in

Permohonan Biasiswa Daikin Malaysia 2017

DAIKIN MALAYSIA GROUP SCHOLARSHIP PROGRAM APPLICATION. Berita baik buat pelajar yang ingin mendapatkan tawaran biasiswa dalam menampung pengajian tinggi mereka. Kumpulan Daikin Malaysia, sebuah syarikat pengeluar penghawa dingin terkemuka di dunia kini membuka Permohonan Biasiswa Daikin Malaysia 2017. Untuk mereka yang tidak tahu, Daikin adalah terkenal dengan teknologi Cooling King® yang mampu menyediakan penyejukkan ruang yang cepat.

Pelajar yang berminat dan berkelayakan boleh memuat turun borang permohonan yang dikongsikan di bawah ini. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2017. Hanya mereka yang di shorlisted sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Permohonan Biasiswa Daikin Malaysia 2017

Biasiswa Daikin Malaysia/ Daikin Malaysia Group Scholarship Program 2017

Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan Biasiswa Daikin Malaysia 2017 yang meliputi perkongsian syarat kelayakan, kursus pengajian, tanggungjawab penerima biasiswa dan link muat turun borang.

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa Daikin Malaysia

Pastikan anda mememnuhi syarat permohonan di bawah ini sebelum memohon :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pelajar sepenuh masa
  3. Pelajar yang menyambung pengajian dalam Program Ijazah Sarjana Muda
  4. Sudah diterima masuk ke Universiti Awam/ Swasta di Malaysia (IPTA / IPTS). Keutamaan akan diberikan kepada pelajar dari IPTA

5. Mempunyai keputusan akademik yang baik:

i) Pelajar yang akan mendaftar ke program ijazah pertama tahun

  • SPM atau setaraf : min 6As + lulus semua subjek. Keputusan yang baik dalam Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
  • STPM atau setaraf : min 2As + lulus semua subjek.
  • MUET : minimum Band 4

ii) Pelajar pada masa ini mengikuti program ijazah pertama tahun

  • SPM atau setaraf : min 6As + lulus semua subjek. Keputusan yang baik dalam Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
  • STPM atau setaraf : min 2As + lulus semua subjek
  • MUET : min Band 4.
  • GPA minimum atau CGPA 3.00

6. Aktif mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang cemerlang

  • 7. Kemahiran komunikasi yang kuat
  • 8. Memiliki sikap positif
  • 9. Rekod kesihatan yang baik
  • 10. Tidak menerima apa-apa bantuan kewangan dari mana-mana organisasi
  • 11. Bebas dari sebarang kewajipan pekerjaan pada masa depan

12. Pelajar yang memenuhi kriteria di atas adalah dialu-alukan untuk memohon. Walau bagaimanapun, keutamaan akan diberikan kepada pelajar dari keluarga dengan pendapatan isi rumah sebanyak RM5,000 sebulan atau lebih rendah.

Kursus Pengajian Yang Ditawarkan Biasiswa

Berikut adalah senarai kursus program pengajian yang ada ditawarkan biasiswa :-

Sarjana Muda dalam bidang :

  1. Kejuruteraan (sebaik-baiknya dalam Elektrik & Elektronik, Mekanikal, Mekatronik, Pembuatan)
  2. IT
  3. Perakaunan
  4. Perniagaan/ Pengurusan
  5. Sains

Kewajipan Penerima Biasiswa

  1. Ikatan bon perkhidmatan dengan syarikat yang menawarkan biasiswa untuk tempoh minimum penaja.
  2. Bon akan bermula sebaik sahaja selesai kursus ijazah dengan surat pelantikan yang diberikan
  3. Perlu bekerja di syarikat penaja atau mana-mana syarikat subsidiari dalam Kumpulan Daikin Malaysia.
  4. Melakukan latihan di syarikat penaja atau di mana-mana subsidiari dalam Kumpulan Daikin Malaysia semasa semester rehat.
  5. Penerima biasiswa akan membayar balik 100% yuran biasiswa sekiranya dia berhenti dari syarikat atau ditamatkan dalam tempoh bon tersebut.

Borang Permohonan Biasiswa Daikin Malaysia 2017

Pemohon yang berkelayakn boleh memohon dengan memuta turun borang dan seterusnya menhantar permohonan ke daikin.scholarship@daikin.com.my. beserta dengan dokumen dalam format PDF.

Kriteria Pemilihan Biasiwa Daikin Malaysia

Nota penting buat pemohon :-

  1. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk proses temuduga
  2. Pemilihan akhir adalah berdasarkan kepada hasil temuduga.

Permohonan berikut tidak akan diproses:

  1. Penyerahan dokumen permohonan yang tidak lengkap.
  2. Pemohon yang tidak memenuhi kriteria
  3. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila emel kepada :-

daikin.scholarship@daikin.com.my

atau Alamat di

DAIKIN MALAYSIA SDN. BHD. (DAMA)
P.O.BOX 79, LOT 60334,
PERSIARAN BUKIT RAHMAN PUTRA 3,
TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT RAHMAN PUTRA,
47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR, MALAYSIA.
T: +603-6145 8600

Sumber : DAIKIN MALAYSIA

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Daikin Malaysia 2017. Semoga permohonan anda dalam mendapatkan tawaran penajaan buat pengajian anda di IPTA/ IPTS berjaya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan Biasiswa Maxis 2017 Online

Permohonan Biasiswa Maxis 2017 Online

Senarai Pangkat Polis PDRM

Senarai Pangkat Polis PDRM Polis DiRaja Malaysia