in

Permohonan Biasiswa Maxis 2017 Online

Maxis What’s Next Scholarship. Anda memerlukan biasiswa untuk menampung pengajian tinggi anda? Berita baik, Permohonan Biasiswa Maxis 2017 Online kini dibuka. Biasiswa Maxis ditawarkan kepada lepasan diploma atau ijazah yang berminat untuk mengikuti pengajian di peringkat ijazah/ diploma lanjutan lepasan ijazah (dalam mana-mana bidang pilihan) di universiti-universiti tempatan atau luar negara.

Pelajar yang berminat dan melepasi kriteria kelayakan boleh membuat permohonan secara online sehingga tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2017. Jangan lepaskan peluang dalam mendapatkan penajaan pelajaran dari sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia.

Permohonan Biasiswa Maxis 2017 Online
Permohonan Biasiswa Maxis 2017 Secara Online

Berikut dikongsikan maklumat cara memohon Biasiswa Maxis 2017 secara Online meliputi syarat kelayakan, applikasi permohonan dan cara hubungi.

Kriteria Permohonan

  1. Rakyat Malaysia
  2. Tidak terikat dengan mana-mana organisasi
  3. Mendapat tawaran dari universiti tempatan atau luar negara untuk melanjutkan pengajian ijazah / diploma (untuk lepasan ijazah)
  4. Mempunyai rekod pencapaian akademik yang baik
  5. Mempunyai semangat keusahawanan dan seronok bekerja dalam persekitaran yang pantas
  6. Boleh bertutur dan menulis Bahasa Inggeris dengan baik
  7. Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja
  8. Mempunyai kualiti kepimpinan yang telah terbukti, bermotivasi dan mempunyai personaliti yang dinamik

Biasiswa ditawarkan untuk semua bidang pengajian.

Keistimewaan Biasiswa Maxis

  1. Membantu anda dalam mendapatkan kursus ijazah/ diploma pasca-siswazah anda dalam mana-mana bidang pengajian.
  2. Anda boleh belajar di mana-mana sahaja di seluruh dunia termasuk Malaysia.
  3. Anda boleh memilih untuk belajar sepenuh masa atau separuh masa.
  4. Boleh memohon Biasiswa ini pada bila-bila masa sehingga tarikh tutup untuk intake ini pada 31/ 12/ 2017

Cara Memohon Biasiswa Maxis 2017 Online

Permohonan boleh dibuat dengan melayari https://maxissurvey.typeform.com/to/DMlDIC

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Permohonan Biasiswa Maxis, anda boleh terus emelkan kepada :

  • Email: scholar@maxis.com.my

Jom apa lagi. Jangan lepaskan peluang untuk membuat Permohonan Biasiswa Maxis 2017 Online sebelum tarikh tutup permohon. Pastikan anda memenuhi syarat permohonan sebelum membuat permohonan. Kepada yang telah memohon, diucapkan selamat berjaya dalam mendapat tawaran biasiswa Maxis ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan KUIS November 2019 Online

Permohonan Biasiswa Daikin Malaysia 2017

Permohonan Biasiswa Daikin Malaysia 2017