubungi butiran berikut:-

  • Telefon : 03-55447453 / 7628
  • Emel : sihatselangor@selangor.gov.my
  • Alamat: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Tingkat 4, Bangunan SSAAS 40503, Shah Alam, Selangor
  • Waktu Operasi Pejabat: 8.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Khamis), 8.00 pagi – 12.15 tengahari, 2.45 petang hingga 5.00 petang (Jumaat), Tutup (Sabtu – Ahad)

Semoga perkongsian ini dapat memberi penjelasan kepada seluruh rakyat negeri Selangor mengenai Permohonan Bantuan Sihat Selangor. Diucapkan selamat maju jaya buat mereka yang memohon dan didoakan agar kesihatan anda kembali pulih seperti sediakala.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *