in

Permohonan Bantuan Zakat Selangor Online (Agihan Khas LZS)

Mohon Bantuan Khas Zakat Selangor COVID-19. Berita baik buat rakyat negeri Selangor yang berkelayakan. Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan sebanyak RM15 juta sebagai bantuan segera bagi memenuhi keperluan kebajikan dan perubatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19. Berikut dikongsikan panduan dan pautan borang permohonan Bantuan Zakat Selangor iaitu Bantuan Khas LZS COVID-19 buat rujukan pemohon.

Peruntukan agihan khas ini adalah khusus untuk golongan penjaja, peniaga kecil serta pekerja golongan B40 yang terjejas. Ianya bagi membolehkan golongan tersebut dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh getir saat ini. Peruntukan agihan khas juga turut disalurkan bagi menampung keperluan peralatan perubatan di hospital yang beroperasi menangani Covid-19.

permohonan bantuan zakat selangor covid-19

Permohonan Bantuan Khas COVID-19 Lembaga Zakat Selangor (LZS)

Maklumat seperti di bawah dipetik dari Portal Rasmi Lembaga Zakat Selangor :-

  • Bantuan Khas COVID-19 ini merupakan inisiatif Lembaga Zakat Selangor bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.
  • Peruntukan bantuan khas ini khusus untuk keluarga B40 (contoh: penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu) yang terjejas sumber pendapatan susulan pengumuman PKP pada 18hb Mac 2020, agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.

LZS akan sentiasa melihat keperluan yang timbul dari semasa ke semasa bagi menyantuni semua pihak yang mengalami kesukaran sepanjang tempoh COVID-19.

Objektif bantuan diberikan adalah untuk :-

  1. Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19
  2. Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/ peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik

TERKINI : PENUTUPAN BANTUAN KHAS COVID-19

Menerusi makluman terkini di Facebook Lembaga Zakat Selangor, LZS telah memaklumkan menerima lebih 45 ribu permohonan Bantuan Khas COVID-19 sejak ianya dibuka bermula 25 Mac 2020. Sehingga kini sebanyak 9,361 bantuan masih menunggu proses kelulusan manakala sebanyak 9,771 bantuan telah diluluskan. Sebanyak 1,128 permohonan telah ditolak kerana melebihi kelayakan dan tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Tahniah kepada yang telah menerima bantuan, manakala yang masih belum menerima jawapan, borang tuan/puan masih di dalam proses kelulusan. Permohonan baru selepas 27 Mac 2020 akan dihentikan bagi memberi ruang kepada LZS untuk menyelesaikan permohonan yang diterima sebelum ini

Maklumat terkini akan dimaklumkan pada 31 Mac 2020 setelah semua permohonan sedia ada dimuktamadkan.

Jawapan kelulusan telah/akan di maklumkan melalui email yang telah dinyatakan di dalam borang permohonan.

Cara Mohon Bantuan Khas Zakat Selangor COVID-19

Berikut adalah maklumat lanjut cara memohon Bantuan Khas COVID-19 Lembaga Zakat Selangor meliputi syarat kelayakan, kadar bantuan dan pautan borang online serta senarai dokumen yang diperlukan.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT SELANGOR (COVID-19)

Pemohon hebdaklah mempunyai syarat kelayakan berikut :-
No 1 Beragama Islam
No 2 Warganegara atau pemastautin tetap (PR) dan bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
No 3 Pemohon adalah dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM 4,360 sebulan
No 4 Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak Covid-19 ini. Ketua keluarga yang diberhentikan kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan. Juga termasuk Peniaga / Penjaja Kecil yang terputus pendapatan.
No 5 Bantuan ini adalah merujuk kepada Keluarga atau individu. Individu (18 tahun dan ke atas) dan tidak tinggal serumah dengan ketua keluarga
Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari Portal Bantuan Khas Covid-19. Seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan
Bantuan ini adalah berbentuk sumbangan one-off sahaja

Kadar bantuan yang diberikan dan cara memohon adalah seperti panduan berikut :-

KADAR BANTUAN KHAS LZS COVID-19

One Off : RM 200 hingga RM 500 sahaja bagi setiap keluarga*

*Permohonan kali kedua adalah tidak dibenarkan demi untuk memenuhi keperluan keluarga yang lain.
Untuk makluman, Bantuan khas ini akan diberikan sekali sahaja secara (oneoff) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang

TATACARA & BORANG PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT SELANGOR (COVID-19)

Kepada mereka yang melepasi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, anda dikehendaki mengikuti langkah-langkah permohonan secara pengisian borang atas talian/ online seperti panduan berikut :-

1. Sila layari borang permohonan Bantuan Khas Lembaga Zakat Selangor COVID-19 di pautan berikut :-

  • Portal BKC19 : Mohon Bantuan Khas LZS https://bkc19.zakatselangor.com.my/
  • Isikan No Kad Pengenalan dan Tekan Butang Daftar
    • Sebelum meneruskan permohonan, sila pastikan anda telah membaca dan memahami semua SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
    • Sekiranya ada sebarang persoalan, sila baca SOALAN LAZIM terlebih dahulu
  • Proses permohonan dalam tempoh 7 hari tertakluk kepada jenis bantuan

TEMPOH PERMOHONAN

TARIKH BUKA
TARIKH TUTUP
 25 Mac 2020
6 April 2020
Sebarang perubahan tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa. Rujuk Nota Penutupan permohonan di atas

2. Permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan maklumat dan dokumen sokongan yang perlu dihantar secara mengambil gambar atau imbas (scan) dokumen dan muat naik (upload) ke dalam Portal BKC19

Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:-

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

No 1 Salinan Kad Pengenalan Pemohon
No 2 Salinan Kad Pengenalan Pasangan dan Tanggungan (optional/ pilihan)
No 3 Bagi yang bekerja – Slip pendapatan / pengesahan pendapatan (bagi yang masih bekerja) / pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.
No 4 Bagi Peniaga/Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan / Resit Sewa Tapak Perniagaan atau lain-lain dokumen yang boleh membuktikan pendapatan
No 5 Bukti Mastautin Pemohon – Bil Air, Bil Api, Bil Internet, Cukai Pintu dll atas nama/alamat Pemohon.
**Sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, kaedah penyaluran bantuan adalah melalui pindahan tunai ke akaun bank pasangan atau waris terdekat melalui surat kuasa yang ditandatangani oleh pemohon

Semakan Status Permohonan Bantuan Zakat Selangor

Untuk mengetahui Status Permohonan Bantuan Khas Covid-19 Zakat Selangor, pemohon boleh menyemak dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan di pautan ini :

  • Portal Bantuan Khas Covid-19 https://bkc19.zakatselangor.com.my/

Bagi mereka yang ingin mendapatkan Status Bayaran Zakat (Sekiranya lulus), anda boleh menyemak dengan Login ke Sistem eZakat ONLINE kami di pautan berikut :

Infografik Bantuan Khas LZS COVID-19

bantuan khas lembaga zakat selangor

bantuan khas lembaga zakat selangor

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Diharapkan perkongsian panduan Permohonan Bantuan Zakat Selangor Bantuan Khas COVID-19 dapat memudahkan pemohon untuk membuat permohonan secara atas talian. Moga permohonan anda berjaya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020

Permohonan i-Lestari Online KWSP Pengeluaran Wang EPF